Bantuan Am Persekolahan untuk Pelajar Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan baharu bagi bantuan am persekolahan bagi pelajar tingkatan 6 semester 1.
Permohonan baharu ini terbuka kepada pelajar sama ada yang bersekolah dalam atau luar Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Bantuan Am Persekolahan MAIWP ini dengan merujuk kepada butira-butiran yang disediakan di bawah.
Tarikh Permohonan
Isi Kandungan
Permohonan dibuka bermula 01 SEPTEMBER 2021 bagi PERMOHONAN BARU TINGKATAN 6 SEMESTER 1 SEKOLAH DALAM DAN LUAR WILAYAH.
Tarikah tutup permohonan adalah pada 15 OKTOBER 2021.
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6
- Warganegara Malaysia beragama Islam
- Mendapat surat tawaran Tingkatan 6 Semester Tahun 2021 dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap
- Kelulusan tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan
Kaedah Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6
Sila muat turun borang BANTUAN AM PERSEKOLAHAN TINGKATAN 6 melalui pautan yang disediakan di bawah.
Kaedah Penghantaran Borang Permohonan (Baitulmal Kuala Lumpur)
- Perkhidmatan pos dan kurier ke alamat:
UNIT PEMBANGUNAN AKADEMIK (BANTUAN SEKOLAH)
ARAS 22, BANGUNAN PERKIM,
NO. 150, JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 51200 KUALA LUMPUR
- Emelkan ke alamat emel: [email protected]
- Penyerahan di kaunter: Unit Pembangunan Akademik, Aras 22, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh hubungi talian di bawah:
- Kuala Lumpur: 019 – 200 8458
- Putrajaya: 011 – 5949 6216
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Bantuan Am Persekolahan untuk Pelajar Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP ini dapat membantu para pelajar, ibu bapa dan penjaga dalam memudahkan urusan kemasukan ke semester 1 tingkatan 6.
Di dalam perkongsian yang lepas, kami juga ada kongsikan beberapa informasi terkini berkenaan dengan bantuan pendidikan untuk pelajar. Antaranya ialah:
- Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021
- Permohonan Insentif Pendidikan Pelbagai Peringkat dari Koperasi Polis
- Bantuan (RM1200) untuk Melanjutkan Pelajaran ke IPT Seluruh Malaysia
- Penangguhan MUET Sesi 2 & 3 serta Tarikh Peperiksaan Terkini
Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.