Terkini : Kementerian Kewangan Arah Penjimatan Besar-Besaran Kerajaan Melalui Pekeliling Baharu. Berita dari Kuala Lumpur, Kerajaan pada Khamis lepas telah mengeluarkan satu Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam seiring mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dimasa kini.
Terkini : Kementerian Kewangan Arah Penjimatan Besar-Besaran Kerajaan Melalui Pekeliling Baharu
Bersediakah Kita Untuk Menghadapi Inflasi Yang Melanda Dunia?
Dunia kini sedang dilanda bermacam-macam dugaan. Tidak reda lagi dengan pandemik COVID19, kini dunia sedang menghadapi kegawatan yang bermacam-macam antaranya krisis makanan, krisis perang Rusia-Ukraine, Krisis Interest Rate Amerika dan lain-lain lagi.
Untuk pengetahuan semua, negara Malaysia kini juga terkesan dengan keadaan ekonomi semasa dunia. Kita telah mencatat kadar inflasi sebanyak lebih kurang 3%. Kita perlu bersyukur kerana kadar inflasi dinegara kita masih terkawal disaat negara lain mencatatkan kadar inflasi lebih 10% kenaikan.
Kehidupan akan terasa lebih sukar jika keadaan ini berterusan kerana kadar inflasi dijangka akan menaik. Dengan keadaan ini, kita mestilah mempunyai perancangan dalam menghadapi kegawatan , kemelesetan ekonomi yang dijangka memburuk. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk kita menghadapi krisis ini?
Persediaan Menghadapi Krisis Ekonomi Global
Dengan keadaan hari ini, kerajaan juga telah menjalankan langkah-langkah penjimatan. Oleh itu, seiring dengan kita selaku rakyat perlu mengorak langkah-langkah penjimatan kendiri. Sebagai rakyat, kita boleh berjimat dengan mengurangkan pengeluaran wang secara berlebihan atau hendaklah kurang dari biasa. Bagaimanakah itu?
Disini merupakan langkah yang anda boleh ambil bagi menghadapi krisis:
- Mengurangkan dan meminimakan pengeluaran wang. Mulakan langkah untuk berjimat. Kurangkan membeli barang kemahuan dan melebihkan kepada keperluan semata.
- Mula menanam sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memunhi keperluan. Buat masa sekarang, banyak barang-barang bahan mentah mengenakan harga yang tinggi.
- Lakukan dan ubah gaya hidup sebelum ini. Contohnya, jika sebelum ini kerap makan diluar, mulai harini anda boleh mula untuk makan dirumah bagi mengurangkan perbelanjaan.
- Amalkan konsep “Pentingkan Keperluan Berbanding Kemahuan”. Ini merupakan cara psikologi agar kita terus dalam “mood” berjimat semasa era krisis ekonomi.
Demikianlah langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi menghadapi krisis ekonomi. Diharapkan rakyat Malaysia terus sedar akan keadaan ekonomi semasa dunia dan melakukan sesuai dengan keadaan semasa.
Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Di Tahun 2022
- BANTUAN KERAJAAN SECARA BAUCAR & REBAT SHOPEE TAHUN 2022
- BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR(BINGKAS): BANTUAN RM300 SEBULAN SELAMA SETAHUN
- Bajet 2022 : Bantuan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) Sehingga RM150,000!
- Permohonan i-Sejahtera, Pemberian Bantuan RM200 Untuk B40 Tahun 2022
- Bantuan RM1,000 Bagi Setiap Pasangan Pendapatan Bawah RM5,000
- PERMOHONAN BANTUAN RUMAH IKRAM TAHUN 2022
- BANTUAN KERAJAAN SEBANYAK RM480 SETAHUN UNTUK ISTERI/SURIRUMAH l PARA SUAMI WAJIB AMBIL TAHU
- Bantuan Elaun Keluarga Sejumlah RM150-RM1000 Kepada Keluarga Malaysia B40