Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Penerima Bantuan BMT RM800 Januari 2023

Senarai Penerima Bantuan BMT RM800 Januari 2023

Senarai Penerima Bantuan BMT RM800 Januari 2023. Kerajaan Malaysia telah bertungkus lumus serta telah berusaha segala kudrat bagi membantu mereka yang memerlukan, dengan pelbagai inisiatif jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan pada tahun 2023 ini sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Kerajaan juga telah menyediakan dengan kepelbagaian bantuan yang berdasarkan keadaan semasa serta ia mengikut situasi rakyat Malaysia dari segi ekonomi, pekerjaan, kewangan dan lain-lain perkara yang menjadikan kategori bantuan tersebut layak diterima untuk rakyat. Dan yang terkini untuk bulan Januari tahun 2023, antara bantuan yang sudah pun mula dijalankan adalah Bantuan Musim Tengkujuh 2023 ataupun disebut sebagai BMT.

Berikut ialah butiran bantuan.

Senarai Penerima Bantuan BMT RM800 Januari 2023

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) membabitkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta bagi manfaat sejumlah 12,138 peneroka tanaman getah di seluruh negara, akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.

  • Tarikh Yang Diberikan Untuk Menerima Bantuan
  • Jumlah Wang Bantuan BMT yang diterima
  • Apakah Syarat Kelayakan Untuk Terima Bantuan
  • Semakan Kelulusan BMT
  • Maklumat Lanjut BMT

Bantuan Musim Tengkujuh Bulan Januari Tahun 2023

Tarikh Yang Diberikan Untuk Menerima Bantuan

Untuk makluman semua, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah ia membabitkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta bagi manfaat sejumlah 12,138 peneroka tanaman getah di seluruh negara, akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.

Bayaran bantuan ini disalurkan kepada peneroka atau pentadbir sementara (sebagai penerima) secara bulanan dalam beberapa fasa mulai hari ini, 6 Januari 2023 dalam tempoh tiga bulan secara terus ke akaun bank. Kaedah transaksi tanpa tunai yang dilaksanakan sepenuhnya oleh FELDA mulai Januari 2023 ini adalah seiring dengan Revolusi Teknologi 4IR serta salah satu usaha FELDA dalam pemantapan tadbir urus serta mengelakkan sebarang ketirisan dalam pengurusan kewangan.

Menurut kata dari Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata bayaran adalah sebanyak RM800 akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank peneroka berkenaan, membabitkan masing-masing RM300 dalam Fasa 1 (Januari) dan Fasa 2 (Februari) serta baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).

Jumlah Wang Bantuan BMT Yang Diterima

Syarat Kelayakan Bantuan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan BMT:

  • Pekebun Kecil RISDA
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
  • Kelausan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja

Penoreh Bukan Pemilik

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Semakan Kelulusan BMT

Pembayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.

Semakan kelulusan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem BMT RISDA

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan mengenai BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022

Bantuan Musim Tengkujuh Adalah Bantuan Untuk Rakyat 

Mengikut Sumber Dari Felda:

  1. Alhamdulillah, seramai 12,138 orang peneroka tanaman getah FELDA yang layak di seluruh negara yang terjejas ketika musim tengkujuh ini menerima manfaat dana dalaman FELDA berjumlah keseluruhan RM9.7 juta.
  2. Bantuan bernilai RM800 mengikut kategori ditetapkan ini adalah atas dasar keprihatinan dan komitmen FELDA dalam membantu meringankan beban peneroka tanaman getah yang terjejas ketika musim tengkujuh.
  3. Bayaran bantuan ini disalurkan kepada peneroka atau pentadbir sementara (sebagai penerima) secara bulanan dalam beberapa fasa mulai hari ini, 6 Januari 2023 dalam tempoh tiga bulan secara terus ke akaun bank. Kaedah transaksi tanpa tunai yang dilaksanakan sepenuhnya oleh FELDA mulai Januari 2023 ini adalah seiring dengan Revolusi Teknologi 4IR serta salah satu usaha FELDA dalam pemantapan tadbir urus serta mengelakkan sebarang ketirisan dalam pengurusan kewangan.
  4. Pengurusan FELDA mendoakan agar warga peneroka yang terjejas khususnya dan warga FELDA secara amnya diberi ketabahan dan kemudahan serta sentiasa dilindungi oleh-Nya.
  5. Peneroka juga boleh terus berhubung dengan Pengurusan Rancangan masing –masing untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan musim tengkujuh (BMT).
FB IMG 1674142892874

Sumber rujukan dari laman facebook rasmi FELDA di sini

Berikut juga maklumat dan info bantuan kerajaan yang terkini tahun 2023:

  1. Bantuan Lesen Memandu Tahun 2023 Semak Kelayakan Anda
  2. Bantuan Perniagaan Untuk Golongan Belia 2023
  3. Mohon Bantuan Kewangan RM1,000 Bulan Hadapan

Apa Lagi Mengenai Kepentingan BMT 2023

RISDA ialah sebuah agensi kerajaan persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

Akta pihak berkuasa pembangunan pekebun kecil industri getah ialah Akta RISDA 85 1972

Ordinan Kumpulan Wang industri getah (Penanaman Semula) 1952.

“Selaras dengan PEKELILING, adalah jelas Kerajaan melihat kepada beratnya peranan yang dijalankan oleh sektor pekebun kecil sebagai sektor pengeluaran penting dalam ekonomi negara.”

Abdullah bin Abdul Kadir, KMN

RISDA Pengerusi / Ketua Pengarah

Majlis Pelancaran rasmi RISDA pada 8 Februari 1973

Objektif

Pekebun Kecil Akan Mendapat Purata Pendapatan Bulanan RM4,500 Bagi Setiap Keluarga Pada 2025.

Fungsi

  • Melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi memastikan pertumbuhan dan daya maju industri getah sektor pekebun kecil;
  • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau Skim yang disediakan dan diluluskan di bawah peruntukan Bahagian VI Akta RISDA 1972;
  • Menyediakan perkhidmatan teknikal, nasihat, latihan dan program pendidikan kepada sektor pekebun kecil;
  • Untuk mengumpul dan mengurus statistik atau maklumat yang diperlukan dan mengekalkan rekod berkaitan sektor pekebun kecil;
  • Merancang dan melaksanakan sebarang aktiviti lain yang boleh meningkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;
  • Memastikan sektor pekebun kecil dimodenkan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;
  • Untuk melakukan apa-apa perkara lain yang membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau bersampingan dengan prestasi fungsinya.

Misi dan Visi

misi:

Memacu Komuniti Pekebun Kecil Sejahtera Daripada Sumber Komoditi Baharu dan Hasil Berasaskan Revolusi Perindustrian Digital dan Teknologi Hijau

Visi:

Menjadi Agensi Peneraju Pembangunan Pekebun Kecil

Polisi kualiti

RISDA Komited Menguruskan Program Bantuan Tanam Semula Dengan Cekap Dan Berkesan Bagi Memenuhi Keperluan Petani Kecil.

Objektif Kualiti

Mewujudkan Rasa Tanggungjawab Dan Komitmen Di Kalangan Semua Kakitangan Di Semua Pejabat Bagi Meningkatkan Kecekapan, Keberkesanan Dan Kepuasan Pelanggan.

Semoga dengan perkongsian maklumat dan info mengenai Senarai Penerima Bantuan BMT RM800 Januari 2023 ini sedikit sebanyak ia dapat membantu anda dan mereka-mereka yang lain yang memerlukan bantuan ini kerana ia adalah bantuan yang sangat menjadi keutamaan terutama golongan yang tidak berkemampuan. Semoga anda dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Jangan lupa kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Semoga ada pahala buat kita semua di atas perkongsian ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati