Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official 38 Kekosongan Pegawai Pemulihan Perubatan KKM

38 KEKOSONGAN PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN KKM

38 Kekosongan Pegawai Pemulihan Perubatan KKM ini merupakan peluang kerjaya terkini yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sebanyak 38 kekosongan ditawarkan bagi jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 yang terdiri daripada lapan kekosongan dan 30 simpanan. Individu yang berkelayakan dan menepati syarat-syarat permohonan adalah digalakkan memohon jawatan ini. Berikut merupkan maklumat bagi perjawatan yang ditawarkan:

Jawatan yang ditawarkan :

1. Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja) Gred U41

Info Jawatan Kosong:

Tarikh tutup permohonan: 26 Mac 2021
Sektor: Kerajaan
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia
Kelulusan Minimum: Ijazah Sarjana Muda

Deskripsi Tugas:

Berikut merupakan senarai tugas bagi Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja), antaranya ialah:

  • menjalankan penilaian tahap kondisi/kecederaan pesakit dan ketidakupayaan (disability) yang mengganggu kefungsiannya
  • berhubung dengan anggota profesional kesihatan lain dan merancang aktiviti rawatan pemulihan pesakit
  • menggalakkan pesakit berdikari dalam aktiviti seharian termasuklah mobility, penjagaan diri dan aktiviti kerohanian
  • menjalankan lawatan ke rumah/tempat kerja/sekolah untuk memastikan pesakit dapat berfungsi dengan optima
  • memberikan program pendidikan kepada pesakit dan keluarga mereka sebagai langkah pencegahan komplikasi dan disability serta pengekalan tahap optima kefungsian pesakit
  • memberikan sokongan psikologi untuk memotivasikan pesakit
  • mengambil bahagian dalam konferens kes pesakit bagi membincangkan tahap kemajuan pesakit
  • menjalankan aktiviti kembalian pesakit ke pekerjaan (work resettlement) seperti latihan vokasional, terapi industri, bengkel terlindung dan penempatan kerja
  • menjalankan aktiviti kembalian pesakit ke rumah (home resettlement) termasuklah mencadangkan pengubahsuaian, susun atur perabut dan sebagainya
  • menjalankan latihan skil sosial untuk meningkatkan kebolehan pesakit berinteraksi di dalam komuniti
  • menggalakkan pesakit mengambil bahagian dalam aktiviti senggang (leisure) dan sukan yang sesuai
  • mereka bentuk dan membuat alat-alat ortotik/splint untuk membantu kefungsian pesakit
  • mereka bentuk dan membuat pakaian tekanan (pressure garment) untuk pengendalian parut/keloid, edema dan lain-lain
  • memberikan laporan tentang penilaian, perancangan rawatan dan kemajuan pesakit kepada pegawai perubatan dan pihak yang berkenaan
  • mengendalikan pusat harian untuk pesakit-pesakit yang mengalami masalah fiizikal dan psikososial termasuk pemantauan dan pengekalan kefungsian mereka
  • mengendalikan kumpulan sokongan (support group) untuk pesakit-pesakit saling berkongsi masalah mereka
  • bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup pesakit seperti SOCSO, Pembangunan Masyarakat dan sebagainya.

Syarat Lantikan Pegawai Pemulihan Perubatan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalm bidang pemulihan perubatan (pertuturan, audiologi, cara kerja, fisioterapi) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan ataupun kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji permulaan ialah pada Gred U41: rm2,429.00.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurupulih Perubatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan
  • mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda seperti di atas,
  • had umur pelantikan:
    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Bidang:

  • Degree in Occupational Therapy with honour, dan
  • Bachelor of Science with honour in Occupational Therapy.

Keperluan Tambahan:

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan / kelulusan ijazah sarjana muda yang telah diiktiraf oleh senat universiti / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Permohonan:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Iklan Peluang Kerjaya:

Peringatan & Penafian:

Mohon perhatian semua, iklan kerja kosong ini hanya sah pada tarikh yang dinyatakan sahaja, iaitu pada 26 Mac 2021 (Jumaat), jam 11:59 malam. Segala kerumitan, masalah, dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami.

Anda juga berminat dengan perkongsian Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI) ataupun Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati