Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara 2023

jpg 20230101 115247 0000

Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara 2023. Terbaru, Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) ingin menawarkan kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, berdaya saing, bercita-cita tinggi, dan yang mempunyai konfiden yang tinggi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan syarikat, untuk memenuhi kekosongan jawatan dibawah.

Buat sesiapa sahaja diluar sana yang sedang menganggur sedang mencari pekerjaan dan berkelayakan untuk memohon didalam bodang berkaitan bolehlah membuat permohonan untuk jawatan yang ditawarkan ini.

telegram us

Mohon Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara 2023 Dengan Segera!!

Apakah Jawatan yang ditawarkan?

  1. PENGURUS BESAR
  2. EKSEKUTIF KEWANGAN
  3. EKSEKUTIF OPERASI
  4. .EKSEKUTIF KEJURULATIHAN

Maklumat Jawatan Kosong:

Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum :Ijazah, Diploma/STPM, Sijil, SPM/SPVM
Status Pelantikan :Tetap/kontrak
 

Bilakah tutup tarikh permohonan?

Tarikh tutup permohonan : 8 Januari 2023
 

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan Jawatan ini?

  • Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN).
  • Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
  • Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

cravat 987584 640 2
Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara 2023

Syarat-syarat Jawatan Kosong & Permohonan dan Borang Disini 

IKLAN JAWATAN DIBAWAH MSN TAHUN 2023

PENTING: Pemohon disarankan untuk membaca dengan teliti semua syarat kelayakan dan maklumat/info jawatan yang ditawarkan sebelum membuat permohonan. Pastikan anda mengisi maklumat anda dengan betul dan lengkap.

Peringatan:

Untuk pengetahuan semua, iklan kerja kosong ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Sila rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Tips sebelum membuat temuduga:

Selepas menghantar borang, cv dan lain-lain yang berkaitan kepada pihak Majlis Sukan Negara, dokumen yang anda hantar tersebut akan malalui proses saringan untuk memilih siapakah yang terbaik untuk dipilih bagi mengisi jawatan yang ditawarkan tersebut.

coffee 1276776 640
Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara 2023

Sekiranya berjaya, anda akan terpilih didalam senarai pemdek (short list) untuk menghadiri temuduga. Anda perlu ikuti tips-tips yang diberikan dibawah ini agar anda lulus temuduga tersebut:

  • Berpakaian Kemas: panel temuduga amat menyukai jika melihat seseorang yang nak ditemuduga tersebut mempunyai penampilan yang menarik. Kalau berkemampuan bolehlah melabur sedikit duit untuk beli pakaian baru, menarik dan cantik. Kalau tak mampu pun tak apa je pakai pakaian yang ada yang penting kemas, bersih dan wangi. Kalau pakaian lama pun tapi bergosok cantik itu pun lebih baik.
  • Sediakan Dokumen Penting: Jangan sesekali lupa untuk membawa bersama dokumen-dokumen penting seperti fotokopi dokumen pengenalan diri, resume, sijil tamat belajar, sijil graduasi, sijil-sijil kokurikulum dan lain-lain yang berkaitan. Sebelum anda ditemuduga berkemungkinan besar mereka akan tengok dahulu dokumen-dokumen anda. Jika tak bawa habislah!
  • Jangan Lupa bawa Pen: Ramai yang pergi temuduga pekerjaan tapi terlupa bawa pen. Sebelum anda dipanggil untuk interview biasanya anda kena isi borang temuduga dahulu. Jika pen pun tak ada mereka akan lihat anda tiada kesungguhan untuk bekerja dengan mereka. Macam mana nak bekerja memegang jawatan yang besar kalau pen pun tertinggal.
  • Kaji latar belakang syarikat: Penting sebelum menghadiri temuduga untuk membaca sedikit sebanyak latar belakang syarikat kerana memang soalan yang biasanya akan ditanya ketika temuduga adalah sejauh mana anda mengetahui sejarah dan latar belakang syarikat. Dibawah kami ada sediakan latar belakang Majlis Sukan Negara:

Latar Belakang Majlis Sukan Negara

Majlis Sukan Negara Malaysia (Bahasa Melayu: Majlis Sukan Negara Malaysia, MSN atau MSN), ialah sebuah agensi kerajaan dan badan berkanun di bawah Kementerian Belia dan Sukan Kerajaan Malaysia yang mentadbir aktiviti sukan di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1979 Pindaan dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Abdul Razak Hussein pada 21 Februari 1972.

Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara 2023
Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara 2023

Sejarah

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhan MSN, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas penysunan semula majlis pada tahun 1981, MSN mengembangkan program dan aktiviti sehingga apa yang dapat dilihat pada masa kini. Matlamat penubuhan MSN selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.[1]

Senarai program

  • Program Latihan Atlet (Sandaran/Bakat, Podium)
  • Program Latihan Atlet Para (Sandaran/Bakat, Podium)
  • Program Pembangunan Bola Sepak Negara
  • Program Pembangunan Hoki Negara
  • Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan
  • Junior Cycling Malaysia
  • Wanita dalam Sukan

Bekas tempat

Kompleks Majlis Sukan Negara Taman Keramat – Diserahkan kepada SkySierra Development Sdn Bhd untuk pembangunan Projek Perumahan Moden The Valley Residence. Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Negeri Gabungan Seksyen 7 Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 memberi kuasa kepada Kerajaan untuk menubuhkan Majlis Sukan di Wilayah Persekutuan dan setiap negeri di Malaysia. Manakala Majlis Sukan negeri-negeri Semenanjung ditadbir oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing, Majlis sukan Negeri Sabah dan Sarawak ditadbir oleh Kementerian Belia dan Sukan negeri masing- masing dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan ditadbir oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Negeri Bergabung

Seksyen 7 Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 memberikan kuasa kepada Kerajaan untuk menubuhkan Majlis Sukan di Wilayah Persekutuan dan setiap negeri di Malaysia. Majlis Sukan negeri Semenanjung ditadbir oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing, manakala Majlis Sukan Negeri Sabah dan Sarawak pula ditadbir oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri masing-masing dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan pula ditadbir oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

iphone 1281456 640 3
Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara 2023
NamaMajlis Sukan
 JohorMajlis Sukan Negeri Johor
KedahMajlis Sukan Negeri Kedah
KelantanMajlis Sukan Negeri Kelantan
 MelakaMajlis Sukan Negeri Melaka
Negeri SembilanMajlis Sukan Negeri Sembilan
Pahang Darul MakmurMajlis Sukan Negeri Pahang
Perak Darul RidzuanMajlis Sukan Negeri Perak
 PerlisMajlis Sukan Negeri Perlis
Pulau PinangMajlis Sukan Negeri Pulau Pinang
SabahMajlis Sukan Negeri Sabah
SarawakMajlis Sukan Negeri Sarawak
SelangorMajlis Sukan Negeri Selangor
TerengganuMajlis Sukan Negeri Terengganu
Wilayah PersekutuanMajlis Sukan Wilayah Persekutuan
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati