Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Rukun Nikah dan Syarat Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam

rukun nikah
Rukun Nikah dan Syarat Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam 5

Adakah anda merancang pernikahan dalam masa terdekat ini? Ramai yang merancang pernikahan di bulan Syawal kerana ia adalah sunat jika diniatkan untuk mengikut dan mengambil keberkatan dari perkahwinan Nabi SAW dan Aisyah RA. Artikel kali ini menerangkan rukun nikah, syarat-syarat nikah dan syarat poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam.

133745319 150588530197504 4340518583315434978 n
Rukun Nikah dan Syarat Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam 6

Apakah itu Rukun Nikah?

Rukun nikah adalah sesuatu yang harus ada untuk menentukan sah atau tidaknya suatu perkahwinan tersebut.

nn
Rukun Nikah dan Syarat Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam 7

Lima Rukun Nikah

Rukun nikah utama dalam Islam adalah seperti berikut:

  1. Pengantin lelaki
  2. Pengantin perempuan
  3. Wali
  4. Saksi
  5. Ijab dan qabul.

Syarat-syarat dalam Rukun Nikah

Dalam rukun nikah, ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi supaya pernikahan itu menjadi sah. Berikut adalah syarat-syarat sah dalam rukun nikah.

1. Syarat-syarat bagi calon suami:
– Beragama Islam.
– Bukan mahram kepada calon isteri.
– Sah kelelakiannya.
– Tidak mempunyai empat orang isteri (termasuk isteri masih dalam idah) pada masa itu
– Tiada halangan untuk berkahwin dengan perempuan yang hendak dinikahi menurut hukum syarak.
– Tidak dalam ihram haji atau umrah.
– Kahwin secara sukarela tanpa paksaan menurut hukum syarak.
2. Syarat-syarat bagi calon isteri:
– Beragama Islam.
– Bukan mahram kepada calon suami
– Sah kewanitaannya.
– Bukan isteri orang atau dalam idah suami terdahulu.
– Tidak dalam ihram haji atau umrah.
3. Syarat-syarat bagi Wali:
– Beragama Islam.
– Lelaki.
– Baligh.
– Sempurna akal.
– Adil.
– Sukarela tanpa paksaan.
– Tiada dalam ihram haji atau umrah.
– Tidak ditahan daripada menguruskan hartanya kerana safih.
4. Syarat-syarat bagi Saksi:
– Beragama Islam.
– Sempurna akal.
– Lelaki boleh mendengar.
– Boleh melihat.
– Boleh bertutur.
– Faham bahasa ijab kabul.
– Tidak ditentukan menjadi wali.
– Adil.
5. Syarat-syarat bagi ijab dan kabul:
– Lafaz akad tidak mengandungi taklik
– Lafaz akad tidak mengandungi batas waktu
– Lafaz kabul hendaklah mengandungi lafaz terima nikah
– Lafaz kabul hendaklah disebut nama perempuan atau ganti nama
– Lafaz ijab dan kabul hendaklah berturut-turut (tidak diselangi dengan perkataan yang lain atau diam yang lama antara ijab dan kabul).
– Hendaklah berkekalan kelayakan orang yang melafazkan ijab dan kabul serta saksi-saksi itu sehingga selesai akad.
– Lafaz ijab dan kabul didengar dan difahami oleh kedua-dua saksi.
120136084 1032662190523329 5542545283459634494 n
Rukun Nikah dan Syarat Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam 8

Poligami dalam Islam

Poligami dalam Islam bermaksud seorang lelaki berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi dari empat pada suatu masa. Perkahwinan poligami diharuskan ini telah disebut di dalam Al-Quran dalam Surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud:

'Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. '

Al-Quran nampaknya membenarkan perkahwinan poligami dengan alasan untuk memenuhi keperluan, mengatasi masalah dan menjaga kepentingan individu lain dan bukannya atas dasar memenuhi kepentingan sendiri. Rasulullah s.a.w mula berpoligami setelah kematian isteri pertamanya Khadijah binti Khuwailid. Kalau dilihat pada perkahwinan Rasulullah saw dengan isteri-isterinya kesemuanya adalah untuk menjaga kepentingan orang lain dari kepentingan sendiri

Syarat Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam

Bagaimanapun Undang-undang Keluarga Islam mengamalkan syarat yang agak ketat sebelum poligami dibenarkan.

Peruntukkan mengenai poligami adalah tidak seragam antara negeri-negeri. Ini dapat dilihat umpamanya Negeri-negeri seperti Negeri Sembilan (7/83), Melaka (8/83), Wilayah Persekutuan (A 303), Selangor (4/84), Kedah (1/84), Pulau Pi nang (2/85), Pahang (3/87), Johor (5/90), Sarawak (5/91), Perlis (4/92) dan Sabah (15/92), telah memperuntukkan beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh Mahkamah Syariah sebelum sesuatu permohonan poligami diluluskan.

Jika anda merancang untuk poligami, anda perlu melepasi syarat-syarat poligami di negeri anda sebelum permohonan poligami anda diluluskan. Sebagai contoh:

Borang permohonan poligami di Wilayah Persekutuan seseorang pemohon dikehendaki memberi maklumat antara lainnya:
1. Maklumat peribadi pemohon dan bakal isteri yang akan dikahwininya
2. Alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami itu perlu
3. Latar belakang kewangan suami
4. Tanggungan kewangan yang diberikan kepada isteri dan anak-anak yang sedia ada dan juga bakal isteri
5. Sama ada cadangan pernikahan poligami itu telah mendapat persetujuan daripada isteri yang sedia ada

Para lelaki perlu jujur dan mengambil tanggungjawab berat dalam soal poligami. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَتْ لَهُ امْرَأَتَانِ فَمَالَ إِلَى إِحْدَاهُمَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri dan cenderung kepada seorang daripadanya, pada hari Kiamat, dia datang dalam keadaan yang senget.” (Riwayat Abu Daud (2133) dan al-Tirmizi: 1141)

Justeru itu, para lelaki perlu berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan poligami kerana ia boleh menjadi gedung pahala mahupun gedung dosa buat anda.

Sumber: Jurnal Poligami di Malaysia

Soalan FAQs Berkenaan Rukun Nikah

Apakah Rukun Nikah?

Pengantin lelaki
Pengantin perempuan
Wali
Saksi
Ijab dan qabul.

Apakah syarat-syarat bagi saksi?

Beragama Islam.
Sempurna akal.
Lelaki boleh mendengar.
Boleh melihat.
Boleh bertutur.
Faham bahasa ijab kabul.
Tidak ditentukan menjadi wali.
Adil.

Berapakah bilangan isteri seorang lelaki boleh nikahi?

Empat

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati