Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Lafaz Niat Puasa Ganti dan Hukum Gabung Puasa Ganti dan Puasa Enam Syawal

PUASA GANTI
Lafaz Niat Puasa Ganti dan Hukum Gabung Puasa Ganti dan Puasa Enam Syawal 5

Adakah anda cuba untuk menggantikan puasa Ramadhan lepas dan ingin tahu lafaz niat puasa ganti? Artikel kali ini menerangkan lafaz niat puasa ganti, lafaz niat puasa enam syawal, dan hukum gabung puasa ganti dan puasa enam syawal.

Apakah itu Puasa Ganti (Qada’)?

Puasa ganti adalah puasa yang digantikan bagi muslim yang tidak berpuasa di bulan Ramadan yang lepas.

Hukum Puasa Ganti

Hukum menggantikan puasa Ramadhan adalah wajib ditunaikan. Oleh itu, tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja malah berdosa besar sekiranya melakukannya. Di samping itu, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir.

Telah difirmankan dalam al-Quran jika seseorang itu tidak mampu untuk berpuasa atas sebab keuzuran seperti sakit, musafir, haid dan sebagainya maka wajib ke atasnya untuk menggantikan semula pada hari yang lain. Firman Allah SWT:

فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

Maksudnya: Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain (Surah al-Baqarah, 184).

Apakah itu Puasa Enam Syawal?

Puasa enam syawal adalah ibadah puasa dilakukan selama enam hari pada bulan Syawal. Ibadah ini sangat digalakkan kerana ganjaran yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW sangat besar, seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.

Hukum Puasa Enam

Hukum puasa enam syawal adalah sunat. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa
Rasulullah saw bersabda:

 مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun”.

Lafaz Niat Puasa Ganti

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى

Lafaz rumi: Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala
Maksudnya: Aku niat puasa esok hari karena mengganti fardhu Ramadhan karena Allah Ta’ala.

279464823 532560651574550 7871580019701823436 n
Lafaz Niat Puasa Ganti dan Hukum Gabung Puasa Ganti dan Puasa Enam Syawal 6

Lafaz Niat Puasa Enam

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى

Lafaz Rumi : Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”

101223026 2625075274427988 1140954892496535552 n
Lafaz Niat Puasa Ganti dan Hukum Gabung Puasa Ganti dan Puasa Enam Syawal 7

Hukum Gabung Puasa Ganti dan Puasa Enam Syawal

Ada beberapa pandangan mengenai menggabungkan puasa ganti dan puasa enam syawal. Antara pandangan berikut adalah:

Pertama:

Rujuk Kitab Bughyah al Tullab (hlmn 128): Sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran, maka wajib ke atasnya menqadakan puasa serta merta selepas tamatnya Ramadan dan selepas selesai hari raya yang pertama. Seseorang itu tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diikuti dengan puasa qada’.

Kedua: Imam Ramli (1424H) Rahimahullahu Taala dalam kitab Fatawa al-Ramli fi Furu’ al-Fiqh al-Syafie menjawab:

Maksudnya: “Puasa qada Ramadannya diterima walaupun dia menggabungkan niat puasa qada
Ramadan dengan puasa yang lain dan diterima pahala puasa enam hari pada bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin).”

Ketiga: Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj juga menjelaskan bagi seseorang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib.

Maksudnya: “Jika sesiapa yang berniat puasa qada pada hari Isnin contohnya maka jika dia
berniat sunat puasa pada hari Isnin dengannya (puasa qada) maka sah kedua-duanya dan diberi
ganjaran melalui kedua-duanya. Jika tidak (diniatkan sekali) maka puasa yang kedua tidak
diganjari pahala tetapi gugur tuntutannya.”

Keempat: Imam Ramli dalam kitabnya Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj menjelaskan bahawa konsep gabungan dua puasa (sunat dan wajib) dalam satu hari tidak menghasilkan pahala yang sempurna.

Maksudnya: “Sekiranya berpuasa di bulan syawal, puasa qada, nazar atau selain daripada
keduanya seperti berpuasa pada hari asyura (digabungkan dengan puasa wajib), maka dia
mendapat pahala puasa sunat itu sepertimana yang difatwakan oleh ayahanda (bapa kepada
Imam ar-Ramli). Sepertimana pandangan alBarizi, al-Asfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Soleh al-Hadrami dan selain mereka tetapi dia tidak mendapat pahala yang sempurna disebabkan perkara yang dituntut (puasa yang berasingan dengan niat yang khusus), lebih-lebih lagi sesiapa
yang meninggalkan puasa Ramadan kemudian menggantikannya di bulan Syawal. Ini kerana ia
tidak bertepatan dengan makna sebelum ini.
102366806 1806916382781666 5728507920241628399 n
Lafaz Niat Puasa Ganti dan Hukum Gabung Puasa Ganti dan Puasa Enam Syawal 8

Rumusan daripada padangan-padangan tersebut adalah:

  • Puasa qada berasingan dengan puasa enam pada bulan syawal adalah lebih diutamakan.
  • Namun begitu, menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran kedua-duanya.

Rujuk video Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum gabung puasa ganti dengan puasa enam syawal untuk penjelasan lebih lanjut.

Soalan FAQs Berkenaan Puasa Ganti

Bilakah puasa enam boleh dijalankan?

Semasa bulan syawal sahaja.

Bolehkah kita menggabungkan niat puasa ganti dengan puasa enam syawal?

Boleh digabungkan, tetapi lebih digalakkan untuk diasingkan hari ganti puasa dengan puasa enam.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati