Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ā¬ļø

5 Tips Persediaan Temu Duga UPU dan Senarai Semak

Tips Persediaan dan Senarai Semak Untuk Temu Duga UPU
temu duga upu

Senarai Semak Untuk Temu Duga UPU dikongsikan kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk sesi temu duga dalam melanjutkan pengajian peringkat selanjutnya. Sebelum menjalani temu duga ke UPU, calon-calon perlu membuat persediaan awal dengan lengkap dan teliti.

Dalam perkongsian ini, kami ingin berkongsi langkah-langkah persediaan yang perlu dilakukan oleh calon sebelum menjalani temu duga ke UPU.

Langkah-langkah Persediaan Temu Duga UPUĀ 

Persediaan awal sebelum temu duga upu perlu dititikberatkan bagi memastikan segala kelancaran proses temu duga sepanjang ia berlangsung. Justeru, calon perlulah meneliti dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam membuat persediaan temu duga ini.

temu duga upu
temu duga upu

1) Lakukan Semakan dan Kajian Berkaitan Kursus

  • Calon perlulah membuat semakan dan kajian mengenai misi, visi, latar belakang universiti dan juga info penting tentang program yang telah ditawarkan.
  • Catat segala informasi penting yang telah diperoleh dan cuba hafal isi-isi penting berkenaan.

2) Sediakan Dokumen Penting

  • Calon perlu menyediakan segala dokumen penting yang diperlukan
  • Semak dengan rapi agar tiada dokumen tidak tertinggal
  • Berikut antara dokumen penting yang diperlukan:-
    • Resume atau maklumat diri
    • Salinan kad pengenalan yang disahkan untuk kegunaan IPT sahaja
    • Salinan sijil akademik yang disahkan

3) Persediaan Soal Jawab

  • Calon digalakkan bersedia dan berlatih soalan-soalan yang berkemungkinan akan ditanya.
  • Antara soalan-soalan yang mungkin ditanya ialah:-
    • “Mengapakah anda memilih kursus ini?”
    • “Boleh anda terangkan sedikit mengenai universiti penyelidikan?”
    • “Apakah kelebihan yang anda perolehi supaya pihak universiti menerima anda sebagai seorang pelajar?”

4) Pengetahuan Am

  • Calon perlu banyak membaca mengenai pengetahuan am dan informasi berkaitan isu semasa yang mempunyai hubung kait dengan kursus pilihan anda.

5) Etika pemakaian

Imej diri dari segi pemakaian akan menentukan persepsi pertama orang lain terhadap diri kita. Gaya pemakaian yang kita tampilkan ketika temu duga akan diperhatikan oleh para penemuduga.

Sila rujuk artikel berkaitan Tips Berpakaian Secara Profesional yang telah kami kongsikan sebelum ini.

  • Calon perlu memakai pakaian formal yang sopan dan kemas ketika menjalani temu duga.
  • Untuk calon lelaki, perlu memakai blazer, kemeja-T, seluar serta tali leher.
  • Pelajar perempuan, memakai baju kurung, tudung, blaus, blazerskirt bawah lutut, kemeja-T.

6) Datang Awal

  • Calon perlu datang awal ke tempat temu duga sekurang-kurangnya 30 minit awal.
  • Sekiranya temu duga dijalankan secara dalam talian, pastikan segala kelengkapan dalam keadaan baik seperti peranti elektronik, kamera, mikrofon, capaian internet yang stabil dan platform komunikasi berfungsi dengan baik.

Anda juga boleh merujuk artikel Tips Temu Duga Secara Dalam Talian yang telah kami kongsikan sebelum ini.

7) Komunikasi

  • Berikan jawapan dan reaksi yang sesuai apabila diperlukan
  • Jawab dengan penuh keyakinan, positif dan tenang
  • Jangan meninggikan suara dan berdebat tentang sesuatu yang anda kurang fahami

8) Maklum Balas

  • Ketika temu duga berlangsung, calon perlu memberikan maklum balas yang baik
  • Calon perlu menjaga ekspresi muka, sentiasa senyum ketika temu duga dijalankan
  • Beri tumpuan dan perhatian kepada penemuduga
  • Lakukan ā€˜eye contactā€™ atau pandang apabila berkomunikasi dengan para panel temu duga.

Perkongsian

Akhir kata, diharap perkongsian kami kali ini Tips Persediaan dan Senarai Semak Untuk Temu Duga UPU memberikan panduan dan manfaat kepada semua calon yang bakal menjalani temu duga UPU. Semoga setiap langkah persediaan yang dikongsikan dapat menjadi rujukan kepada anda semua. Untuk mengetahu info berkaitan pendidikan, kerja kosong kerajaan dan sebagainya, sila layari laman sesawang kami Sistem Guru Online.

Kepada yang berjaya didalam temu dugu upu yang dihadapi, kami berharap anda teruskan kecemerlangan anda di dalam apa jua bidang yang anda bakal ceburi. Perjalanan anda masih jauh, baiki skill komunikasi dan hubungan sosial anda dengan rakan sekeliling dan elakkan konflik.

Tips untuk bahagia dimana juga anda berada ialah sentiasa cakna dengan persekitaran dan tidak menentang arus yang positif. Tekadkan niat anda dan pastikan anda sentiasa positid dalam membawa diri dalam apa juga keadaan. Semoga anda berjaya dan jumpa lagi.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati