Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

TERENGGANU CUTI 11 SEPTEMBER 2022 SEMPENA FINAL BOLA SEPAK PIALA FA 2022

TERENGGANU CUTI 11 SEPTEMBER 2022 SEMPENA FINAL BOLA SEPAK PIALA FA 2022
Terengganu cuti

Pengumuman rasmi mengenai negeri Terengganu cuti pada tarikh yang dinyatakan seperti dalam kenyataan media berikut.

Terengganu Cuti Sempena Perlawanan Akhir Piala FA 2022

Kenyataan Media
Menteri Besar Terengganu Darul Iman

Alhamdulillah, seperti yang kita sedia maklum, Terengganu FC Berjaya ke perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil pada 10 September Sabtu nanti dan bertemu dengan pasukan JDT.

Kerajaan Negeri Terengganu berharap para penyokong Terengganu FC agar dapat mengutamakan keselamatan diri dan tidak terlibat dengan sebarang insiden yang tidak sepatutnya. Sentiasa menunjukkan akhlak dan adab yang baik sebagai rakyat Terengganu ketika menyaksikan perlawanan tersebut.

Bagi memberikan keselesaan perjalanan pulang dan memastikan penyokong Terengganu tidak terburu-buru di atas jalan raya juga, Kerajaan Negeri telah bersetuju mengisytiharkan 11 September 2022 iaitu hari Ahad sebagai cuti peristiwa bagi Negeri Terengganu. Susun dan atur masa perjalanan pulang dengan baik tanpa perlu tergesa-gesa kerana ruang masa yang ada masih panjang.

Kepada pasukan kesayangan semua, Terengganu FC, saya berharap para pemain dapat memberikan fokus yang maksima dan mempersembahkan aksi yang terbaik sekaligus merealisasikan harapan kita untuk membawa pulang Piala FA diiringi ribuan penyokong ke Terengganu. Insya-Allah.

We Bleed Black & White

Kredit:
Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
28 Ogos 2022

TAHNIAH NEGERI TERENGGANU, PEKA DAN CAKNA

Terengganu cuti
Terengganu cuti

Tindakan kerajaan negeri Terengganu ini patut dipuji pelbagai pihak kerana sedia mengumumkan cuti peristiwa lebih awal kepada rakyat Terengganu. Ini dilihat sebagai satu keputusan tepat kerana pada hari Ahad, ianya merupakan hari bekerja bagi rakyat di negeri ini. Pengumuman ini bakal menenangkan seluruh peminat bola sepak di negeri ini yang bakal menjejakkan kaki ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2022 nanti.

  1. Tahniah dan syabas!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati