eWallet RM150 Bantuan Prihatin Belia merupakan jumlah kredit yang terbaru dikemas kini semasa ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pengumuman ucapan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Kerajaan telah mengenal pasti 5 Fokus Utama program pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang tahun 2021 iaitu mengawal penularan COVID-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat, serta mentransformasi ekonomi.
Pada 17 Mac 2021 yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan dua puluh inisiatif strategik sebagai tumpuan utama bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan, dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan yang bernilai bernilai 20 bilion ringgit, dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah 11 bilion ringgit.
Sehubungan itu, penambahan jumlah kredit e-wallet sebanyak RM50 daripada sebelumnya RM100 menjadikan keseluruhannya bernilai RM150 ini telahpun diumumkan di bawah inisiatif kesembilan belas, iaitu Prihatin Belia.
Program eBelia
Isi Kandungan
Menerusi inisiatif Kesembilan Belas (Prihatin Belia), kerajaan telahpun memperkenalkan program eBelia. Program ini diwujudkan khas bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia. Oleh hal yang demikian, program ini dijangkakan akan memanfaatkan 2 juta belia dengan jumlah peruntukan sebanyak 300 juta ringgit.
Jumlah Kredit eWallet yang Diperuntukkan
Sukacita diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa menerusi program eBelia ini, kerajaan akan membuat penambahbaikan dengan meningkatkan nilai kredit daripada RM 100 kepada RM 150. Penebusan bantuan RM 150 untuk belia ini adalah dengan menggunakan platform aplikasi eWallet.
Golongan Umur Belia yang Berkelayakan
Belia yang layak untuk membuat penebusan bantuan eWallet sebanyak RM 150 ini adalah terdiri daripada golongan belia yang berada dalam lingkungan:
- berumur 18 hingga 20 tahun, dan
- pelajar pendidikan tinggi secara sepenuh masa.
Tarikh Bayaran / Penebusan eWallet RM150
Menurut YAB Perdana Menteri semasa pembentangan ucapan PEMERKASA, beliau telah menyatakan bahawa pelaksanaan program eBelia ini akan bermula pada bulan Jun 2021.
Cara Penebusan Kredit eWallet RM150
Untuk makluman semua, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi berkenaan mekanisme pembayaran / penebusan bantuan RM 150 yang diperuntukkan di bawah program eBelia ini. Namun begitu, seperti mana yang semua sedia maklum bahawa penggunaan e-Wallet ini boleh dijana melalui aplikasi-aplikasi berikut, antaranya ialah:
- Touch ‘n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
Maklumat Lanjut
Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan bantuan eWallet RM 150 ini atau bantuan-bantuan lain di bawah inisiatif Prihatin Belia ini menerusi Teks Penuh Ucapan PEMERKASA.
Selain daripada bantuan ini, golongan belia juga mungkin berminat dengan perkongsian Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021 ataupun Kempen Bayar Saman: Pengurangan Sehingga 50%.
Diharapkan semoga perkongsian eWallet RM150 Bantuan Prihatin Belia ini dapat memberi sinar baharu kepada golongan belia terutamanya dalam memberi sokongan kepada kerajaan dalam membudayakan transaksi tanpa tunai yang ingin disasarkan. Para belia dinasihati agar dapat memanfaatkan bantuan eWallet RM150 ini sebaiknya dengan membeli peralatan belajar dan seumpamanya.