Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Khas RM500 OKU Selangor

Bantuan Khas RM500 OKU Selangor

Bantuan Khas RM500 OKU Selangor. Pakej KITA SELANGOR 2.0 yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang lalu telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM600,000 bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor. Bantuan Khas ini akan diberikan secara one-off sebanyak RM 500.00 kepada setiap pemohon yang diluluskan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Sasaran sebanyak 1,200 permohonan yang layak.

Objektif Utama Bantuan OKU KITA Selangor 2.0 adalah:

  1. Membantu golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 sama ada kehilangan pekerjaan tetap ataupun hilang punca pendapatan (bagi yang berniaga).

Syarat & Kelayakan Bantuan Khas RM500

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Had maksima pendapatan isi rumah sebanyak RM 3,000.00 sahaja
  4. Pemegang Kad OKU JKM Selangor
  5. OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat Pandemik Covid-19
  6. Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor, ATAU
  7. Pemastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
  8. Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga

Pelaksanaan Bantuan Khas RM500

  • Had bantuan bagi setiap pemohon adalah berjumlah RM500.00 bersifat one-off bagi setiap permohonan yang berjaya.
  • Pembayaran akan dibuat secara terus melalui EFT (Electronic Fund Transfer) ke akaun pemohon yang layak.

Dokumen yang Diperlukan

book 1091627 640
Bantuan Khas RM500
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor
  3. Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya)
  4. Salinan slip gaji terakhir.
  5. Atau surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (*Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN / Ahli Parlimen / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat)
  6. Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja)

Dapatkan “Borang Permohonan, Senarai Semak & Borang Pengesahan Akuan Pendapatan” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: 

Cara Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuanOKU
  2. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
    1. Penghantaran melalui emel di [email protected]ATAU
    2. Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:

    Yayasan Warisan Anak Selangor
    Aras 5,Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
    Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam, Selangor.
    Talian Hotline : 03-5481 8800

permohonan oku e04a943f472c7553ba95d5d99022dae29a0820e85ed72bbf9ec17111280d94c5
modus oku 47f61404e802469f24e24d5ee090c3ab7c2b69443b20445b1f3a67365d1f1ec3

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk menerusi portal rasmi Jabatan ANIS (anisselangor.com)

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti Permohonan Pengeluaran i-CITRA Mulai 12 Julai, Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan ataupunBantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40, dan M40.

Semoga perkongsian Bantuan Khas RM500 OKU Selangor ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berkalayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati