Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

577 Kekosongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 Effective Mac 2021

577 KEKOSONGAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIANOPERASI) GRED N19

577 Kekosongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ini merupakan pengambilan terkini yang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 29 Mac 2021 (Isnin), jam 11:59 malam. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan adalah digalakkan untuk memohon jawatan ini.

SPA kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

  • Keterampulan baik
  • Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Bakat kepimpinan
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang, dan
  • Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Jawatan yang ditawarkan :

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Info Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Tadbir

6fc54d09 2eeb 4e2b 96c4 8cc20274c492 9
Tarikh tutup permohonan: 29 Mac 2021 (Isnin), jam 11:59 malam
Lokasi: Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah dan Sarawak
Sektor: Kerajaan
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kelulusan Minimum: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
 

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Jadual Gaji:

  • Gaji Minimum: RM 1,352.00
  • Gaji Maksimum: RM 4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100.00

Syarat Lantikan:

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau,
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang setaraf dengannya, (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40), atau,
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang setaraf dengannya, (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80).

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) bagi pegawai sedang berkhidmat:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:

  • Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  • Mempunyai kelayakan seperti di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Had umur pelantikan:
    i) Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    ii) Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    iii) Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Permohonan:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Iklan Pengambilan:

Peringatan & Penafian:

Mohon perhatian semua, iklan kerja kosong ini hanya sah pada tarikh yang dinyatakan sahaja, iaitu sebelum atau pada 29 Mac 2021 (Isnin), jam 11:59 malam. Segala kerumitan, masalah, dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami.

Semoga perkongsian 577 Kekosongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua khususnya kepada individu yang berkelayakan. Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian 38 Kekosongan Pegawai Pemulihan Perubatan KKM ataupun Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati