Sekiranya anda ingin menyemak baki akaun dalam i-akaun kwsp anda, anda boleh berbuat demikian melalui i-akaun kwsp secara online. Terlupa kata laluan? Jangan risau, ianya boleh diset semula dengan mudah. Anda boleh melakukannya secara atas talian atau boleh kunjungi mana-mana kiosk kwsp terdekat anda.
Jika anda telah mempunyai i-akaun dan terlupa kata laluan, sila ikuti langkah-langkah di bawah :
CARA-CARA RESET KATA LALUAN i-AKAUN KWSP :
- Layari https://www.kwsp.gov.my
- Tekan log masuk i-akaun (ahli)
- Pilih lupa ID pengguna/kata laluan
- Isi nombor kad pengenalan/nombor ahli kwsp
- Tekan permohonan TAC untuk mendapatkan nombor tac
- Semak nombor telefon, pastikan ia aktif dan sah
- Sebaik sahaja menerima tac, masukkan 6 digit nombor tac dan klik seterusnya
- Cipta kata laluan baru dan isi semula untuk sahkan
- Pastikan kata laluan anda adalah kombinasi 8-10 aksara abjad dan nombor, contoh abcd1234
- Skrin pengaktifan kata laluan baru Berjaya akan dipamerkan
Kini anda boleh log masuk seperti biasa menggunakan kata laluan baru.