Pengumuman cuti umum 10 11 13 Pru 14 tahun 2018 (bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan). – Ketua Setiausaha Negara
Cuti Umum 10 11 13 pru 14 tahun 2018
KERAJAAN menetapkan Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata, bagi negeri-negeri yang menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka Ahad (13 Mei) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.
“Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini.