Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

2,642 Kekosongan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 Effective Mac 2021

2,642 KEKOSONGAN PEMBANTU PERAWAT KESIHATAN GRED U11

2,642 Kekosongan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 ini merupakan kekosongan jawatan terkini yang dibuka oleh Suruhanjaya Perkidmatan Awam (SPA). Jawatan ini termasuk di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia Semenanjung dan Sarawak. Bagi pengambilan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 yang sedang dibuka permohonannya ini terdapat sebanyak 1022 kekosongan dan 1500 simpanan di Semenanjung, manakala di Sarawak pula terdapat sebanyak 20 kekosongan dan 100 simpanan. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 30 Mac 2020 (Selasa), jam 11:59 malam.

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan adalah digalakkan untuk memohon jawatan ini. Calon-calon yang sedang dicari oleh pihak SPA untuk menyertai perkhidmatan awam mestilah mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut:

  • Keterampilan yang baik,
  • Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan,
  • Bakat kepimpinan,
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang, dan
  • Kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah digalakkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Jawatan yang ditawarkan :

1. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Info Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan

Pembantu Perawatan Kesihatan
2,642 Kekosongan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 Effective Mac 2021 3
Tarikh tutup permohonan: 30 Mac 2021 (Selasa), jam 11:59 malam.
Lokasi: Seluruh negeri di Semenanjung dan negeri Sarawak
Sektor: Kerajaan
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kelulusan Minimum: Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Jadual Gaji:

  • Gaji Minimum: RM 1,204.00
  • Gaji Maksimum: RM 3,001.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 80.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred U11 : RM1,204.00)

Cara Permohonan:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Iklan Pengambilan:

Peringatan & Penafian:

Mohon perhatian semua, iklan kerja kosong ini hanya sah pada tarikh yang dinyatakan sahaja, iaitu sebelum atau pada 30 Mac 2021 (Selasa), jam 11:59 malam. Segala kerumitan, masalah, dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami.

Diharapkan perkongsian 2,462 Kekosongan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 ini berguna kepada individu-individu yang sedang mencari kerja khususnya dalam perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat kekosongan jawatan ini kepada khalayak ramai seperti ahli keluarga, kenalan rapat, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian 577 Kekosongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 , 38 Kekosongan Pegawai Pemulihan Perubatan KKM , ataupun Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati