Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia 2021

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia
Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia ini merujuk kepada pengambilan MySTEP yang sedang dibuka. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan kosong ini adalah pada 9 Ogos 2021. Institute Labour Market Information and Analysis (ILMIA), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang mencari calon berkemahiran serta bermotivasi tinggi untuk dilantik sebagai MyStep secara Kontrak dalam membantu kerja-kerja pelaksanaan Kajian-Kajian Perburuhan. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Enumerator

Deskripsi Tugas

  1. Melakukaan edaran soalan kajian seperti yang ditetapkan.
  2. Membuat kutipan semula soalan soal selidik yang telah lengkap dalam masa yang ditetapkan.
  3. Melakukan semakan kepada semua borang soal selidik yang telah dikembalikan.
  4. Menghubungi responden sekiranya maklumat borang soalselidik yang diterima tidak lengkap.
  5. Melaporkan status edaran dan kutipan borang soal selidik setiap minggu.
  6. Melakukan data entri.

Kelayakan Minimum

  1. Warganegara Malaysia
  2. SPM / Diploma
  3. Berumur 19-35 tahun
  4. Mempunyai kenderaan sendiri
  5. Mempunyai pengalaman data entri
  6. Mempunyai kemahiran menggunakan Komputer (MS Word, MS Excel dan MS Power Point)
  7. Sihat tubuh badan

2. Pembantu Penyelidik

Deskripsi Tugas

  1. Membantu dalam melakukan carian maklumat yang berkaitan dengan kajian.
  2. Memantau pencapaian survei atas talian dan membuat susulan kepada responden kajian supaya sasaran dapat dicapai.
  3. Melaksanakan proses data cleansing dan analisis data.
  4. Bertanggungjawab sebagai urusetia bagi mesyuarat, perbincangan, sesi temu duga dan focus group discussion yang melibatkan kajian.
  5. Membantu menyediakan laporan kajian dan penerbitan bersama pasukan kajian ILMIA.
  6. Melaksanakan tugasan-tugasan lain yang berbangkit berkaitan kajian ini.
team spirit 2448837 640 3
Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia

Kelayakan Minimum

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda atau kelayakan yang setara.
  3. Berumur di antara 23 hingga 35 tahun.
  4. Mempunyai kemahiran dalam MS Office (MS Word, MS Excel, MS Power Point dan MS Publisher).
  5. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam perisian SPSS atau Tableau.
  6. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan data (data entry, data cleansing dan lain-lain yang berkaitan).
  7. Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa dan bersedia belajar perkara baharu.
  8. Mempunyai minat dalam penerbitan, penulisan dan penyediaan kertas kerja.
  9. Sihat tubuh badan.
  10. Mempunyai kenderaan sendiri.

3. Pegawai Kontrak Teknologi Maklumat

Deskripsi Tugas

  1. Membantu urusan-urusan teknikal berkaitan dengan survei secara dalam talian.
  2. Membantu menguruskan pangkalan data (MySQL, MariaDB).
  3. Membantu dan mengurus network troubleshooting.
  4. Membantu urusan pembangunan Web.

Kelayakan Minimum

the western wall 4598836 640 2
Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dalam bidang sains komputer dan pengaturcaraan komputer.
  3. Berumur di antara 23 hingga 35 tahun.
  4. Mempunyai kemahiran Ubuntu, Linux, dan Window Webserver Management.
  5. Mempunyai kemahiran dalam MS Office (MS Word, MS Excel, MS Power Point dan MS Publisher).
  6. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam perisian SPSS atau Tableau.
  7. Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa dan bersedia belajar perkara baharu.
  8. Sihat tubuh badan.
  9. Mempunyai kenderaan sendiri

Maklumat Perkhidmatan

Pembayaran Gaji

  • SPM: RM1,600 sebulan
  • Diploma: RM1,800 sebulan
  • Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana Muda atau kelayakan yang setara: RM2,000 sebulan

Tempoh Kontrak

  • Pembantu Penyelidik & Pegawai Kontrak Teknologi Maklumat:
    16 Ogos 2021 hingga 31 Disember 2021
  • Enumerator:
    16 Ogos 2021 hingga 16 November 2021

Cara Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia

Sekiranya anda memenuhi syarat dan kriteria yang dinyatakan, anda boleh menghubungi pihak urusetia ILMIA melalui e-mel dengan mengemukakan :
i. Resume lengkap
ii. Salinan Kad pengenalan
iii. Salinan transkrip akademik
iv. Gambar berukuran passport

Urusetia ILMIA

Maklumat Lanjut Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia

Sebarang maklumat lanjut berkenaan pengambilan MySTEP ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia ini boleh dirujuk DI SINI.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati