Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PengambilanSPP Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41

PengambilanSPP Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41
PengambilanSPP

PengambilanSPP Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 ini merupakan hebahan pengambilan terkini oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Untuk makluman semua, SPP membuka permohonan bagi pengambilan jawatan ini khas bagi penempatan di negeri Sarawak.

SPP akan mengadakan urusan pengambilan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia khusus untuk penempatan di negeri Sarawak. Tarikh tutup permohonan pengambilan bagi jawatan yang dibuka ini adalah pada 15 April 2021 (Khamis). Terdapat pengkhususan bidang tertentu dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh SPP bagi pengambilan kali ini.

Bidang Pengkhususan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41

  1. Pendidikan Islam

Kelayakan Kelulusan Pemohon Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41

Berikut merupakan senarai kelayakan bagi kelulusan pendidikan yang ditetapkan oleh SPP bagi pemohon yang dimahukan untuk jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 yang sedang dibuka ini, antaranya ialah:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
  2. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat
  3. Ijazah Sarjana Muda Syariah
  4. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
  5. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam

Syarat Umum Lantikan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Merupakan seorang warganegara Malaysia
  • Umur bagi seseorang calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan, iaitu pada 15 April 2021.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu PengambilanSPP

Calon mestilah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Hebahan Pengambilan SPP” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan hebahan pengambilan SPP bagi jawatan Pegawai Pendidikan Gred DH41 tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Hebahan Iklan Pengambilan Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 Bagi Penempatan di Negeri Sarawak

Cara Permohonan Pengambilan SPP

Pemohon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan ini perlulah mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Mula membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan rasmi Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan mySPP.
  2. Pemohon perlu mengisi 12 digit nombor kad pengenalan pada bahagian MyID.
  3. Pemohon perlu mengisi kata laluan sebelum menekan butang log masuk.
  4. Seterusnya, pemohon perlu melengkapkan segala butiran yang diperlukan sebelum menghantar permohonan.
  5. Sekiranya pemohon merupakan pengguna kali pertama, anda perlulah membuat ‘Daftar Akaun Baharu’ terlebih dahulu.

Maklumat Lanjut PengambilanSPP

Sebarang pertanyaan lanjut atau permasalahan berkenaan permohonan pengambilan bagi jawatan yang sedang dibuka ini, anda boleh ajukan menerusi Hotline mySPP:

  • Urusan Pengambilan: 03-8893 4019 / 4020
  • Urusan Teknikal: 03-8893 4021 / 4022

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Permohonan Institut Pendidikan Guru PISMP 2021 ataupun Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021.

Diharapkan perkongsian PengambilanSPP Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 ini bermanfaat kepada para graduan dalam bidang-bidang pengkhususan tersebut untuk segera merebut peluang bagi pengambilan jawatan yang sedang dibuka oleh SPP ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati