Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Jawatan Kosong Polis Bantuan Bank Negara Malaysia BNM 2023

Jawatan Kosong Polis Bantuan Bank Negara Malaysia BNM 2023
Jawatan Kosong Polis Bantuan Bank Negara Malaysia BNM 2023

Jawatan Kosong Polis Bantuan Bank Negara Malaysia BNM 2023. Info terkini! Makluman terbaru daripada Bank Negara Malaysia (BNM)  telah membuka peluang mengisi kekosongan anggota polis bantuan dikalangan rakyat Malaysia. Permohonan ini ia boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong di laman portal rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) yang tersedia kepada semua. Ia adalah merupakan, satu peluang keemasan buat mereka yang benar-benar berminat untuk menjadi anggota polis bantuan bakal berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Peluang peluang membina kerjaya di BNM ini adalah merupakan satu peluang keemasan yang mana wajib direbut oleh setiap rakyat Malaysia. BNM merupakan bank pusat Malaysia yang mana ia adalah sebuah badan yang sememangnya terkenal dengan menjaga keselamatan wang rakyat dan memastikan kestabilan kewangan dan struktur kewangan yang baik. Dan sebagai anggota polis bantuan sememangnya merupakan idaman kepada kebanyakan rakyat Malaysia kerana ia merupakan pekerjaan yang murni iaitu berkhidmat untuk Negara. Selain itu, BNM juga cakna akan hal ehwal keselamatan wang masyarakat yang bertanggungjawab di Malaysia dalam memberi perhatian dari segi aktiviti dan membanteras jenayah scammer serta memastikan kehidupan rakyat aman damai seiring dengan nama Bank Pusat Malaysia.

Jawatan Kosong Polis Bantuan Bank Negara Malaysia BNM 2023

Apakah Jawatan Yang Ditawarkan?

Untuk pengetahuan, bagi rakyat Malaysia yang berminat ingin mohon jawatan yang ditawarkan di BNM yang mana kini mempunyai tawaran mengisi beberapa kekosongan jenis jawatan. Untuk permohonan Jawatan kosong yang boleh dibuat permohonan dengan mengikuti kelayakan yang diminta. Kekosongan jawatan ini juga anda perlu hadiri sesi temuduga yang telah ditetapkan tarikhnya dan boleh dimohon dengan mengikuti syarat yang telah ditetapkan.

Maklumat Jawatan Kosong Yang Ditawarkan:

  • Posisi :

1. POLIS BANTUAN KONSTABEL

Lokasi, Masa & Tarikh Temuduga:

1. Tempat : Lanai Kijang BNM, Kuala Lumpur

Tarikh 14 Januari 2023

Masa: 8:00 pagi – 1:00 petang

2. Tempat: Pejabat BNM Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh: 11 Februari 2023

Masa: 8:00 pagi – 1:00 petang

3. Tempat : Pejabat BNM Kuching, Sarawak

Tarikh 11 Februari 2023

Masa: 8:00 pagi – 1:00 petang

secretary 338561 640 2
Jawatan Kosong Polis Bantuan Bank Negara Malaysia BNM 2023

Maklumat Sesi Temuduga Jawatan Polis Bantuan (Konstabel) BNM 2023

Bilakah Tarikh Dibuka Permohonan dan Ditutup Permohonan Ini?

Permohonan jawatan kosong ini dibuka mengikut makluman rasmi dan permohonan dibuka bermula sekarang akan tetapi anda hanya perlu hadiri sesi temuduga seperti yang telah diiklankan dan permohonan akan ditutup mengikut iklan yang dibuka dibawah.

Untuk makluman para calon, permohonan kini boleh dibuat secara secara manual mengikuti iklan (rujuk iklan dibawah) dan bagi permohonan boleh dibuat dengan merujuk dengan kaedah yang ditetapkan.

Jawatan Kosong Polis Bantuan Bank Negara Malaysia BNM 2023
Jawatan Kosong Polis Bantuan Bank Negara Malaysia BNM 2023

Sumber rujukan iklan dari : Laman Portal Rasmi Facebook BNM

Maklumat Lengkap Sesi Temuduga Jawatan Polis Bantuan Konstabel BNM 

Apakah Maklumat Syarat Kelayakan Untuk Sesi Temuduga Jawatan Ini?

Buat makluman para calon, sebelum anda menghadiri sesi temuduga jawatan ini anda amatlah disarankan untuk mengambil tahu sedikit sebanyak mengenai syarat kelayakan jawatan ini dan latarbelakang badan bank pusat BNM ini agar sesi temuduga anda berjalan dengan lancar dan tidak ditolak oleh majikan untuk melayakkan anda berkhidmat dengan mereka. Berikut adalah maklumat syarat kelayakannya.

  • Calon hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 28 tahun daripada tarikh sesi temuduga yang dijalankan
  • Calon perlulah memiliki tubuh badan dan mental yang sihat serta mampu melakukan tugas-tugas fizikal tanpa sebarang alat bantuan.
  • Calon adalah wajib bebas rekod jenayah dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah
  • Calon juga adalah berkebolehan untuk menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Sekiranya anda terpilih, anda akan tertakluk kepada pertukaran antara cawangan di seluruh Malaysia mengikut keperluan Jabatan dari semasa ke semasa.
  • Penempatan dan pelantikan bagi calon adalah berdasarkan kekosongan serta keperluan Bank
  • Calon yang mana telah mempunyai Sijil Tamat Latihan Asas Polis Bantuan adalah amat digalakkan untuk memohon jawatan yang ditawarkan ini
  • Mana-mana polis bantuan dari lain-lain agensi yang mahu memohon jawatan Konstable ini dia perlu mendapatkan surat kelulusan daripada agensi masing-masing
  • Hanya calon yang mana lulus dalam Ujian Kelayakan Fizikal sebelum terpilih untuk sesi ditemuduga ni

Apakah Syarat Kelayakan Akademik Jawatan Ini?

  • Kelayakan minimum bagi jawatan yang ditawarkan iSijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Apakah Syarat Kelayakan Fizikal?

  • Calon perlulah mempunyai ukuran badan serta ciri fizikal seperti yang berikut:

1- Untuk Calon Lelaki

  • Mempunyai Ketinggian Minimum (tanpa menggunakan kasut) = 165cm
  • Berat Badan Adalah Minumum = 50kg
  • Ukuran Dada = Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas) Indeks Jisim Badan (Body Mass Index – BMI) = Di antara 19 sehingga 26
  • Penglihatan = Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) serta tidak rabun warna

2- Bagi Calon Wanita

  • Mempunyai Ketinggian Minimum (tanpa menggunakan kasut) = 160cm
  • Berat Badan Adalah Minumum = 48kg
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index – BMI) = Di antara 19 sehingga 26
  • Penglihatan = Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) serta tidak rabun warna

Apakah Etika Pemakaian Serta Dokumen?

  • Calon yang hadir untuk sesi temuduga diminta supaya memenuhi etika pemakaian serta membawa bersama dokumen-dokumen sebagaimana yang dinyatakan di bawah:

1) Etika Pemakaian

  • Pakaian  perlu formal untuk sesi temu duga
  • Dan pakaian sukan (kemeja T-berkolar, seluar panjang trek, kasut sukan dan stoking) bagi ujian kecergasan dan fizikal

2) Dokumen-Dokumen Penting

  • Resume terkini
  • Sijil akademik dan transkrip (SPM/STPM/Diploma) – sila bawa dokumen asal dan satu salinan
  • Satu gambar terkini berukuran passport
  • Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) – sila bawa dokumen asal dan salinan (depan dan belakang)
  • Penyata gaji tiga bulan terkini, sekiranya calon ada
  • Kebenaran bertulis daripada majikan bagi anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat
  • Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian dan layak ke peringkat seterusnya.

Buat para calon semua yang hadir diwajibkan untuk menjalankan ujian HTK dan memakai pelitup muka sebelum memasuki kawasan Bank Negara Malaysia.

Untuk Maklumat Lebih Lanjut Mengenai Sesi Temuduga, Boleh Rujuk Di Sini https://www.bnm.gov.my/careers/vacancies

Sesi Temuduga Di Bank Negara Malaysia BNM 

Apakah Itu Bank Negara Malaysia BNM & Kenapa Perlu Diambil Tahun?

Sebagaimana yang telah disarankan buat para calon mengenai Jawatan Kosong Polis Bantuan Bank Negara Malaysia BNM 2023, dalam sesi temuduga ini tidak mustahil akan ada soalan-soalan mengenai latar belakang bnm sebagai nilaian melihat anda samada anda seorang yang cakna akan hal ehwal bank pusat Malaysia ataupun tidak. Dan berkemungkinan ia menjadi markah bonus buat anda dalam sesi temuduga. Berikut adalah sedikit latar belakang BNM yang perlu anda ketahui.

  • Peranan BNM mengeluarkan mata wang negara serta menyimpan rizab bagi menjaga nilai wang.
  • Peranan BNM memastikan kestabilan kewangan dan struktur kewangan yang baik.
  • Peranan BNM Mempengaruhi kredit kewangan sentiasa dalam keadaan yang baik bagi kepentingan negara.
  • Peranan BNM Merupakan jurubank dan penasihat kewangan Kerajaan.
  • Peranan BNM Mengawal kadar faedah bagi segala polisi kewangan
  • Peranan BNM sebagai pemimjam terakhir bagi institusi kewangan kepada sektor bank sekiranya krisis kewangan berlaku.
  • Peranan BNM memastikan tiada penipuan (scam) berlaku melalui bank-bank dan institusi kewangan di Malaysia.

Semoga para calon dipermudahkan segala urusan sesi temuduga.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati