Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Mysalam: Panduan Lengkap Tuntutan COVID-19 mySalam

PANDUAN LENGKAP TUNTUTAN COVID-19 MYSALAM

Panduan Lengkap Tuntutan COVID-19 mySalam ini merupakan sebuah perkongsian tentang cara-cara untuk membuat tuntutan kuarantin COVID-19 bagi bantuan mySalam. Meskipun negara kita Malaysia telah mendapat bekalan vaksin baru-baru ini dan pengagihannya telah mula diberikan kepada barisan hadapan terlebih dahulu, namun tidak dapat dinafikan masih terdapat lagi sebilangan kes baru jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan masyarakat di seluruh negara ini.

Seperti mana yang semua sedia maklum, mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh pihak kerajaan kepada golongan individu yang berkelayakan di bawah pentadbiran Kementerian Kewangan Malaysia. Terdapat dua jenis tuntutan yang boleh dimanfaatkan menerusi skim ini, iaitu tuntutan Hopitalisasi dan tuntutan Penyakit Kritikal. Sehubungan itu, anda boleh mengemukakan tuntutan kuarantin COVID-19 ini di bawah manfaat tuntutan Hospitalisasi.

Manfaat sebanyak 50 Ringgit Malaysia satu malam untuk tempoh maksimum 14 hari ini boleh dituntut oleh mana-mana individu yang mendapat arahan kuarantin daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia setelah ujian saringan virus COVID-19 dilakukan. Berdasarkan sumber Berita Harian, menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan, setakat penghujung Januari 2021 tempoh hari sebanyak 67 ribu tuntutan berkaitan COVID-19 di bawah inisiatif Prihatin dengan jumlah keseluruhan 35 juta Ringgit Malaysia telahpun diluluskan.

MYSALAM

Semakan Kelayakan mySalam

Anda boleh membuat semakan kelayakan dengan mengisi 12 digit nombor Kad Pengenalan diri melalui pautan di bawah. Selain itu, sebarang info berkaitan syarat kelayakan juga boleh didapati melalui pautan tersebut.

Sekiranya anda memiliki sebarang pertanyaan atau permasalahan tentang semakan kelayakan ini, anda juga boleh hubungi talian:

  • 1-300-888-938

Dokumen yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan semasa membuat tuntutan kuarantin COVID-19 di bawah manfaat Tuntutan Hospitalisasi , antaranya ialah:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
  2. Surat ANNEX 14b ataupun yang terkini Surat ANNEX 17

Perlu diingati bahawa surat ANNEX 14b / ANNEX 17 tersebut mesti dilengkapi maklumat berikut bagi membolehkan permohonan anda diproses dengan segera, iaitu:

  • butiran maklumat pesakit,
  • tarikh mula kuarantin,
  • tarikh tamat kuarantin,
  • tanda tangan Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah, dan
  • cop rasmi Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah

Langkah Permohonan Tuntutan COVID-19 mySalam

Berikut merupakan langkah-langkah dalam membuat tuntutan kuarantin COVID-19 di bawah manfaat Tuntutan Hospitalisasi skim :

  1. Layari www.mysalam.com.my dan klik butang ‘Log Masuk ke Portal‘ yang berwana merah lalu isikan nombor Kad Pengenalan berserta Kata Laluan yang diberikan kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  2. Klik ikon ‘Tuntutan‘, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan‘. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi‘.
  3. Masukkan butiran maklumat yang diperlukan seperti tarikh kemasukan (tarikh mula kuarantin), tarikh keluar (tarikh tamat kuarantin), nama hospital (anda boleh pilih ‘NON PANEL HOSPITAL‘ sekiranya hanya dikuarantin di rumah sahaja atau mana-mana premis selain senarai hospital kerajaan), dan pilih ‘Ya‘ pada kotak Tuntutan Covid19.
  4. Klik butang ‘Muat Naik dokumen‘ untuk memuat naik dokumen Kad Pengenalan diri dan Surat ANNEX 17 / Surat ANNEX 14b pemohon (pada bahagian ringkasan / nota diagnosis) sama ada dalam format pdf atau jpeg. (Saiz fail tidak melebihi 5MB)
  5. Akhir sekali, setelah anda membuat semakan semua maklumat berikut telah diisi dengan betul, anda perlu menekan butang ‘Hantar‘ pada bahagian bawah.

Dapatkan “Infografik Proses Tuntutan mySalam COVID-19” di sini


Di sini admin nak kongsikan infografik proses tuntutan COVID-19 sebagai panduan lebih mudah untuk anda semua. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Infografik Proses Tuntutan mySalam COVID-19

Setelah permohonan tuntutan berjaya dihantar, anda boleh melakukan semakan pada portal yang sama dengan mengklik ikon ‘Tuntutan‘ dan kemudiannya klik pada ‘Status Tuntutan‘ untuk mengetahui proses tuntutan anda dari masa ke masa. Selain itu, anda juga akan dimaklumkan menerusi SMS ke nombor telefon bimbit anda yang telah didaftarkan dalam portal apabila tuntutan diluluskan.

Peringatan Bersama

Sebagai peringatan mesra, suka untuk dimaklumkan bahawa para pemohon dikehendaki membuat kemas kini maklumat akaun bank atas nama sendiri (bukan akaun bank atas nama pasangan / anak / nama orang lain) terlebih dahulu bagi membolehkan pembayaran tuntutan berjaya dikreditkan apabila tuntutan anda diluluskan.

Jumlah pembayaran tuntutan COVID-19 yang diluluskan adalah bergantung kepada jumlah malam yang dikira sepanjang tempoh kuarantin. Anda juga boleh lawati kiosk mySalam yang terdapat di mana-mana hospital kerajaan tertentu untuk dapatkan perkhidmatan bantuan daripada kru mySalam yang bertugas dalam menguruskan sebarang permohonan tuntutan.

Semoga perkongsian berkenaan Panduan Lengkap Tuntutan COVID-19 mySalam ini dapat memberi pencerahan kepada anda dalam membuat permohonan tuntutan kuarantin COVID-19 di bawah manfaat Tuntutan Hospitalisasi mySalam dengan betul dan tepat.

Anda juga boleh dapatkan perkongsian berkenaan isu semasa, pendidikan, jawatan kosong, dan sebagainya di laman rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati