Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Kepada Pelajar Lepasan SPM Dan IPT Official : Bantuan Khas Berupa Elaun RM 300 l Ikuti Cara Permohonan Dan Bayaran

bantuan lepasan spm dan ipt
Bantuan Kepada Pelajar

Bantuan Kepada Pelajar Lepasan SPM Dan IPT: Bantuan Khas Berupa Elaun RM 300 l Ikuti Cara Permohonan Dan Bayaran.Berita gembira khas kepada pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu daripada IPT/IPTS. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bantuan elaun sebanyak RM300 kepada mereka yang telah tamat Sekolah dan IPT yang diperuntukan khas kepada golongan belia.

Kerajaan telah memberi sokongan kepada golongan belia melalui elaun berjumlah RM300 secara bulanan. Dibawah seliaan badan kerajaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menawarkan bantuan secara elaun RM300 melalui peruntukan bajet tahun 2022 oleh Kerajaan Malaysia. Ikuti makluman daripada PERKESO dibawah.

Bantuan Kepada Pelajar Lepasan SPM Dan IPT: Bantuan Khas Berupa Elaun RM 300 l Ikuti Cara Permohonan Dan Bayaran

Apakah Itu Bantuan Kepada Pelajar Yang Disediakan Oleh Perkeso Kepada Pelajar Lepasan SPM Dan IPT?

Melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sumbangan akan diberi secara elaun RM300 kepada pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu dari Universiti berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan. Pemberian bantuan elaun RM300 adalah diatas program pencarian pekerjaan kepada mereka yang baru sahaja tamat persekolahan, graduasi dari universiti dan pekerja sektor tidak formal. Menurut pihak PERKESO program tersebut ialah:-

  • Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+)130122 SIP EMP BUKAN PENCARUM

Apa itu Bantuan Kepada Pelajar Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+)?

meeting 4019730 640

Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+) merupakan satu program khas kepada bukan pencarum PERKESO dan ini adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak   COVID-19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.

Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.

Permohonan Bantuan Kepada Pelajar Elaun RM300 Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+) 

Pemohon boleh membuat permohonan di laman web rasmi PERKESO atau aplikasi PERKESO PRIHATIN. Sebelum memohon di laman web PERKESO atau melalui aplikasi PERKESO PRIHATIN, pemohon perlu mendaftarkan diri di profil MYFUTUREJOB bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan elaun RM300.

Bagaimanakah Cara Memohon Bantuan Kepada Pelajar ?

Berikut merupakan cara permohonan yang anda boleh lakukan. Ikuti cara-cara dibawah:

  1.  Daftar/ kemas kini profil anda dalam portal MYFUTUREJOB.
  2. Muat turun aplikasi PERKESO PRIHATIN melalui Apple App Store atau Google Play Store
  3. Pemohon boleh memohon tuntutan di aplikasi PERKESO PRIHATIN.

Syarat Kelayakan Bantuan Kepada Pelajar

  1. Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 jun 2021.
  2. Daftar sebagai pencari kerja di portal MYFUTUREJOB
  3. Menghadiri temu duga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
  4. kemas kini log aktiviti di portal MYFUTUREJOB.

Pemohon yang berjaya mendapat elaun berjumlah RM300 semasa dalam proses mencari pekerjaan akan menerima elaun tersebut dalam tempoh 3 bulan dan pemohon juga akan  mendapat Elaun Persedian Bekerja (EPB) secara “ONE-OFF” iaitu setelah mendapat pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk ke laman rasmi PERKESO.

Laman Web Rasmi PERKESO

Soalan lazim berkenaan bantuan elaun RM300 dibawah Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+):-

Soalan lazim berkenaan SIPEMP+

Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi pihak PERKESO di talian 1300-22-8000-03-80915400.

Berikut Merupakan Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Di Tahun 2022:

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati