Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara Yayasan MAIDAM Tahun 2022

bantuan MAIDAM
Official Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara Yayasan MAIDAM Tahun 2022

TERKINI: Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara Yayasan MAIDAM Tahun 2022.Berita baik, Yayasan Pendidikan MAIDAM telah mempelawa pelajar yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam negara Dan Luar Negara.

Bantuan ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).

image 89
Official Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara Yayasan MAIDAM Tahun 2022

TERKINI: Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara Yayasan MAIDAM Tahun 2022

Apakah Itu Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM?

Bantuan MAIDAM ialah merupakan bantuan daripada yayasan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dari segi bantuan kewangan kepada pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat IPT.

Berapakah Kadar Jumlah Bantuan MAIDAM?

Untuk pengetahuan semua,bantuan yang diberikan adalah secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian seperti berikut:

Bil

Tahap Pengajian

Dalam Negara

Luar Negara

1

Sijil

RM 600

2

Diploma

RM 800

RM 800

3

Ijazah Sarjana Muda

RM 1000

RM 2000

4

Sarjana

RM 1200

RM 2500

5

PhD

RM 1500

 

Apakah Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan?

Pelajar yang ingin memohon bantuan ini perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan seperti di bawah:

  1. Asnaf: Fisabillah dan miskin.
  2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  3. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  4. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian.
  5. Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil/Pra Diploma/Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
  6. Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.
  7. Permohonan perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.
  8. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  9. Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan.
  10. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat manamana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan. Anda boleh membuat permohonan secara online. Ikuti cara-cara permohonan bantuan pengajian awal IPT dalam dan luar negara dibawah.

Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara Yayasan MAIDAM Tahun 2022

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Permohonan?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web rasmi MAIDAM :

Laman Web Rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM

Apakah Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan?

Bagi membuat permohonan, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti yang disenaraikan di dalam gambar di bawah ketika membuat permohonan.

image 87
Official Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara Yayasan MAIDAM Tahun 2022

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel ke [email protected] / [email protected] atau hubungi terus talian Pusat Urusan Zakat Daerah seperti di bawah:

  • Kuala Terengganu 09-630 30 30
  • Marang 09-618 33 17
  • Hulu Terengganu 09-681 78 09
  • Dungun 09-845 28 10
  • Kemaman 09-859 45 45
  • Setiu 09-609 03 07
  • Besut 09-697 53 23
  • Kerteh 09-826 64 63
  • Kuala Nerus 09-662 2910

Bantuan-Bantuan Khas Kepada Pelajar IPT:

1. Bantuan Lepasan Sekolah Dan IPT

Kerajaan telah menyediakan bantuan kepada mereka yang tamat belajar sekolah dan tamat IPT. Usaha kerajaan adalah untuk membantu meringankan beban dan membantu membina kerjaya. MOHON DISINI.

2.Bantuan Percuma Tablet Kepada Pelajar IPT

Kerajaan Malaysia telah mengumukan bantuan pemberian tablet percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang layak. Terbaru, permohonan bantuan tablet Fasa 2 telah dibuka. Mohon DISINI.

3. Bantuan RM3600 Setahun Kepada Pelajar

Usaha kerajaan Malaysia menyokong pembelajaran pelajar IPT. Terdapat bantuan yang kerajaan sediakan kepada mereka yang dalam pengajian setiap sem. Untuk membuat permohonan DISINI.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati