SEMAI
Bagi membantu lepasan-lepasan IPMa atau Lepasan Institusi Pendidikan Mara terus berkembang dalam perusahaan mereka, skim ini diwujudkan dengan mensasarkan mereka sebagai penerima utama.
Skim ini juga tidak memerlukan sebarang cagaran atau jaminan untuk mendapatkan pembiayaan yang dihadkan sebanyak Rm50,000.00 dengan tempoh maksima selama 5 tahun bersamaan 60 bulan. Kadar keuntungan yang ditetapkan adalah sebanyak 4% (baki berkurangan).
Syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan pembiayaan adalah :
- Berumur 18 hingga 60 tahun
- Memiliki lessen/permit/surat kebenaran daripada pihak berwajib untuk perusahaan itu beroperasi
- Mendapat sokongan daripada pengawal pusat IPMa yang berkaitan
- Wajib melibatkan diri sepenuh masa dengan perniagaan tersebut
- Bebas dari disenaraihitamkan oleh MARA
- Menjalankan perniagaan yang patuh syariah
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau tatacara memohon boleh kunjungi atau menghubungi pejabat MARA berhampiran anda.