Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Miliki Rumah Tahun 2023 | Skim TEDUH Bantu Rakyat

IMG 20221227 WA0151

Permohonan Miliki Rumah Tahun 2023 | Skim TEDUH Bantu Rakyat.Kerajaan Malaysia selalu mengambil perhatian akan kepentingan tempat tinggal rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Kementerian pembangunan kerajaan tempatan telah melancarkan program atau bantuan rumah teduh untuk bagi rakyat Malaysia di bawah Jabatan perumahan negara JPN.

Jabatan perumahan negara JPN merupakan jabatan di bawah Kementerian pembangunan kerajaan tempatan kkd yang juga memainkan peranan penting untuk meningkatkan sektor perumahan yang sempurna dan berkualiti bagi rakyat jelata Malaysia

Program yang dilancarkan oleh Jabatan perumahan negara itu projek perumahan rakyat milikan atau sewaan skim sewa pinjaman dan Rumah Transit iaitu ѕаtu program dibawah seliaan Kerajaan untuk реnеmраtаn ѕеmulа setinggan dаn mеmеnuhі kереrluаn tempat kediaman bаgі gоlоngаn yang bеrреndараtаn rendah dan memerlukan . Menurut Jаbаtаn Pеrumаhаn Nеgаrа dibawah Kеmеntеrіаn Perumahan dibawah seliaan Kementerian pembangunan kerajaan Tеmраtаn, ia adalah аgеnѕі реlаkѕаnа utаmа bаgі рrоjеk-рrоjеk PPR,SPP,RT dі seluruh Malaysia.

Program Perumah Rakyat (PPR) tеrdіrі daripada 2 kategori іаіtu PPR Disewa dаn PPR Dіmіlіkі. Sеmuа bahagian rumah уаng dіbіnа dі bawah kedua-dua рrоgrаm PPR Dimiliki dаn PPR Dіѕеwа аkаn ditetapkan mеnggunаkаn spesifikasi melalui реrаnсаngаn dаn rekabentuk реrumаhаn berkоѕ rendah уаng telah dіtеtарkаn dаlаm sistem Stаndаrd Perumahan Kеbаngѕааn Bаgі Perumahan Kоѕ Rеndаh Rumаh Pаngѕа (CIS2)

Bagi anda yang berminat menambah maklumat,anda dikehendaki mengikuti perkembangan semasa di dalam negara lagi-lagi dengan pengumuman penting yang baharu daripada kerajaan ata maklumat terkini, bagi memudahkan anda mendapat liputan daripada kerajaan sertai Telegram saluran pantas mengenai pengumuman rasmi kerajaan:

Permohonan Miliki Rumah Tahun 2023 | Skim TEDUH Bantu Rakyat

Peranan dan fungsi Jabatan Perumahan Negara (JPN)

JPN adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). JPN memainkan peranan yang penting bagi memastikan pembangunan sektor perumahan yang sempurna, berkualiti dan lebih teratur untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

JPN turut melaksanakan fungsi regulatori dengan memantau dan memastikan kepatuhan sesuatu pemajuan perumahan swasta berdasarkan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] memproses dan meluluskan permohonan Lesen Pemajuan Perumahan & Permit Iklan dan Jualan (APDL) kepada pemaju-pemaju perumahan swasta seterusnya memantau semua projek perumahan swasta yang berlesen sehingga pembinaan siap dan diserahkan kepada pembeli mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual Beli.

Skim Perumahan yang ditawarkan oleh JPN

Skim Perumahan yang ditawarkan oleh Jabatan Perumahan Negara adalah:

  • Program Perumahan Rakyat Disewa (PPR Disewa);
  • Program Perumahan Rakyat Dimiliki (PPR Dimiliki);
  • Skim Perumahan Pinjaman (SPP)
  • Rumah Transit (RT).

Fungsi TEDUH

Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia.

Di antara highlights TEDUH adalah seperti berikut ;

  1. Peratus pembinaan projek yang dikemaskini oleh pemaju
  2. One Stop Centre carian Projek Perumahan Awam
  3. Carian Pemaju Perumahan Swasta.

Fungsi Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN)

SPRN adalah gerbang ‘one-stop centre’ permohonan perumahan bagi memudahkan rakyat mengakses dan mengemukakan permohonan perumahan yang ditawarkan oleh JPN

Apakah itu Program Perumahan Rakyat (PPR)?

Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Siapakah yang layak memohon Program Perumahan Rakyat (PPR)?

Pemohon dan pasangan hendaklah:

warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas;

pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan;

keutamaan bagi yang berkeluarga; dan

belum memiliki rumah.

Apakah kadar sewaan PPR?

Kadar sewa RM124.00 sebulan

Berapa had pinjaman Skim Pinjaman Perumahan (SPP)?

SPP menawarkan pinjaman berjumlah RM60,000 kepada kumpulan sasar untuk membina rumah sendiri. Tempoh bayaran balik adalah sehingga 35 tahun tertakluk kepada umur peminjam ketika permohonan. Pinjaman yang diluluskan akan dikenakan caj perkhidmatan tahunan sebanyak 2%.

Syarat kelayakan memohon SPP?

  1. Pemohon dan pasangan hendaklah:
  2. warganegara Malaysia
  3. Berumur 21 hingga 60 tahun
  4. Bekerja dan mempunyai pendapatan
  5. Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  6. Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  7. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  8. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

Syarat kelayakan memohon Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)?

Pemohon dan pasangan hendaklah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja.
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

Permohonan Projek Perumahan Rakyat(PPR)Skim Perumahan Pinjaman (SPP)Rumah Transit(RT)

rumah ppr

Projek PPR (DIMILIKI)

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak. Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Ciri-ciri PPR

  • PPR di kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingk at
  • PPR di Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-Syarat Permohonan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Projek Perumahan Rakyat Disewa(PPR Disewa)

PROJEK PPR (DISEWA)

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran iaitu golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar minima RM124.00 sebulan.

Ciri-ciri PPR:

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-Syarat Permohonan:

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Permohonan Program Rumah Rakyat (PPR) Disewa

Bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk membuat permohonan rumah sewa PPR. Anda dialu-alukan membuat permohonan di Jabatan Perumahan Negara di bawah cawangan negeri yang anda hendak menyewa PPR tersebut.

Baca juga:

Permohonan MUDAH Rumah PPR Bagi Tahun 2023 | Ikuti Cara Mudah Permohonan

BANTUAN RUMAH SEWA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) RM124 SEBULAN DI SELURUH MALAYSIA!!

 

download 1

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN (SPP)

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Kumpulan wang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976

SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri

Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai sumber untuk memiliki rumah sendiri.

Melalui kemudahan ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini

Syarat-Syarat SPP

Syarat Cagaran Tanah

Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.

Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.

Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut;

Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.

Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 70 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

Syarat Pinjaman

  • Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina

Syarat Pinjaman Generasi Kedua

Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.

  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  • Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon

Syarat Pembinaan Rumah

Rumah kos rendah – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.

  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  • Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  • Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
  • Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
Sumber Pinjaman

Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah (SPP).

kl transit o HMfield image socialmedia.var 1633940321RUMAH TRANSIT

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.

Kadar Dan Tempoh Sewaan

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Syarat-Syarat Kelayakan
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon telah berkahwin
  • Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Tiada rekod jenayah
Ciri-Ciri Rumah Rumah Transit
  • Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi
  • 2 atau 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu
  • Ruang dapur
  • Dilengkapi dengan kipas dan lampu
  • Kemudahan di Rumah Transit
  • Dewan serbaguna
  • Ruang taska
  • Kedai / gerai
  • Pejabat pengurusan
  • Tempat letak kereta
  • Tempat letak motosikal
  • Pagar kawasan
Lokasi Rumah Transit

Buat masa ini, sebanyak 2 blok (Blok L dan M) di PPR Pinggiran Bukit Jalil yang mengandungi sebanyak 632 unit rumah dijadikan projek perintis bagi program ini. Program ini akan diperluas ke bandar-bandar besar seluruh Malaysia.

Sehubungan itu, terdapat dua jenis permohonan yang ada boleh lakukan iaitu samaada permohonan secara manual atau secara online.untuk Projek Rumah Rakyat.

  • Pеrmоhоnаn Secara Manual:

Jika anda atau ѕеѕіара yang ingin mеmbuаt permohonan ѕесаrа mаnuаl, anda dipersilakan hubungi Bаhаgіаn Perancangan & Pеmbаngunаn Projek PPR untuk ѕеtіар nеgеrі dibawah  ini :

BAHAGIAN PERANCANGAN & PEMBANGUNAN PROJEK PPR

Anda boleh merujuk di PPR bahagian cawangan negeri masing-masing.

  • Permohonan Secara Online:

Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web rasmi Sistem Perumahan Rumah Negara (SPRN). Sila layan laman web rasmi dibawah

Mohon Disini

Anda perlu isi maklumat yang dikehendaki di laman web SPRN. Kemudian, anda boleh mendaftar masuk ke akaun dan bolehlah mengisi borang permohonan rumah PPR,DPP dan RT dibahagian negeri yang anda kehendaki.

Bagi pemohon pertama kali, anda perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu. Anda perlu melengkapkan maklumat yang diminta di laman sesawang SPRN. Selepas dari itu, anda boleh mendaftar masuk akaun dan boleh membuat permohonan rumah sewa PPR dibahagian negeri yang anda kehendaki.

Sebarang maklumat atau persoalan, anda dialu-alukan merujuk ke :

Jabatan Perumahan Negara

Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel:03 – 8000 8000

Atau, anda boleh merujuk talian hotline Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan boleh menghubungi di talian yang telah ditetapkan mengikut negeri-negeri dalam Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh ditanyakan di talian berikut:

HUBUNGI KAMI

Bahagian Perancangan Perumahan
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Melalui emel
Masalah Aplikasi: [email protected]

Semoga dengan perkongsian tentang projek ini dapat membantu sedikit sebanyak rakyat Malaysia untuk memohon bantuan ini.

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati