Terkini : Cuti Rehat Khas(CRK) Guru 15 Hari Berkuat Kuasa 1 September 2022 l Berita Baik Buat Guru. Makluman baru daripada pihak Kerajaan kepada guru-guru Malaysia, cuti rehat khas(CRK) kini ditambah baik penambahan cuti kepada guru-guru sebanyak 15 hari keseluruhan yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2022.
Sehubungan itu, ia merupakan satu usaha kerajaan untuk memberi dan memastikan kebajikan para guru Malaysia terjaga. Usaha kerajaan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri pada Majlis Amanat Perdana Penjawat Awam (MAPPA) 2022 pada 30 Ogos lalu.
Baca juga : MAPPA 2022 Perdana Menteri Umum Berita Gembira Kepada Penjawat Awam
Isu cuti khas ini banyak dibangkitkan oleh guru-guru,ini adalah kerana mereka merasakan cuti rehat khas yang sedia ada adalah tidak mencukupi. Kini, kerajaan Malaysia mendengar luahan para guru.
Untuk ikuti lebih lanjut pengumuman mengenai Cuti Rehat Khas(CRK) guru, anda boleh rujuk dibawah.
Terkini : Cuti Rehat Khas(CRK) Guru 15 Hari Berkuat Kuasa 1 September 2022 l Berita Baik Buat Guru
Isi Kandungan
Cuti Rehat Khas(CRK) Guru Ditambah Baikan Dari 10 Hari Ke 15 Hari..
Sebelum ini cuti yang diberikan hanyalah 10 hari kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Cuti Rehat Khas(CRK) merupakan cuti yang penting bagi guru-guru untuk digunakan secara peribadi. Sebenarnya, melalui Cuti Rehat Khas(CRK) inilah yang serba sedikit membantu meringankan beban guru dan kebajikan guru terjaga.
Penambahan 5 Hari Cuti Diberikan Kepada PPP Yang Sudah Berkhidmat Selama 10 Tahun..
Untuk makluman guru-guru, kelebihan cuti yang ditambah ini akan diberikan khusus kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sudah berkhidmat selama 10 tahun. Ini ditegaskan oleh Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perkhidmatan Penjawat Awam(MAPPA) Ogos lalu.
Pengorbanan Guru Dihargai, Kini Guru Boleh Menikmati Inisiatif Daripada Kerajaan..
Melalui pengumuman Kerajaan penambahan 5 hari cuti bagi Cuti Rehat Khas(CRK) kepada PPP yang berkhidmat selama 10 tahun merupakan usaha kerajaan untuk menghargai jasa guru lama yang sudah berkhidmat dengan sepenuh hati jiwa dan raga.
Oleh itu, melalui inisiatif kerajaan ini. Ia dapat membantu meringankan beban dan kebajikan para guru terjaga. Diharapkan juga semoga keputusan kerajaan ini dapat meningkatkan motivasi semangat PPP dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Rujuk Makluman Rasmi Kerajaan Dibawah:
Penambahan Cuti Rehat Khas(CRK), Guru Juga Manusia Biasa
Penghargaan perlu diberikan kepada kerajaan Malaysia, melalui pengumuman penambahan hari CRK ini akan memberi manfaat kepada ribuan guru di Malaysia. Sebenarnya, sememangnya guru layak mendapat cuti rehat khas. Sebab…
Guru Juga Perlu Hilangkan Stress
Melalui cuti, guru-guru ada masa terluang untuk menghilangkan stress di tempat kerja. Banyak sebenarnya guru kena hadap hari-hari di Sekolah. Jadi, jangan main-main dengan cuti seorang guru. Memang amat-amat berharga
Guru Juga Inginkan Rapatkan Silaturrahim
Cuti yang dipohon diperbolehkan bagi menghadiri kenduri kahwin anak beranak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PPP). Komitmen guru di sekolah amatlah ketat sehinggakan guru juga terpaksa pulang lewat hari ke rumah.
Apa salahnya juga bagi seorang guru untuk ambil cuti CRK demi majlis kepentingan keluarga kan.
Semoga Dipermudahkan Urusan Permohonan Cuti Rehat Khas(CRK) Guru-Guru..
Banyak juga keperluan guru-guru yang perlu dipenuhi sebenarnya, jadi melalui pemberian cuti sebanyak 5 hari tahun ini memang memberi kesan positif kepada guru. Selain itu, diharapkan juga pegawai atasan permudahkanlah urusan para guru dalam memohon CRK. Permohonan CRK juga diharap ada penambah baikan demi kesenangan dan kemudahan para guru. Semoga Guru Di Malaysia Dilindungi Dan Dicakna Sentiasa.