Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Kerajaan Official : Program Insentif RM700 Yang Boleh Anda Dapatkan Secara Automatik

bantuan rm700
Program Insentif RM700

Program Insentif RM700 Yang Boleh Anda Dapatkan Secara Automatik. Untuk makluman semua, pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan,kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaan. Pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya melibatkan bantuan berbentuk insentif kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan dan bantuan pada zaman yang penuh pancaroba ini.

Salah satu program yang ada adalah melalui Skim MySalam. Ini adalah merupakan sebuah program inisiatif berupa takaful perlindungan kesihatan yang diberikan secara percuma oleh pihak Kerajaan.

Tujuan utama skim bantuan ini ditubuhkan adalah memberi manfaat kepada individu yang berkelayakan terutama kepada golongan B40 dan bantuan ini diberikan tanpa perlu permohonan (Automatik).

Melalui inisiatif program ini, tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah atau B40 bagi mengatasi masalah melibatkan kewangan dalam persediaan apabila mengalami masalah atau musibah seperti pelbagai jenis penyakit kronik dan kritikal pada tahun ini.

Program Insentif RM700 Inisiatif MYSALAM : Skim takaful perlindungan kesihatan percuma

Apakah Itu Mysalam?

Screenshot 2023 12 14 014920

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Siapakah Layak Untuk Mysalam?

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Berapakah Kadar Insentif Bantuan Mysalam?

Kepada yang layak akan menerima bayaran bantuan skim Mysalam secara harian dalam tempoh 14 hari pada kadar sebanyak RM 50 sehari bersamaan RM 700 setahun.

Tambahan, kepada penerima skim Mysalam bakal mendapatkan insentif sebanyak RM 8,000 yang akan dilaksanakan pada masa yang akan diumumkan kelak.

Apakah Syarat Kelayakan Mysalam?

Syarat kelayakan untuk Mysalam adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada individu yang berumur 18 sehingga 65 tahun dan mempunyai pasangan
  • Terbuka kepada individu yang berumur 40 sehingga 65 tahunyang mempunyai pendapatan tahunan RM 24,000 dan kebawah
  • Terbuka kepada individu golongan OKU yang berumur 18 sehingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan tahunan RM 24,000 dan kebawah.

Cara Menebus Mysalam : Skim takaful perlindungan kesihatan percuma

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan jaminan perlindungan kesihatan dari kerajaan, anda boleh membuat permohonan terlebih dahulu. Anda boleh membuat semakan sebelum menebus insentif Mysalam ini. Di bawah telah disediakan panduan cara untuk membuat semakan dan tebus insentif bantuan Mysalam seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi  Mysalam
  2. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda – Tanpa tanda (-)
  3. Klik pada butang “Semak”
  4. Rujuk pada bahagian bawah, akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak atau tidak menerima insentif
  5. Sekiranya anda layak, terdapat 2 kaedah untuk tebus, iaitu:

Secara online:  anda boleh tebus di laman rasmi Mysalam seperti di atas atau

Secara manual: anda perlu pergi ke mana-mana kiosk Mysalam. Mengikut statistik ramai yang membuat tebus bantuan ini secara online kerana ia lebih mudah dan proses sangat cepat.

Jika anda mempunyai permasalahan semasa menebus atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan Mysalam ini anda boleh terus menghubungi:

Talian khas mysalam

1 300 88 8938 atau secara e-mel di alamat [email protected].

Maklumat Lanjut Mengenai Bantuan Kerajaan:

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati