Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PDPR: Persediaan Guru Melaksanakan PdPR Dengan 3 Langkah

Persediaan Guru Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

Persediaan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) bagi guru-guru ketika musim pandemik ini. Seperti yang kita tahu, sekarang ini semakin banyak sekolah sudah ditutup akibat terdapat penularan wabak Covid-19 di dalam kluster pendidikan. Oleh itu, diharap dengan perkongsian ini, dapat memberi panduan kepada guru menyediakan bahan-bahan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Para pendidik perlu sentiasa menyiapkan diri untuk melaksanakan PdPR demikian dengan situasi pandemik di negara kita ini. Tidak mustahil jika sesi persekolahan akan ditutup sepenuhnya semula jika kes jangkitan Covid-19 berada di tahap membimbangkan.

Portal DELIMa KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) khas untuk para guru dan pelajar-pelajar. Ia juga dikenali sebagai Portal DELIMA. Ibu bapa juga boleh mengakses portal ini dan perlu mengetahui lebih terperinci tentang DELIMa kerana ianya memberikan banyak manfaat kepada para pelajar secara PERCUMA!.

DELIMa adalah platform utama menyediakan bahan-bahan dan perkhidmatan yang digunakan untuk pengurusan pembelajaran yang amat bermanfaat kepada guru dan para pelajar.

Langkah-langkah Persediaan PdPR Menggunakan Portal DELIMa

1. LANGKAH PERTAMA

home
  • Anda perlu login ke portal DELIMa (portal.moe-dl.edu.my), klik butang Log Masuk.
  • Para pendidik dan juga pelajar boleh mengakses portal DELIMa menggunakan ID anda iaitu e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan oleh penyelaras ICT di sekolah masing-masing. (Contoh e-mel: [email protected])
Langkah 1
  • Klik pada butang “Guru

2. LANGKAH KEDUA

2
  • Seterusnya, anda klik pada kategori Aktiviti.
langkah 2
  • Kemudian, anda perlu klik pada pilihan yang ke-5 iaitu Komuniti Guru Digital Learning bersama KPM.

3. LANGKAH KETIGA

LANGKAH 3
  • Gambar diatas menunjukkan Halaman Utama atau Home Page portal tersebut. Guru-guru boleh membaca pengenalan kepada KGDL kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dengan UNICEF.
  • Rujuk gambar diatas, pada petak merah di bahagian sebelah kiri adalah Menu. Terdapat pelbagai elemen termasuklah Modul Pengajaran.
  • Terdapat Modul 1 sehingga Modul 5.
  • Anda juga boleh meneroka atau explore portal digital ini dengan lebih meluas dan mendalam. Setiap modul mempunyai berbelas sub-modul. Ianya sangat detail dan membantu para guru.
  • Sekiranya guru ingin menyemak kelayakan sijil, sila klik pada Semakan Keputusan KGDL.

KANDUNGAN DI DALAM MODUL

Gambar-gambar di bawah ialah contoh kandungan yang terdapat di dalam modul-modul yang telah disediakan di dalam portal DELIMa. Guru-guru boleh cuba explore setiap modul dan sub-modul, sangat banyak info dan bahan. Ini hanyalah sebahagian kandungan yang dikongsikan.

LANGKAH 4
6
7
  • Rujuk pada gambar diatas, menunjukkan kandungan Modul 1 Bahagian 9 yang menerangkan lima langkah dan bimbingan kepada para pendidik tentang cara merancang pelaksanaan PdPR dengan lengkap dan mudah.
  • Selain itu, guru juga boleh scroll ke bawah untuk melihat video panduan yang disediakan.
9
10
  • Pada Modul 1 Bahagian 3 pula, terdapat juga nota bimbingan kepada para pendidik tentang cara mengakses Google Classroom daripada pelantar Digital Learning.
  • Guru juga boleh melihat video panduan yang telah disediakan. Sangat mudah dan menarik!.
11
12
tips interaksi positif
  • Gambar di atas merupakan salah satu tips yang disediakan dalam DELIMa tentang cara membina interaksi positif kelas digital. Selain itu, guru-guru boleh mendapatkan pelbagai kaedah pengajaran di dalam portal ini.

Oleh itu, diharap para pendidik dapat memanfaatkan portal DELIMa ini bagi mendapatkan pelbagai bahan dalam melaksanakan PdPR. Dengan modul e-pembelajaran yang komprehensif sebegini, haruslah kita menggunakan dengan sebaiknya.

Perkongsian Bersama

Diharap, dengan perkongsian ini Persediaan Guru Melaksanakan PdPR dapat membantu para pendidik untuk membuat persiapan melaksanakan PdPR pada masa mendatang. Sebagai seorang pendidik, kita harus sentiasa menyiapkan diri dalam melaksanakan tugas tidak kira dalam apa jua situasi yang dihadapi. Sama-samalah kita memastikan agar sistem pendidikan negara kita berjalan dengan lancar terutamanya pada musim pandemik ini.

Semoga urusan guru dipermudahkan dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid agar matlamat pendidikan negara tercapai serta dapat mewujudkan dan melahirkan insan kamil. Dengan PDPR ini diharapkan kerajaan sentiasa membantu para guru dalam memudahkan serta memberi kelebihan dan inisiatif sebagai sokongan yang amat guru hargai.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati