Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Dan Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3

BKM FASA 3
Jadual Dan Jumlah Bayaran

Pengumuman: Jadual Dan Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3. Untuk makluman, Kerajaan Malaysia sentiasa membantu rakyat Malaysia melalui bantuan-bantuan yang giat diperkenalkan dari semasa ke semasa.Mengenai Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih popular dikenali sebagai BKM 2022 merupakan sebuah program bantuan berbentuk bantuan tunai yang melibatkan jumlah dana bantuan terbesar pada tahun ini. Bantuan BKM ini adalah merupakan gantian kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun sebelum ini yang diperkenalkan. Kadar bayaran bantuan BKM juga telah dinaik tambah yang mana kepada penerima BKM akan menerima sehingga RM 2,600.

Untuk maklumat penuh mengenai Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3, anda boleh ikuti lanjut dibawah.

Pengumuman: Jadual Dan Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3

Apakah Itu Bantuan Keluarga Malaysia 2022?

Bantuan RM600
Jadual Dan Jumlah

Bantuan Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu mereka yang terjejas di zaman pandemik COVID19. Pembayaran BKM ini akan terbahagi kepada 4 fasa, yang mana akan melibatkan 4 bulan iaitu bulan Mac (Fasa 1), Jun (Fasa 2), September (Fasa 3), Disember (Fasa 4). Untuk makluman, BKM ini diberikan keutamaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana pada tahun ini.

Bagi pembayaran BKM Fasa 1 dan 2, bayaran telah selesai di salurkan sebelum ini. Kini ramai yang menantikan pembayaran selanjutnya pada Fasa ketiga. Di ruangan ini telah disediakan butiran ringkas dan padat berkenaan BKM Fasa 3 yang perlu anda ketahui.

Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3

Jadual Dan Jumlah Bayaran BKM FASA 3

 Jadual Dan Jumlah Bayaran
Jadual Dan Jumlah Bayaran

Untuk pengetahuan semua, secara rasminya pembayaran BKM Fasa 3 dijadualkan akan diberikan pada bulan September 2022 yang akan melibatkan semua kategori penerima. Namun begitu tiada lagi tarikh rasmi diumumkan, seperti pembayaran fasa 1 dan 2, boleh dijangkakan pembayaran akan bermula pada penghujung bulan September. Semakan kelulusan BKM anda boleh semak di Laman Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia –

Semakan Bantuan Keluarga Malaysia

Jadual Dan Jumlah Bayaran Jumlah Kadar Bayaran BKM Fasa 3

Mengenai kadar bayaran yang akan diberikan pada BKM Fasa 3 adalah sebanyak sehingga RM 900 bergantung pada kategori kelayakan. Jumlah bayaran yang anda akan dapat anda boleh semak di portal rasmi BKM seperti disediakan di atas.

Tambahan, dijangkakan ada penambahan bayaran tunai seperti di fasa 2, segala maklumat terbaru berkenaan fasa 3 ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan anda semua.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN BKM?

Mengikut data pemohon BPR 2021, BKC B40 dan data penerima BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP, ianya akan dibawa secara terus ke dalam sistem BKM secara automatik yang mana bertujuan untuk menyemak kelayakan bagi mereka yang layak.

Namun, permohonan BKM yang baharu perlu dibuat jika tiada rekod dalam pangkalan data yang sedia ada pada pihak LHDNM. Bagi penerima yang sedia ada dan ingin membuat sebarang perubahan maklumat , anda hendaklah membuat pengemaskinian dalam suatu tempoh yang diberikan.

Bagi menyemak bantuan BKM anda boleh merujuk pautan dibawah:

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Di Tahun 2022

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati