Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

147 Kekosongan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 Effective Mac 2021

147 KEKOSONGAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19

147 Kekosongan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 ini merupakan kekosongan jawatan terkini yang dibuka oleh Suruhanjaya Perkidmatan Awam (SPA). Jawatan ini termasuk di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia / Jabatan Perkhidmatan Awam (Semenanjung). Bagi pengambilan jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 yang sedang dibuka permohonannya ini terdapat sebanyak 47 kekosongan dan 100 simpanan di seluruh negeri dalam Semenanjung. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 31 Mac 2020 (Rabu), jam 11:59 malam.

Jawatan yang ditawarkan :

1. Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Info Jawatan Kosong:

Tarikh tutup permohonan: 31 Mac 2021
Lokasi: Seluruh negeri dalam semenanjung
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
 

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.

Jadual Gaji:

  • Gaji Minimum: RM 1,352.00
  • Gaji Maksimum: RM 4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00), atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Perkhidmatan Sokongan Sumber Manusia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40), atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Operasi Khidmat Tetamu atau Perkhidmatan Sokongan Sumber Manusia atau kelayakan yang diiktiraf setarat dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

Cara Permohonan:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Iklan Jawatan Kosong:

Peringatan & Penafian:

Mohon perhatian semua, iklan kerja kosong ini hanya sah pada tarikh yang dinyatakan sahaja, iaitu sebelum atau pada 31 Mac 2021 (Rabu), jam 11:59 malam. Segala kerumitan, masalah, dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami.

Diharapkan perkongsian 147 Kekosongan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 ini berguna kepada individu-individu yang sedang mencari kerja khususnya dalam perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat kekosongan jawatan ini kepada khalayak ramai seperti ahli keluarga, kenalan rapat, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Selain itu anda juga mungkin berminat dengan perkongsian 2,462 Kekosongan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 , 577 Kekosongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 38 Kekosongan Pegawai Pemulihan Perubatan KKM , ataupun Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati