Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Ayam Masak Black Pepper Yang Simple dan Sedap

Ayam blackpepper
Resepi Ayam Black Pepper

Ayam masak black pepper adalah hidangan yang lazat dan penuh dengan aroma yang menyelerakan yang terkenal dengan rasa pedas dan manisnya. Tidak dilupa juga, aroma rempah black pepper yang sangat harum menjadi penambah rasa ke hidangan kita.

Tertanya-tanya tak kenapa ayam masak black pepper ni wajib ada kat mana-mana majlis seperti majlis kahwin dan majlis berbuka puasa? Sebab daging ayam yang dimasak dengan sempurna dan diselimuti sos black pepper ni lah yang membuatkan hidangan ni menjadi pilihan yang popular pada hari ini.

Dalam resepi kali ini, kita akan belajar macam mana nak masak ayam black pepper yang sedap dan memuaskan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sejarah Ayam Masak Black pepper

ayam masak blackpepper
Sejarah Ayam Masak Blackpepper

Asal Usul Ayam Masak Blackpepper

Ayam masak blackpepper adalah hidangan yang berasal dari Asia Tenggara yang amat popular di Malaysia, Singapura dan beberapa negara lain di kawasan tersebut. Hidangan ini terinspirasi dari masakan Tiongkok dan India yang kemudian disesuaikan dengan bumbu-bumbu dan cita rasa lokal.

Sos blackpepper yang kaya dengan kepedasan menjadi ciri khas utama dari hidangan ini serta menghasilkan rasa yang unik dengan gabungan rempah lada hitam, kicap dan bumbu lainnya yang memberikan rasa khas dan memikat.

Resepi Ayam Masak Blackpepper Simple

blackpepper simple
Resepi Ayam Masak Blackpepper Simple

Sebelum nak masak, kita kena sediakan bahan-bahan dulu dan bahan-bahan yang kita perlukan ni sangatlah mudah untuk dicari. Berikut merupakan bahan-bahan yang anda kena sediakan sebelum nak masak ayam masak blackpepper ni.

Bahan-bahan ayam masak blackpepper:

  • Tiga ulas bawang putih
  • Satu biji bawang holland
  • Sedikit lada padi merah
  • Dua ketul dada ayam
  • Minyak masak
  • Kicap
  • Air
  • Sos tiram
  • Lada hitam

Cara Menyediakan Ayam Masak Blackpepper:

  1. Kupas bawang putih dan bawang Holland kemudian cincang dengan halus bawang putih dan hiris bawang Holland.
  2. Potong sedikit lada padi merah.
  3. Potong dua ketul dada ayam yang telah dicuci bersih.
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
  5. Setelah minyak telah panas, masukkan bawang putih dan kicap serta sedikit air.
  6. Masukkan sos tiram dan gaulkan agar rasa sebati.
  7. Masukkan sedikit lada hitam.
  8. Masukkan ayam yang telah dipotong tadi bersama dengan bawang Holland dan cili padi.
  9. Tambahkan air sedikit jika anda ingin sedikit kuah.
  10. Hidangan siap.

Resepi Ayam Masak Blackpepper Bakar Menggunakan Air Fryer

ayam bakar black pepper
Resepi Ayam Masak Black Pepper Bakar Menggunakan Air Fryer

Untuk mereka yang nak makan ayam masak Blackpepper ni tapi nak yang tak berapa berminyak, anda boleh ubah cara masakan dengan menggunakan air fryer. Cara masak pun tak susah dan sangat jimat masa sekali gus sihat untuk dinkmati.

Bahan-bahan:
  • 1 bahagian ayam
  • 1 tsp lada hitam
  • 1/2 tsp garam
  • 2 tbs sos tiram
  • 1 tbs stok ayam
  • 1 tbs kicap manis
  • 1 tsp gula
  • 1 tbs minyak masak

Langkah penyediaan ayam masak blackpepper bakar adalah seperti di bawah ini:

  1. Perap bahagian ayam dengan lada hitam, stok ayam, sos tiram, kicap manis, sedikit gula dan minyak masak.
  2. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam air fryer dengan suhu 205 C.
  3. Biarkan ayam masak selama 15 hingga 20 minit.
  4. Ayam sedia untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Masak Blackpepper Rebus

blackpepper rebus
Resepi Ayam Masak Blackpepper Rebus

Resepi ayam rebus Black Pepper ni memang sesuai untuk mereka yang nak diet sihat. Menu ni pun boleh gunakan sebagai menu cheat day bagi mereka yang jaga pemakanan dan kalori harian. Jadi, bolelah ikuti langkah-langkah penyediaan ayam rebus Black Pepper seperti di bawah ni.

Bahan-bahan:

  • 3 hiris halia
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap
  • Black pepper
  • 1 kiub ayam
  • Ayam

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan satu bahagian ayam kemudian perap ayam dengan halia, sos tiram, kicap, kiub ayam dan black pepper.
  2. Masukkan air yang secukupnya bersama ayam yang telah diperap tadi.
  3. Kemudian, tutup periuk dan biarkan ayam masak.
  4. Ayam rebus Black Pepper sedia dinikmati.

Sekian perkongsian menu hari ini. Selamat menikmati kelazatan ayam masak blackpepper di rumah dan jangan lupa untuk kongsikan menu ini kepada orang-orang terdekat.

Bagaimanakah cara memasak ayam blackpepper yang lazat?

Untuk memasak ayam blackpepper yang lazat, anda harus memotong ayam dengan potongan yang kecil, perap dengan sos blackpepper dan rempah kemudian tumis dengan bawang dan lada hitam segar sehingga ayam masak dan penuh dengan rempah.

Adakah resepi ayam blackpepper ini sesuai untuk mereka yang tidak suka pedas?

Resepi ayam masak blackpepper biasanya mempunyai rasa pedas sederhana namun anda boleh mengurangkan jumlah lada hitam yang digunakan dalam masakan.

Bolekah saya menggantikan daging ayam dengan jenis daging lain dalam resepi ini?

Ya, anda boleh menggantikan daging ayam dengan daging lain seperti daging lembu, daging kambing atau juga makanan laut. Tetapi, waktu memasak perlu disesuaikan mengikut jenis daging yang digunakan.

Apakah ayam masak blackpepper?

Ayam masak blackpepper adalah hidangan ayam yang dimasak dengan sos lada hitam yang kaya dengan rasa dan aroma.

Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam masak blackpepper?

Bahan-bahan wajib untuk memasak ayam masak blackpepper ialah ayam, lada hitam, bawang besar, bawang merah, kicap, sos tiram , garam dan minyak.

Berapakah masa yang diperlukan memasak ayam masak blackpepper?

Masa memasak bergantung kepada jumlah dan ketebalan daging ayam tetapi biasanya ayam ini dimasak sekitar 30 hingga 45 minit.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati