Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PAKEJ PERMAI 2021 : INISIATIF 13 : PENAMBAHBAIKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

inisiatif 13

PAKEJ PERMAI 2021 adalah Antara pelbagai inisiatif dan program yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk membantu rakyat semasa pandemic Covid-19 melanda Malaysia, Program Subsidi Upah telah mendapat respon balas yang sangat positif dari pekerja dan juga majikan.

Oleh itu, Perdana Menteri semasa menyampaikan perutusan khas dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik.

PAKEJ PERMAI 2021 : INISIATIF 13 : PENAMBAHBAIKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

PAKEJ PERMAI 2021
PAKEJ PERMAI 2021

Semua majikan yang masih beropersi dalam tempoh PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sector perniagaan. Majikan yang layak akan menerima subsidi upah sebanyak Rm600 bagi setiap pekerja yang bergaji kurang dari Rm4000. Pemberian subsidi upah ini akan diberikan untuk tempoh 1 bulan.

Bagi program subsidi upah yang lalu, kerajaan memperuntukkan had pekerja seramai 200 orang sahaja bagi setiap permhononan. Terkini, kerajaan telah menambah baik dengan meningkatkan had pekerja kepada 500 orang bagi 1 permohonan.

Peruntukkan sebanyak 1 bilion ringgit untuk program ini dijangka bakal memanfaatkan hampir 250 ribu majikan yang mempunyai lebih daripada 2.6 juta pekerja.

PAKEJ PERMAI 2021

Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah mengumumkan perlonggaran syarat bagi permohonan  SIP PRIHATIN atau SIstem Insuran Pekerjaan PRIHATIN. Jika sebelum ini, pekerja yang tidak menepati caruman minimum, atau tidak dilanjutkkan kontrak perkhidmatan setelah pembaharuan dibuat minimum 3 kali tidak dibenarkan memohon, kini, anda dibolehkan memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sebanyak 30% dari gaji untuk tempoh 3 bulan.

Tidak lupa juga buat delivery riders yang tidak jemu berkhidmat dalam penghantaran makanan dan barangans sepanjang tempoh PKP berlangsung. Kerajaan telah memperuntukkan 24 juta ringgit untuk membiayaai caruman penuh mereka di bawah SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO.

Semoga inisiatif ini dapat membantu mereka yang telah terjejas pendapatan sepanjang penularan wabak Covid-19.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati