Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Effective Ogos 2021

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) adalah sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk maklumat jawatan di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’, serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 24 Ogos 2021 (Selasa) jam 5.00 petang.

Maklumat Jawatan Kosong di MIROS

  • Jawatan dan Gred: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19.
  • Taraf Jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH).
  • Bilangan Kekosongan: Satu (1).
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan.
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana.
  • Jadual Gaji: RM 54.00 sehari.

Deskripsi Tugas

  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas jabatan/bahagian seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, dan statistik.
  • Menjalankan tugas-tugas Pembantu Am Pejabat apabila diperlukan.

Syarat Lantikan

6ca7d1df e0d1 4486 b632 90fa319111bc 3

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lelaki berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong & Borang Permohonan” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan dan borang tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download:

Cara Permohonan

  1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun seperti yang disediakan di atas.
  2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
    (a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja).
    (b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
    (c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
    (d) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi.
    (e) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain.
  3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
  4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:
    Urus Setia Pengambilan,
    Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
    Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
    Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
    43000 Kajang, Selangor.
  5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Ogos 2021 (Selasa) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
  6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemu duga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati