Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

MARA : SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR (SKIP) YANG OFFICIAL 2021

 SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR
SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR

Ramai pelajar yang mengalami kesukaran untuk sesi pembelajaran apabila PKP dilanjutkan. Ada di antara pelajar IPT yang tidak mempunyai kemudahan computer riba sendiri menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam pembelajaran yang kini berlangsung secara atas talian.

MARA kini tampil dengan Skim Pinjaman Komputer Pelajar atau SKIP khas untuk pelajar IPMA termasuklah KKTM, MJII dan IKM.

SKIP adalah skim yang membiayai pembelian computer riba oleh  pelajar dengan menggunakan konsep pembiayaan Islam Al-Murabahah.

MAKLUMAT PENTING SKIP SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR

SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR
SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR
  1. TARIKH PERMOHONAN
  • 01 Februari 2021
  • Permohonan boleh dibuat melalui wakil IPMA masing-masing
  1. SYARAT KELAYAKAN
  • Pelajar IPMA yang belajar sepenuh masa di peringkat pengajian tersebut : PRA U,SIJIL,DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA PERTAMA (SARJANA MUDA)
  • Had umur : PRA U (Tidak melebih 20 tahun), SIJIL/DIPLOMA (Tidak melebihi 35 tahun), IJAZAH SARJANA MUDA (Tidak melebihi 45 tahun), PELAJAR BARU ATAU SEDIA ADA (Harus mempunyai baki pengajian tidak kurang 1 tahun)
  • Layak memohon 1 kali pinjaman sahaja bagi setiap peringkat pengajian, jika melanjutkan pelajaran ke peringkat leboh tinggi akan dipertimbangkan kelayakan sekiranya pinjaman terdahulu telah diselesaikan, pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan computer dari badan penaja yang lain
  1. SENARAI INSTITUT PENDIDIKAN MARA YANG TERLIBAT
  • Kolej MARA
  • Institut Kemahiran MARA IKM
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  • MARA Japan Industrial Institut MJII
  • Kolej Professional MARA KPM
  • Universiti Kuala Lumpur UniKL
  • Kolej Universiti PolyTech MARA KUPTM
  • Kolej PolyTech MARA KPTM
  • German Malaysian Institute GMI
  1. AMAUN PINJAMAN YANG DIBENARKAN
  • Amaun maksima SKIP IPMA adalah Rm3000 sahaja
  • Pinjamin tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya
  1. BORANG PERMOHONAN
  • Klik link berikut untuk memohon : SINI aplikasi.mara.gov.my/skip

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, LAYARI https://www.mara.gov.my/

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati