Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

VERIFY DANANITA SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN TAHUN 2021

DANANITA SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
DANANITA SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

APA ITU DANANITA SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Kini, wanita turut sama menerajui pelbagai jenis aktiviti perniagaan. Ada yang berniaga secara kecil mahupun besar-besaran. Ada yang menjalankan perniagaan pastry, jahitan dan seni kreatif, serta tidak kurang juga perniagaan yang berunsurkan digital dan multimedia. Seiiring dengan pertumbuhan perniaagan yang dimonopoli oleh golongan wanita, MARA sekali lagi menyediakan skim khas untuk memperhebatkan lagi penyertaan wanita dalam keusahawanan.

Jika anda berminat untuk membuat, antara syarat yang telah disenaraikan adalah :

  1. Warganegara Malaysia (bertaraf bumiputera)
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun
  3. Mempunyai pengalaman/pengetahuan dalam bidang perniagaan yang dijalankan
  4. Memiliki lessen/permit/surat kebenaran daripada pihak berwajib untuk operasi perniagaan
  5. Perlu memiliki akaun simpanan sekurang-kurangnya bagi tempoh 6 bulan terkini
  6. Wajib melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan (bukan perniagaan sampingan)
  7. Operasi perniagaan perlu melebihi 6 bulan
  8. Bebas dari disenaraihitamkan oleh MARA
  9. Menjalankan perniagaan yang patuh syariah
DANANITA SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
DANANITA SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

DANANITA SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN ini memerlukan cagaran dengan kelayakan pembiayaan sebanyak Rm50,000.00. Tempoh yang diberikan adalah maksima 10 tahun (120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak 4%.

Antara cagaran/jaminan yang diperlukan adalah :

  1. Sekurang-kurangnya 10% Nilai Paksa Jual Tanah / Forced Sale Value daripada jumlah permohonan pembiayaan
  2. Memerlukan seorang atau lebih penjamin yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah pembiayaan
  3. Menggabungkan cagaran tanah dan penjamin

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau tatacara memohon boleh kunjungi atau menghubungi pejabat MARA berhampiran anda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati