Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN KEWANGAN ELAUN RM1000 TAHUN 2022

Bantuan Kewangan Elaun RM1000
Bantuan Kewangan Elaun RM1000

Bantuan Kewangan Elaun RM1000  Tahun 2022. Bantuan berbentuk elaun khas kepada rakyat Malaysia yang layak. Tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Dibawah badan kerajaan JKM, bantuan akan disalurkan kepada mereka yang menepati kriteria seperti mana ditetapkan dibawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia dibawah program prihatin masyarakat Malaysia yang dibawah kerajaan Malaysia. Bantuan elaun sehingga RM1000 yang berbentuk elaun adalah tertakluk pada kerelavanan sumbangan bantuan kepada individu sahaja.

Walaubagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan dan menyumbang sumbangan sesuai perangkaan dan bancian masyarakat setempat mengikut taraf hidup dan tanggungan keluarga.Melalui peruntukan kerajaan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyumbangkan bantuan kepada mereka dari pelbagai golongan antaranya golongan tua atau warga emas, muda, berkahwin, ibu tunggal dan lain-lain dengan mengikut kriteria yang ditetapkan untuk menerima bantuan dari kerajaan Malaysia secara elaun bulanan.

Bantuan Kewangan Secara Elaun Sehingga RM1000 Bagi Tahun 2022

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bantuan berbentuk elaun bulanan sebanyak sehingga RM1000 kepada satu keluarga. Dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bantuan tersebut merupakan bantuan:-

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bantuan tersebut sehingga RM1000 diberi secara bulanan kepada mereka untuk membantu keluarga,penjaga dan kanak-kanak. Tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti kita yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat.

Bantuan RM1000 elaun secara bulanan merupakan penambahbaikan jumlah bantuan yang sebelum ini hanya RM450 menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Kadar Bantuan 

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecaha berikut :

  1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
  2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
  3. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Kelayakan Permohonan Bantuan Kanak-Kanak

Sumbangan bantuan elaun sebanyak RM1000 sebulan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah tertakluk kepada kriteria dibawah:-

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga
tamat menengah atas;
ATAU
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Permohonan Bantuan Kewangan Elaun RM1000 Bagi Tahun 2022

Bantuan Kewangan Elaun RM1000
Bantuan Kewangan Elaun RM1000

Permohonan bantuan elaun Bantuan Kanak-Kanak (BKK)  boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan diperiksa dahulu untuk penilaian bagi memastikan sah kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bertujuan dan berkenan dengan prinsip penyampaian bantuan yang mengikut kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan permohonan, anda perlu membawa beberapa dokumen penting seperti

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil lahir anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Sebarang dokumen yang berkaitan

Sebarang maklumat lanjut, pemohon boleh terus rujuk ke mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan anda. Permohonan bantuan adalah dibuka bila-bila masa tanpa tarikh tutup dan nilai bantuan adalah sebanyak sehingga RM1000 sebulan tertakluk kelayakan yang ditetapkan.

Rujuk laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengetahui lebih lanjut:

LAMAN SESAWANG JKM

“Anak-Anak Adalah Tanggungjawab Bersama”

Setiap anak-anak layak mendapatkan penjagaan yang terbaik dan sempurna. Dengan Bantuan Kewangan Elaun RM1000, diharap dapat membantu keluarga yang terjejas untuk memastikan anak jagaan mendapat penjagaan yang terbaik untuk masa hadapan mereka.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati