Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Perubatan) Effective Jun 2021

Jawatan Kosong Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Perubatan)
Penolong Pegawai Perubatan

Jawatan Kosong Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Perubatan) ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 17 kekosongan dan 30 simpanan bagi pengambilan jawatan ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 8 Jun 2021 (Selasa), jam 11:59 malam.

Individu yang dilantik ke jawatan Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Perubatan) ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Keterampilan yang baik.
  2. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
  3. Bakat kepimpinan.
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
  5. Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)

  • Health Practice Development
  • Health Science
  • Health Studies (Medical Assistant)
  • Kesihatan Masyarakat
  • Pembantu Perubatan
  • Psikologi
  • Sains Forensik
  • Sains Kesihatan
  • Sains Kesihatan (Penjagaan Pra Hospital/Pre Hospital)
  • Sains Perubatan Kecemasan
  • Sains Sukan

Jadual Gaji Pengajar Gred U41

Gaji Minimum RM 2,429.00
Gaji Maksimum RM 9,656.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Perubatan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik Penolong Pegawai Perubatan

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan
  • telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan).

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan Penolong Pegawai Perubatan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, Gred U32 atau Gred U36 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengajar Gred U41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan akademik seperti yang dinyatakan di atas

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PG-KKM-PengajarGredU41-PenolongPegawaiPerubatan

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/kelulusan Ijazah Sarjana Muda yang telah diiktiraf oleh Senat Universiti/Jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Permohonan

  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  3. Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  4. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Perubatan) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati