Pemakluman mengenai jawatan kosong MARA Oktober 2024. Jawatan kosong ini adalah satu tawaran terbaru di bawah sektor awam yang kini dibuka dan boleh dibuat permohonan oleh rakyat Malaysia pada bulan Oktober ini.
Makluman Jawatan Kosong MARA Oktober 2024
Isi Kandungan
Siaran jawatan kosong ini adalah untuk jawatan minima diploma dengan taraf kontrak. Berikut adalah senarai jawatan kosong MARA yang dibuka pada bulan Oktober 2024:
- PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP9) Gaji (RM 2,250.00-RM 11,110.00)
- PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP5) Gaji (RM 1,650.00-RM 6,620.00)
- PEMBANTU KESELAMATAN (GRED KP1) Gaji (RM 1,500.00-RM 4,680.00)
Maklumat Jawatan MARA Oktober 2024
Berikut merupakan maklumat jawatan yang dibuka pada bulan ini:
Maklumat | Penerangan |
---|---|
Taraf Jawatan | Kontrak |
Kelayakan Akademik | SPM dan ke atas |
Penempatan | Majlis Amanah Rakyat (MARA) |
Tarikh Permohonan Jawatan
Semak pada iklan yang disiarkan, jawatan kosong MARA Oktober 2024 dibuka bermula sekarang dan akan ditutup pada 14 Oktober 2024. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Syarat Kelayakan Jawatan Kosong MARA Oktober 2024
Berikut merupakan senarai syarat kelayakan bagi jawatan kosong MARA Oktober 2024:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
1 - Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 3 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Khusus bagi calon yang berminat, anda disarankan untuk merujuk makluman lengkap daripada MARA di laman rasmi mereka. Calon boleh mengetahui info dan kriteria jawatan yang ditawarkan untuk permohonan.
Semak Iklan Jawatan Kosong MARA Oktober 2024
Seterusnya, anda boleh membuat rujukan lebih lanjut mengenai maklumat permohonan di laman web rasmi MARA. Pastikan calon merujuk maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong yang dibuka oleh MARA melalui siaran iklan rasmi jawatan kosong:
Selepas mengetahui maklumat lengkap mengenai jawatan, para calon boleh mengemukakan permohonan jawatan kosong MARA Oktober 2024 dengan segera.
Cara Permohonan Jawatan Kosong MARA Oktober 2024
Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan dengan cara MARA tetapkan sebelum atau pada 14 Oktober 2024. Berikut adalah langkah-langkah permohonan kerja:
- Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.
- Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan yang dimiliki tepat dengan bidang yang diiklankan.
- Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link yang sah sahaja seperti berikut:
- Portal rasmi MARA: www.mara.gov.my; atau
- Facebook: https://www.facebook.com/MajlisAmanah Rakyat; atau
- Instagram: https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat; atau
- X: https://x.com/maragov
- Hanya permohonan dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link yang sah sahaja akan diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
- Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat- maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.
- Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
- Semakan pengiktirafan kelayakan sijil/ diploma/ ijazah sarjana muda/ ijazah sarjana/ ijazah doktor falsafah boleh dibuat melalui laman web Agensi Kelayakan Malaysia iaitu www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.
- Pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
- Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
- Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 14 Oktober 2024.
Selepas membuat permohonan, anda perlu menunggu maklum balas daripada pihak MARA. Biasanya, calon yang berjaya akan dipanggil menghadiri sesi temuduga untuk membuktikan kelayakan mereka bagi jawatan tersebut. Oleh itu, diharapkan kepada calon untuk terus bersedia dan lakukan yang terbaik.
Utk interview