Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pendidikan Seks Anak-anak, Kenapa Begitu Penting?

Pendidikan Seks Anak-anak, Kenapa Begitu Penting?

Pendidikan Seks Anak-anak? Antara aspek yang paling penting adalah pendidikan. Tanpa pendidikan, sudah pasti seseorang kanak kanak itu tidak dapat membesar menjadi modal insan yang baik. Bukan sahaja pendidikan asas seperti mata pelajaran di sekolah, ada banyak lagi pendidikan lain yang sebenarnya perlu mereka pelajari.

Selain pendidikan teras dan elektif di sekolah seperti bahasa, matematik, sejarah dan lain-lain, kanak kanak sewajarnya belajar pendidikan seksual di sekolah. Ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan mereka dengan perkara-perkara negatif seawal usia mereka. Untuk tujuan ini, ibu bapa perlu bersikap lebih terbuka dan membuka mata seluas-luasnya.

Pendidikan Seks Anak-anak, Kenapa Begitu Penting?

Pendidikan Seks Anak-anak, Kenapa Begitu Penting?
Pendidikan Seks Anak-anak

Golongan remaja dan kanak-kanak kini terdedah kepada gejala tidak bermoral. Terkini di kalangan remaja ialah melayari laman-laman sesawang pornografi di mana mereka berkongsi gambar-gambar ‘terlampau’ untuk ditonton oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Oleh itu, Pendidikan Seks Anak-anak penting.

Nak sebut sentuhan selamat, bahagian-bahagian sulit dalam anggota badan sangat sukar untuk kita sampaikan sedangkan kita adalah ibu bapa mereka sendiri. Kita segan dan takut untuk mengajar mereka.

Lebih merisaukan, banyak kes berkaitan dengan gangguan seksual, rogol, raba, pedofilia dan lain-lain sangat membimbangkan ibu bapa.

Sangat menggerunkan apabila berita sebegini keluar diberita dan di media sosial.

Oleh itu, sebagai ibu bapa dan orang yang terdekat wajib untuk mengajar pendidikan seks kepada anak-anak untuk kebaikan mereka.

Jadi setiap peringkat umur perlu didedahkan dengan perkara ini kerana info yang seks yang diperlukan  bukan mengikut umur seseorang.Pendidikan Seks Anak-anak akan memberi kesedaran,

Pendidikan seks bukan sahaja dilihat pada segi biologi atau fizikal sahaja tetapi sebenarnya ada lima dimensi.  Dimensi pertama adalah biologi dan fizikal, kedua dimensi kognitif iaitu akal dan fikiran, dimensi ketiga adalah perasaan, keempat pula dimensi sosial dan yang akhir sekali dimensi spiritual dan kerohanian.

Tetapi masyarakat kita sering melihat kepada biologi dan fizikal sahaja. Ibu bapa sepatutnya mendedahkan pendidikan seks kepada anak-anak apabila mereka mula bertanya.

Ibu bapa perlu bijak mencari maklumat dan menyalurkan maklumat tentang pendidikan seks kepada anak-anak. Sebabnya jika persoalan mereka tidak terjawab, mereka akan cenderung untuk mencari maklumat di internet. Pendidikan Seks Anak-anak perlu didedahkan.

Selain itu jangan membezakan antara anak perempuan dan anak lelaki. Sama ada anak lelaki atau perempuan, ibu bapa perlu bagi pendedahan yang sepatutnya untuk mereka.

Pendidikan seks harus jadi tanggungjawab semua dan ia bukan satu topik yang pantang untuk diperkatakan.

Persoalannya, adakah pendidikan seks ini sesuai dengan ajaran Islam? Ini kerana ramai ibu bapa enggan berbincang  tentang isu seksualiti dengan anak-anak kerana ramai yang beranggapan ia kotor dan jijik untuk dibincangkan secara terbuka.

Islam sebenarnya tidak pernah mendiskriminasi atau mengharamkan pendidikan seksualiti. Ini kerana agama ini mengiktiraf seks sebagai fitrah dalam kehidupan manusia.

Bagaimanapun, pendekatan yang dianjurkan Islam adalah berbeza dengan pendidikan seksualiti di Barat. Ini kerana Islam menganjurkan pendekatan lebih menyeluruh dengan menekankan kewajipan menjaga kehormatan diri, adab dan perilaku yang bermula awal usia supaya peka terhadap batasan seperti terkandung dalam al-Quran dan hadis.

Menurut sebuah laporan mengenai Hak Asasi Manusia yang dikeluarkan oleh Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Malaysia mencatatkan sebanyak 28,741 kes rogol antara tahun 2005 hingga 2014. Daripada jumlah ini sahaja, dianggarkan 10 orang wanita dirogol setiap hari, dan separuh daripadanya adalah remaja berumur di bawah 16 tahun.

Pendidikan Seks Anak-anak
Pendidikan Seks Anak-anak

Ia bukan lagi isu remeh yang boleh ditolak tepi, tetapi harus dipandang dengan lebih serius. Setiap wanita yang terbabit dalam kes rogol akan mengalami kesan fizikal, mental dan spiritual. Ia bukan akan hilang dalam sehari dua malahan mungkin bertahun-tahun atau seumur hidup, hanya selepas perbuatan yang memakan masa selama kurang daripada 30 minit itu.

Apabila kanak kanak atau remaja memahami seks hanya sekadar hubungan kelamin, mereka akan hilang rasa hormat pada orang lain dan tidak merasakan kepentingan menjaga kehormatan serta harga diri masing-masing. Seolah-olah hubungan manusia hanya bersifat fizikal semata-mata.

Kes rogol dan penderaan seksual yang berlaku adalah kerana mereka gagal memahami topik ini dengan betul. Selain itu, institusi keluarga juga mungkin boleh terjejas disebabkan kefahaman yang kurang tentang pendidikan seksual.

Selain di sekolah, ibu bapa juga perlu mengajar pendidikan seksual di rumah anda sendiri. Ini kerana guru atau tenaga pengajar anak anda di sekolah mungkin tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap seorang kanak kanak sahaja. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa yang prihatin perlu menggalas tanggungjawab ini.

Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik dari merawat, lebih baik ibu bapa memainkan peranan dalam mengajar anak mengenai pendidikan seksual sendiri di rumah. Ini bertujuan untuk memberi mereka kefahaman yang betul mengenai isu ini. Persoalannya, bagaimanakah untuk mengajar kanak kanak mengenai pendidikan seksual dengan cara yang mudah dan sesuai?

Ini beberapa tip yang boleh ibu bapa gunakan untuk mengajar Pendidikan Seks Anak-anak mengenai salah laku seksual :

Tips Ajar Anak Salah Laku Seksual

1. Ajar anak nama bahagian sulit tubuh badan

Anda perlu ajar anak anda tentang bahagian tubuh badan pada awal tumbesarannya dan tidak perlu berselindung atau berlapik dengan mereka. Anda boleh memilih nama yang sesuai atau mungkin gunakan terma dan istilah bahagian tubuh yang betul. Elakkan guna perkataan salah yang boleh menimbulkan salah faham.

2. Ajar anak anda mengetahui batasan

Ibu bapa biasanya akan ajar anak agar tidak membenarkan sesiapa menyentuh bahagian sulit mereka. Walau bagaimanapun, ibu bapa sendiri sering terlupa untuk ajar anak agar tidak menyentuh bahagian sulit individu atau kanak kanak lain. Ini kerana dalam kebanyakan kes salah laku seksual, pelaku meminta mangsa menyentuh tubuh badan mereka atau individu lain.

3. Ajar anak untuk mengelakkan atau melarikan diri

Kebanyakan kanak kanak sukar untuk mengatakan ‘tidak’ kepada individu lain. Oleh itu, ibu bapa perlu ajar anak bahawa ia bukan satu kesalahan untuk menolak apa-apa permintaan. Buat mereka tahu jika berlaku atau terjadi sesuatu yang mereka rasakan tidak selamat, pilih untuk beredar dari situ. Sekiranya individu terbabit tidak membenarkan mereka pergi, beritahu anak anda untuk menjerit bagi mendapatkan bantuan individu dewasa lain.

4. Ajar anak untuk tidak berahsia dengan anda

Sudah pasti, pelaku salah laku seksual akan memujuk atau memaksa mangsa terutamanya kanak kanak untuk merahsiakan salah laku seksual yang dilakukan oleh mereka. Oleh itu, anda perlu ajar anak anda bahawa adalah tidak baik untuk berahsia walau dalam apa jua situasi. Ini kerana anda sebagai ibu bapa harus mengetahui apa yang berlaku.

Jika mereka masih takut atau malu untuk memberitahu anda, yakinkan kepada anak anda bahawa tiada apa yang akan berlaku jika mereka memberitahu anda rahsia tersebut.

Kesimpulannya, kita sebagai ibu bapa perlu untuk mengajar anak-anak tentang pendidikan seks tidak kira lelaki atau perempuan. Kehidupan sekarang lebih bahaya berbanding dahulu. Lebih baik kita yang mengajar mereka sebelum mereka belajar sendiri daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati