Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Pendaftaran mySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Panduan Pendaftaran mySPP
Panduan Pendaftaran mySPP

Panduan Pendaftaran mySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan. MySPP adalah merupakan sebuah portal baharu yang menggantikan portal lama SPP bagi permohonan jawatan-jawatan anggota perkhidmatan pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bermula 15 Julai 2020, permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang dilakukan perlu menggunakan sistem terbaru mySPP. Antara jawatan kosong yang boleh dimohon adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Daftar mySPP secara Atas Talian

Dibawah merupakan cara untuk mendaftar serta mengakses portal mySPP untuk melakukan permohonan pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan serta makluman lain yang berkaitan.

Portal Rasmi mySPP Terkini

Untuk pengguna kali pertama, ikuti langkah berikut:

  1. Layari pautan rasmi Portal mySPP seperti di atas.
  2. Klik butang ‘Daftar Akaun Baharu’ bagi mendaftar MyID (boleh dilakukan sekali sahaja)myspp-1
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan pada paparan skrin Daftar Akaun Baharu yang ditunjukkan dan klik butang ‘Daftar’ jika sudah lengkap mengisi maklumat.myspp-2Jika terdapat kesalahan/ralat ketika mendaftar, pemohon dinasihatkan untuk menyemak semula maklumat yang dimasukkan adalah betul.

Cara Mengisi Permohonan Jawatan mySPP

Setelah berjaya Log Masuk, pemohon boleh mengisi mySPP dan dinasihatkan untuk membaca Maklumat Jawatan Terlebih dahulu bagi mengelakkan jawatan yang dimohon tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

Langkah Permohonan Jawatan mySPP adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk ke mySPP melalui pautan yang telah disediakan di atas.
  2. Isi maklumat yang bertanda bintang berwarna merah (*) di Maklumat Pemohon (maklumat secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan pemohon secara proses mendaftar akaun baharu).
  3. Klik butang ‘SIMPAN’ jika maklumat telah lengkap diisi oleh pemohon.
  4. Kemudian, isikan maklumat akademik mengikut tahap akademik yang diperolehi dan klik butang ‘SIMPAN’
  5. Isi Maklumat Tambahan sekiranya ada dan klik butang ‘SIMPAN’. Jika pemohon tiada mengisi maklumat pada Maklumat Tambahan, tekan butang ‘Tiada Maklumat Tambahan’.
  6. Seterusnya, klik menu JAWATAN DIMOHON dan sub-menu ‘Jawatan SPP’ dan sub-menu ‘Jawatan PDRM/lain’ akan dipaparkan.
  7. Pemohon boleh memilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan yang dipilih ke dalam ruangan Jawatan Yang Dipohon. myspp-3Nota: Jawatan yang dimohon adalah bergantung kepada Maklumat Akademik yang dimasukkan oleh pemohon justeru, pemohon perlulah memastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul.
  8. Sekiranya pemohon ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan Klik butang <<.
  9. Seterusnya, pilih Pusat Temuduga/ Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang telah diberikan.
  10. Klik butang ‘SIMPAN’ bagi menyimpan maklumat yang telah diisi.
    Nota: Bilangan permohonan jawatan adalah tidak ditentukan. Jadi, pemohon boleh memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan namun ianya perlulah bersesuaian dengan kelayakan akademik pemohon.
  11. Pemohon perlulah memastikan permohonan dihantar dengan klik pautan Pengakuan Pemohon, dan klik pada petak Saya setuju dan tanda akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
  12. Jika pemohon telah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik butang ‘HANTAR’ dan sekiranya tidak berbuat demikian, permohonan tidak akan diproses.
    myspp-4

Semakan Permohonan Jawatan mySPP

Pengguna akaun mySPP yang telah melakukan permohonan jawatan di dalam sistem mySPP boleh membuat semakan status permohonan seperti berikut:

  1. Log Masuk Portal mySPP yang telah diberikan di atas.
  2. Klik pautan ‘Semakan Permohonan’ dan status permohonan setiap jawatan akan dipaparkan.
    myspp-5
  3. Beberapa jenis paparan akan dipaparkan contohnya seperti berikut:
  • Mesej: Tiada Urusan Pengambilan Mulai tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan. Maksud: Tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
  • Mesej: Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya. Tindakan: Pemohonan tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan/ Kementerian.

Nota: Tempoh sah laku permohonan adalah (1 tahun) daripada tarikh pendaftaran jawatan tersebut. Ianya boleh dilihat di paparan skrin status permohonan.

Senarai Jawatan Yang Boleh Dipohon

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Sebagai Pihak Berkuasa bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut:

  1.  Jawatan Guru
    – Guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29
  2. Jawatan Bukan Guru
    – Pensyarah yang berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia:
    Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
    – Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, Penyelia Asrama Gred N19, Pembantu Pengurusan Murid Gred N19, Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19, Pembantu Makmal Gred C19.
    – Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 di bawah kementerian Pendidikan Malaysia: Pembantu Operasi Gred N11, Pemandu Kenderaan Gred H11.

Maklumat Lanjut Panduan Pendaftaran mySPP

Sekiranya anda mempunyai soalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Portal mySPP, sila rujuk pautan berikut atau hubungi talian bantuan seperti di bawah:

Diharapkan agar perkongsian mengenai Panduan Pendaftaran mySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai dalam melakukan permohonan dalam sistem mySPP.

Dalam perkongsian lepas, kami ada berkongsi beberapa iklan jawatan kosong seperti Jawatan Kosong Majlis Daerah Setiu, Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19 dan Jawatan Kosong Pembantu Penguat Kuasa KP19. Untuk mendapatkan informasi terkini dan bahan-bahan pendidikan yang bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati