73 Kekosongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang ini sedang dibuka permohonannya pada atau sebelum 31 Mac 2021 (Rabu) jam 11:59 malam. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan adalah digalakkan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Keseluruhan 73 kekosongan ini merangkumi beberapa jenis jawatan yang ditawarkan berdasarkan gred-gred tertentu.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut:
- Mempunyai keterampilan yang baik
- Mempunyai bakat dan semangat yang tinggi dalam bekerja
- Mempunyai bakat kepimpinan
- Mempunyai jati diri cemerlang
- Mempunyai kelayakan yang sesuai dengan jawatan
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah digalakkan untuk memohon kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Jawatan yang ditawarkan mengikut kelulusan:
Ijazah Sarjana Muda /Ijazah Sarjana Muda Kepujian
- Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 (1 Kekosongan)
Diploma / Sijil / STP / STPM / STAM
- Penolong Jurutera Gred JA29 (4 Kekosongan)
- Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 (10 Kekosongan)
- Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 (2 Kekosongan)
SPM / MCE / SPVM / SPMV / STA / STU / SKM / Sijil / Bakat
- Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 (55 Kekosongan)
- Pembantu Syariah Gred LS19 (1 Kekosongan)
Info Jawatan Kosong Sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Lokasi: Seluruh Negeri Pahang
Sektor: Kerajaan
Syarat Permohonan Jawatan / Gaji / Deskripsi Tugas:
- Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang.
Cara Memohon Jawatan :
- Permohonan adalah secara dalam talian melalui portal e-SPA Pahang.
- Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui dalam talian sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
- Tempoh sah laku permohonan adalah setahun.
- Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Pahang.
- Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)
Peringatan & Penafian
Mohon perhatian semua pembaca, iklan kerja kosong ini hanya sah pada tarikh yang dinyatakan sahaja, iaitu sebelum atau pada 31 Mac 2021 (Rabu), jam 11:59 malam. Oleh itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti bekenaan tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami.
Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan kosong yang lain seperti Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara (MSN) , 147 Kekosongan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 , 2,462 Kekosongan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 , 577 Kekosongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 , 38 Kekosongan Pegawai Pemulihan Perubatan KKM , ataupun Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI).