Info Terbaru, Kerajaan Malaysia Telah Mengumumkan Pengeluaran Wang RM10,000 KWSP one off. Perdana Menteri Malaysia, baru sahaja mengumumkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejumlah RM10,000 secara one-off. Ini membuktikan Kerajaan Malaysia begitu prihatin dan mendengar rintihan kesusahan rakyat yang memerlukan sokongan kewangan di era pandemik COVID-19 melanda dunia.
Kini, Pengeluaran RM10,000 dibenarkan secara one-off. Diharapkan pencarum KWSP menggunakan dengan baik dan berhemah. Ini adalah kerana wang yang dikeluarkan dari KWSP merupakan simpanan wang dihari tua nanti. Oleh itu, pencarum KWSP yang mengeluarkan RM10,000 perlu memikirkan kesan-kesan apabila mengeluarkan sejumlah wang besar dari KWSP.
Cara Memohon Pengeluaran RM10,000 KWSP One Off
Untuk makluman kepada Pencarum KWSP, anda dapat mengeluarkan wang simpanan anda dari KWSP melalui permohonan Online di:-
Bagaimanapun, Pengeluaran KWSP secara khas nanti akan diumumkan oleh Kemeterian Kewangan dan KWSP. Jenis pengeluaran KWSP sebelum ini dalah tertakluk pada dua jenis pengeluaran iaitu:-
- Pengeluaran sebahagian
- Pengeluaran penuh
Sebaik-baiknya pengeluaran adalah ketika diusia tua. Dikala umur masih muda disarankan untuk menyimpan terlebih dahulu memandangkan pengumuman Dividen KWSP tahun 2021 amat memberasangkan iaitu sebanyak 6% setahun.
Selain itu,kepada pencarum KWSP, Menurut kenyataan Perdana Menteri pada pengumuman tadi, beliau menegaskan dan menyeru kepada pencarum yang berhajat mengeluarkan wang simpanan agar memikirkan dan bertindak dengan betul kerana gusar akan menjejaskan simopanan wang dihari tua nanti. Oleh itu, diminta kepada pencarum agar menggunakan wang simpanan KWSP jika dalam keadaan benar-benar terdesak sahaja. Ini adalah kerana Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri begitu memikirkan hal keadaan rakyat Malaysia jika ada yang terjejas di hari tua kelak ekoran pengeluaran wang KWSP.
Pengeluaran Wang RM10,000 Secara One-Off, Apakah Yang Perlu Kita Utamakan? Guna Atau Labur?
Memandangkan pengeluaran wang KWSP dibenarkan secara One-Off nanti, apakah yang akan lakukan jika dapat mengeluarkan wang sejumlah besar RM10,000 nanti?
Sebahagian pencarum akan mengeluarkan wang tersebut untuk digunakan sebagai tampungan hidup, membaiki rumah, kereta dan lain-lain lagi untuk meringankan beban kewangan yang meningkat lagi-lagi kerana ujian pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada pencarum-pencarum KWSP.
Namun, pencarum juga perlu memikirkan apa yang boleh dilakukan dengan wang yang dikeluarkan. Ini adalah kerana pencarum juga harus memikirkan pengurusan wang yang tepat apabila mengeluarkan sejumlah wang simpanan di hari tua. Mungkin ada sebahagian dari pencarum mengeluarkan wang KWSP untuk membiakkan lagi wang simpanan dengan menjadikan modal dalam urusan perniagaan. Ada sebahagiannya juga akan menggunakan wang pengeluaran KWSP untuk dalam bidang pelaburan. Semuanya bergantung kepada tujuan pencarum masing-masing samaada untuk gunakan wang pengeluaran tersebut untuk menampung kehidupan atau menggunakan untuk melaburkan dan menambahkan lagi wang simpanan.
Berikut adalah tip-tip kepada pencarum yang bakal mengeluarkan wang simpanan KWSP :-
- Gunakan wang pengeluaran untuk kegunaan penting dan mustahak sahaja. Gunakanalah wang pengeluaran tersebut ketika anda dalam keadaan perlu dan terdesak sahaja. Ini adalah kerana wang tersebut merupakan usaha penat lelah sepanjang anda bekerja sebelum ini.
- Beli barangan untuk keperluan sahaja, bukan kemahuan. Suka untuk diingatkan terdapat perbezaan ketara antara Keperluan dan Kemahuan. Keperluan merupakan suatu yang penting, tiada ia kita susah dan sesak. Manakala, kemahuan pula suatu yang jika ia tiada sekalipun kita tetap boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Begitulah analogi ringkas yang boleh kita fikirkan. Jadi, anda pilih lebih dahulukan keperluan atau kemahuan?
- Melabur dalam ilmu pelaburan dan perniagaan. Dengan keadaan anda memperoleh wang sejumlah RM10,000 perkara lain yang ada boleh fikirkan adalah bagaimana untuk menggandakan wang tersebut menjadi lebih banyak. Menurut mereka yang berjaya dalam perniagaan, ” ambillah risiko atau anda akan terlepas peluang”. Dari sini kita tahu, jika ada peluang terhidang maka, kita jangan sesekali melepaskan peluang tersebut.Maka, Jika kita mempunyai minat dalam perniagaan contohnya perniagaan kedai makan, carilah rakan susah senang untuk berbincang tentang hala tuju perniagaan bersama.Benar risiko itu ada dalam perniagaan dan pelaburan. Rancanglah dan terokailah risiko yang boleh membuat anda berjaya!
“Tahniah Kepada Pencarum KWSP, Gunakanlah Ia Dengan Sebaiknya”
Setelah lama desakan demi desakan akhirnya Kerajaan Malaysia mendengar keluh kesah kesusahan rakyat. Sebagai pencarum KWSP yang bakal memperolehi wang sejumlah besar dari simpanan anda, gunakanlah ia sesuai keadaan. “Utamakan Keperluan, Kemudian Barulah Kemahuan”