Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan Kosong KPT Mei 2024

Pengambilan Jawatan KPT MEI 2024

KPT kini sedang membuka jawatan kosong KPT Mei 2024 untuk permohonan oleh para calon yang berminat. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah merupakan sebuah Kementerian yang beri fokus pada pendidikan tinggi dengan kedudukannya selaku pihak yang bertanggungjawab Universiti dan mahasiswa.

Dengan pengumuman jawatan kosong KPT Mei 2024 ini akan membuka peluang yang baharu kepada para calon untuk memulakan kerjaya dibawah Kementerian yang berfungsi kemas dalam Malaysia. Calon juga dapat menimba pengalaman berharga sekiranya diterima permohonan. Rujuk beberapa perkara dan isi lengkap berkenaan syarat-syarat, iklan jawatan kosong dan cara membuat permohonan.

Berkenaan Jawatan Kosong KPT Mei 2024

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, bersemangat dan berdedikasi untuk berkhidmat di KPT Putrajaya bagi jawatan berikut:

  • MYSTEP 29 DI BAHAGIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
  • MYSTEP 41 BAHAGIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

Dibawah adalah merupakan maklumat dan keperluan jawatan dalam bentuk jadual seperti berikut:

PerkaraMaklumat
GajiMinimum – RM1,500
Maksimum – RM2,499
Taraf JawatanKontrak
Lokasi dan KekosonganIBU PEJABAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Putrajaya, Putrajaya

Tempoh Permohonan Jawatan Kosong KPT Mei 2024

jawatan kosong KPT mei 2024

Untuk pengetahuan semua pihak, permohonan adalah dibuka bermula hari ini iaitu 10 Mei 2024 dan permohonan akan ditutup secara rasminya pada 15 Mei 2024. Selain itu, diminta kepada para calon untuk segera membuat permohonan dan mengikuti kaedah permohonan yang betul.

Sila ambil perhatian juga berkaitan senarai tugas dan syarat kelayakan permohonan jawatan yang ditetapkan oleh pihak KPT.

Tugasan Kerja Bagi Jawatan Kosong KPT Mei 2024

Berikut adalah merupakan senarai tugas kerja untuk jawatan bagi jawatan kosong KPT Mei 2024 :

MYSTEP 29 DI BAHAGIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

  • Membantu menyelaras hebahan biasiswa/ anugerah/ seminar/ persidangan dari pertubuhan antarabangsa/ negara luar di peringkat Kementerian;
  • Membantu menyediakan input untuk penyelarasan dan persediaan lawatan kerja Anggota Pentadbiran dan Anggota Pengurusan Tertinggi Kementerian;
  • Membantu penyelarasan dan persediaan Kunjungan Hormat/ Sidang Video oleh delegasi luar negara ke atas Anggota Pentadbiran dan Anggota Pengurusan Tertinggi Kementerian;
  • Memberikan input untuk urusan penyertaan/ pencalonan ke mesyuarat/ bengkel/ persidangan antarabangsa;
  • Menyediakan artwork hebahan biasiswa/ anugerah/ seminar/ persidangan dari pertubuhan antarabangsa/ negara luar di peringkat Kementerian.

MYSTEP 41 BAHAGIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

  • Memberikan input kepada KPSUK/KPSU untuk penyelarasan dan persediaan lawatan kerja Anggota Pentadbiran dan Anggota Pengurusan Tertinggi Kementerian;
  • Membantu KPSUK/KPSU untuk penyelarasan dan persediaan penganjuran persidangan seminar antarabangsa dan bengkel;
  • Membantu KPSUK/KPSU untuk penyelarasan dan persediaan Kunjungan Hormat/ Sidang Video oleh delegasi luar negara ke atas Anggota Pentadbiran dan Anggota Pengurusan Tertinggi Kementerian;
  • Memberikan input kepada KPSUK/KPSU untuk urusan penyertaan/ pencalonan ke mesyuarat/ bengkel/ persidangan antarabangsa;

Senarai tugas ini telah disediakan oleh pihak KPT sendiri. Oleh itu, para calon perlu tahu berkaitan tugasan kerja yang diberikan.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan KPT

Untuk para pemohon yang berminat dalam mengemukakan permohonan jawatan kosong KPT Mei 2024, anda perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan permohonan seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia:
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mempunyai kelayakan akademik bermula dari Diploma dan Ijazah.
  • Mahir dalam menggunakan komputer dan perkarai berkaitan.

Rujukan Info Penuh Bagi Iklan Jawatan Kosong

Perlu untuk para calon mengambil perhatian berkenaan makluman rasmi daripada pihak KPT berkenaan tawaran kerja kosong yang diumumkan melalui laman myfuturejob. Bagi para calon, anda boleh membuat semakan lebih lanjut dan terperinci melalui rujukan pautan dibawah:

Cara Mohon Jawatan Kosong KPT

Diminta para pemohon untuk ikuti beberapa langkah permohonan seperti dibawah:

  1. Bagi membuat permohonan, ianya adalah secara atas talian melalui laman rasmi mohon kerja Myfuturejob.
  2. Calon perlu log masuk terlebih dahulu dan lengkapkan maklumat diri jika belum daftar baharu.
  3. Semak info jawatan kosong dan baca lebih terperinci.
  4. Bagi membuat permohonan, boleh klik ‘Apply’ dan para calon boleh mengikuti arahan yang diberi.
  5. Pastikan para calon untuk menyediakan maklumat butiran diri serta dokumen lengkap untuk permohonan.
  6. Sila sahkan permohonan anda apabila selesai dan berpuas hati.

Mohon ambil perhatian kepada para pemohon, keputuan permohonan anda akan dimaklumkan melalui emel sekiranya terpilih dan berjaya dalam permohonan. Sekiranya dalam tempoh 6 bulan tidak menerima apa-apa makluman. Hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati