Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (RM500 Sebulan)

 

Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (RM500 Sebulan)

Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (RM500 Sebulan) kini dibuka. Bantuan ini merupakan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH). Bantuan ini merujuk kepada bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 sebulan dan dibayar setiap bulan selama tempoh 3 bulan kepada individu yang telah diluluskan permohonannya. Permohonan boleh dikemukakan mulai 19 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021.

May be an image of text that says "peMulih Fokus Kedua: Menyokong Perniagaan $5 $ $ Peruntukan RM30 juta Bantuan kewangan RM500 aseorang untuk 3 bulan bagi individu OKU yang hilang/tiada pekerjaan Dijangka memanfaatkan 20,000 OKU BANTUAN KHAS GOLONGAN OKU"

MOHON JUGA: Bantuan Khas RM500 OKU Selangor

Apakah syarat kelayakan untuk memohon bantuan kewangan ini?

  1. OKU yang berdaftar dengan JKM;
  2. OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
  3. OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;
  4. Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji; dan
  5. OKU yang bukan kakitangan kerajaan.

Bagaimanakah untuk memohon bantuan kewangan ini?

  • Isi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui google form yang terdapat di laman web JKM iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (jkm.gov.my)
  • Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuat turun di bawah ini dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel bantuanokupemulih@jkm.gov.my
  • Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat
    emel bantuanokupemulih@jkm.gov.my

May be a cartoon

Dapatkan “Borang Permohonan & Soalan Lazim Bantuan” di sini


Di sini admin nak kongsikan borang tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download:

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) ini boleh dirujuk menerusi portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (jkm.gov.my)

Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (RM500 Sebulan) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua, khususnya buat golongan OKU yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja, ataupun sesiapa sahaja yang memerlukan dan berkelayakan untuk membuat permohonan bantuan ini.