Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Zakat LZNK : Permohonan Agihan Khas RM300

Permohonan Agihan Khas Zakat LZNK RM300

Permohonan Agihan Khas Zakat LZNK RM300 kini dibuka selama tiga minggu bermula daripada 18 Julai sehingga 7 Ogos 2021. Permohonan hanya boleh dikemukakan secara dalam talian sahaja. Agihan Khas Zakat ini akan diberikan secara sekaligus (One Off) sebanyak RM 300 bagi setiap ketua keluarga yang terjejas pendapatan dan tinggal dalam negeri Kedah sahaja.

Siapakah yang LAYAK menerima skim Zakat LZNK ini?

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  3. Golongan yang terjejas pendapatan disebabkan Covid-19 dan mempunyai pendapatan isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar).
  4. Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan.
  5. Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Apakah bentuk kriteria kelayakan bagi Permohonan Agihan Khas Zakat LZNK RM300?

  • Hilang pendapatan disebabkan sakit, diberhentikan kerja, pengurangan gaji, cuti tanpa gaji sehingga boleh menimbulkan masalah emosi dan rumah tangga.
  • Dibelenggu masalah kesihatan seperti penyakit kronik yang melibatkan kos rawatan yang tinggi atau jangkitan Covid-19 sehingga terhalang pergerakkan untuk bekerja dan terpaksa dikuarintin.
  • Dibelenggu masalah kesempitan hidup dan tertekan kerana kehabisan wang simpanan kecemasan.
  • Mempunyai masalah bebanan hutang ketika Pandemik Covid-19 seperti hutang bil air, elektrik, sewa rumah, kenderaan, pendidikan dan lain-lain.
  • Terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asas diri dan keluarga seperti makanan, ubat, susu bayi, pendidikan anak-anak, pengangkutan dan bukan hutang untuk tujuan bermewah.
  • Peniaga yang terjejas perniagaan dan sedang menanggung hutang seperti sewa kedai, utiliti dan tunggakkan gaji pekerja.
  • Hutang keperluan asasi asnaf miskin, guru-guru dan petugas di sekolah agama rakyat yang terjejas.

Bagaimanakah kaedah membuat permohonan Zakat LZNK?

  • Semua dokumen sokongan tidak perlu disahkan kecuali surat pengesahan pendapatan bagi yang tiada slip gaji atau tidak bekerja.
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan seperti kategori berikut:
    Kategori (Status)
    – Suami (Jika berkahwin)
    – Isteri (Jika bercerai (cerai hidup/cerai mati)
    – Isteri (Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah)
    – Anak (Jika ibu bapa uzur dan terlantar sakit)
  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) menerusi Sistem Permohonan Agihan Zakat menerusi pautan (link) https://agihan.zakatkedah.com.my dengan memilih Skim Agihan Khas Zakat serta memuat naik lampiran dokumen-dokumen berikut :
    1. Kad Pengenalan Pemohon sahaja. (Diwajibkan Depan & Belakang).
    2. Sijil nikah / surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).
    3. Slip gaji, penyata pendapatan, pencen, surat diberhentikan, cuti tanpa gaji dan sebagainya (jika berkenaan). Bagi yang TIDAK BEKERJA atau TIADA SLIP GAJI, sila cetak Surat Pengesahan Pendapatan atau dapatkan di Pejabat Zakat Daerah berdekatan).
    4. Penyata akaun bank pemohon (Akaun ASB dan Tabung Haji tidak
    dibenarkan).
    5. Bukti Bermastautin Pemohon : Bil Elektrik / Air / Telefon dan lain-lain bil (atas nama/alamat Pemohon).
    6. Laporan perubatan daripada doktor perubatan Hospital Kerajaan. (Jika ada).
    7. Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja
    akan dipertimbangkan permohonan.

Jika saya TIDAK BERKERJA atau TIADA SLIP GAJI, apakah tindakan yang perlu saya buat?

  1. Anda perlu mencetak Surat Pengesahan Pendapatan (muat turun surat
    tersebut seperti yang disediakan di bawah ini)
  2. Lengkapkan surat pengesahan pendapatan.
  3. Dapatkan pengesahan dari Imam / Penolong Amil Kariah / Ketua Kampung JPKK / Penghulu / Pegawai Kumpulan A
  4. Muat naik (upload) surat tersebut ke dalam Sistem Permohonan Agihan Zakat.

Dapatkan “Surat Pengesahan Pendapatan & Soalan Lazim Agihan Zakat LZNK” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: 

Maklumat Lanjut Zakat LZNK

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Nombor Pejabat Zakat Daerah masing-masing.

  • Ibu Pejabat: 019-4181740
  • Kota Setar: 04-7318005 / 019-5739155
  • Kubang Pasu: 04-9171561 / 019-4967255
  • Kuala Muda: 04-4411881 / 019-4122155
  • Kulim: 04-4900873 / 019-5732155
  • Baling: 04-4702428 / 013-4529155
  • Sik: 04-4695895 / 019-4104255
  • Padang Terap: 04-7866239 / 019-5172155
  • Pendang: 04-7594515 / 019-4123155
  • Yan: 04-4683482 / 019-4804155
  • Pokok Sena: 04-7821513 / 019-518 6155
  • Bandar Baharu: 04-4079670 / 019-4738255
  • Langkawi: 04-9660179 / 019-4753155

Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Permohonan Agihan Khas Zakat LZNK RM300 ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat bantuan ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati