Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Kemasukan MRSM Pengambilan Tingkatan 1 & Tingkatan 4 bagi Tahun 2023

permohonan kemasukan mrsm tingkatan 1 dan 4 2023

Permohonan Kemasukan MRSM Pengambilan Tingkatan 1 & Tingkatan 4 bagi Tahun 2023. MARA sedang mempelawa calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang sedang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengumumkan tarikh bagi permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 bagi ambilan tahun 2023.

Untuk pengetahuan semua, strategi pendidikan MRSM menekankan kepada empat domain berbeza.

Ia telah dirangka dengan pembangunan kurikulum, pembangunan pelajar, pembangunan profesionalisme, pembangunan fasiliti dan perkhidmatan yang merangkumi sistem pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pada masa yang sama, MRSM juga dapat mencapai objektif utama iaitu bagi melahirkan insan cemerlang yang holisitik, inovatif dan berintegriti.

Syarat Kemasukan MRSM

Kemasukan MRSM
Kemasukan MRSM
  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
  3. Calon memohon secara dalam talian (online)
  4. Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  5. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  6. Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.
  7. Ibu bapa/penjaga dan penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Permohonan Kemasukan MRSM Ambilan Tahun 2023

Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan tahun 2023 adalah sepenuhnya dilakukan secara atas talian melalui aplikasi rasmi permohonan MRSM yang akan mula dibuka pada tarikh yang telah diumumkan.

Tarikh Permohonan MRSM Tahun 2023 bagi Tingkatan 1 dan 4

  • Tarikh Permohonan bermula pada 1 September 2022 pada jam 10:00 pagi dan berakhir pada 4 November 2022 pada jam 12:01 pagi.

Tarikh mula permohonan dan tarikh tamat permohonan yang dinyatakan adalah tepat dan rasmi sebagaimana yang telah diumumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA. 

Panduan Dan Cara Membuat Permohonan MRSM 

  1. Sila layari laman web rasmi permohonan MRSM 2022 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, klik pada pautan di bawah:
    – https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

    (Nota: Sistem Permohonan MRSM bagi kemasukan tahun 2023 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana yang ditetapkan)

  2. Sebelum mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan MRSM, pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan ke MRSM, pautan daftar pengguna disertakan di laman sistem permohonan yang sama.
  3. Selepas pemohon berjaya mendaftar sebagai pengguna dan mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online MRSM dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan.

    (Nota: Semua maklumat, langkah dan panduan permohonan serta syarat kelayakan kemasukan MRSM 2023 disertakan di laman sistem yang sama)

Maklumat Berkaitan Permohonan MRSM Tahun 2023

  • Kemasukan ke MRSM mewajibkan semua calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat calon. UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian. Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab pula diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.
  • Calon perlu lulus keempat-empat UKKM bagi melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan bagi memudahkan urusan UKKM dilaksanakan dengan sempurna.

Pautan Maklumat Rasmi 

Sekiranya pemohon menghadapi masalah dan mempunyai pertanyaan mengenai Permohonan Kemasukan ke MRSM 2023, sila layari pautan di bawah:

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati