Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Lawatan Rasmi Perdana Menteri Ke Asia Barat 2020

Lawatan Rasmi Perdana Menteri
Lawatan Rasmi Perdana Menteri

Lawatan Rasmi Perdana Menteri Ke Asia Barat hari ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke benua itu sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan pada 1 Mac 2020 yang lalu. Lawatan pada kali ini mengambil masa selama 6 hari termasuk lawatan ke Emiriah Arab Bersatu selepas melawat ke Arab Saudi nanti.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada 5:31 petang waktu Arab Saudi(10.31 malam di Malaysia) yang juga turut ditemani oleh isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Ketibaan Perdana Menteri dan isteri di sambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi Dato’ Abd Razzak bin Abdul Wahab dan isteri Datin Nor Asimah Petah. Turut menyambut mereka ialah Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri, Najwa Hasbullah serta Gabenor Jeddah, Putera Mishaal Majid Abdulaziz Al Saud.

Lawatan Rasmi Perdana Menteri : Jemputan Raja Arab Saudi

Lawatan Rasmi Perdana Menteri
Lawatan Rasmi Perdana Menteri

Lawatan Rasmi Perdana Menteri pada kali ini adalah untuk memenuhi undangan rasmi oleh Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga penjaga dua masjid suci umat islam. Perdana Menteri didalam kenyataan laman Facebook rasmi beliau menyatakan bahawa akan menunaikan ibadah umrah terlebih dahulu. Kerajaan Arab Saudi memberikan penghormatan bagi Perdana Menteri dan isteri serta beberapa tetamu lain untuk memasuki kaabah.

Perdana Menteri Malaysia merupakan ketua negara yang pertama melakukan ibadah umrah di Makkah sejak berlakunya pandemik covid 19 yang melanda dunia sejak tahun lepas. Hal ini juga merupakan kali pertama pintu kabaah dibuka sejak setahun yang lepas. Kerajaan Arab Saudi sebelum ini juga pernah memberikan peluang kepada Perdana Menteri Malaysia yang lain seperti Tun Dr Mahathir pada malam Nisfu Syaaban ( 21 Oktober 2002) untuk melakukan ibadah didalam kaabah. Seterusnya, tidak lupa juga pada Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 Datuk Seri Najib Razak dan keluarga yang diberikan peluang sama pada tahun 2018 yang lalu.

Perbincangan Dua Hala Semasa Lawatan Rasmi Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa beliau bukan hanya akan berjumpa dengan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud sahaja. Bahkan lawatan pada kali ini akan disusuli dengan perjumpaan  Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerajaan Arab Saudi. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lagi bahawa beliau akan mengadakan ziarah di Kota Madinah selepas melakukan umrah dan terus memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh, pada 9 Mac ini.

Lawatan Rasmi Perdana Menteri 1
Lawatan Rasmi Perdana Menteri

Beliau berkata lagi; lawatan saya pada kali ini cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. Sudah pasti soal kuota haji dan urusan umrah juga tidak ketinggalan akan dibincangkan dalam pertemuan itu kelak.

Kerajaan Dipinta Membenarkan Rakyat Lakukan Umrah Bermula April

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata permintaan tersebut dilakukan dengan mengambil kira bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tamat pada bulan ini. Mengulas mengenai lawatan tersebut, Razali berkata, beliau berharap agar kunjungan Perdana Menteri ke Arab Saudi itu dapat membuka mata kerajaan terhadap keadaan di sana dan seterusnya membenarkan rakyat Malaysia untuk menunaikan haji serta umrah.

Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata; “Dengan lawatan tersebut, saya minta Perdana Menteri melihat sendiri keadaan di sana dan minta bukalah sempadan untuk rakyat menunaikan ibadah (umrah)”. Beliau berkata lagi bahawa, kerajaan Arab Saudi sudah pun membuka sempadan untuk negara kita pada 15 November 2020 yang lalu.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), perlu dikemaskan lagi sekiranya mahu membenarkan jemaah Malaysia melakukan umrah dan haji pada tahun ini. Hal ini kerana, Kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengambilan vaksin terhadap jemaah haji dan umrah. Beliau meminta supaya kerajaan dapat memberi kebenaran kepada pihak swasta untuk memberikan vaksin Covid-19 berikutan dengan program vaksinasi kerajaan yang akan mengambil masa sehingga tahun hadapan.

Emiriyah Arab Bersatu

Selain melawat Arab Saudi, Perdana Menteri juga akan terus ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE), untuk bertemu dengan YM Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, YM Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati