Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang ke Universiti Tempatan Tahun 2021

yayasan pahang

Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang ke Universiti Tempatan Tahun 2021 dibuka sehingga 30 Jun 2021. Biasiswa ini dibuka kepada anak Negeri Pahang yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti-universiti tempatan pada tahun 2021.

Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang mempunyai kriteria diinginkan untuk memohon Biasiswa Pendidikan untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan DILULUSKAN OLEH YP.

Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang
Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang

Info Berkaitan Biasiswa Yayasan Pahang

Tarikh Penting

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Jun 2021 (Rabu)

Kelayakan Memohon Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang

  1. Untuk memohon biasiswa Yayasan Pahang, pemohon mestilah merupakan anak Negeri Pahang Darul Makmur yang memiliki kriteria seperti berikut:
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur
    • Sekiranya ibu bapa pemohon BUKAN warganegara Malaysia, TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Pemohon haruslah mempunyai kriteria-kriteria ini:
    • Memiliki latar belakang akademik yang cemerlang
    • Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum
    • Menyertai kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  3. Memperoleh keputusan cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2020 iaitu:
    • Calon SPM : 9 A+ dan ke atas
    • Calon STPM : 4 Prinsipal A
  4. Calon telah memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diiktiraf oleh kerajaan dan Yayasan Pahang (YP).
  5. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan personaliti yang unggul.
  6. Pemohon mesti mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat perlu mengemukan permohonan seperti berikut:

Panduan dan Iklan Biasiswa

Calon boleh mendapatkan panduan dan iklan berkaitan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang di sini. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

Maklumat Lanjut

Jika sekiranya calon mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui keterangan lebih lanjut, boleh hubungi talian berikut:

YAYASAN PAHANG,
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Tel : 09-5181800
Faks : 09-5181888

(Zakiah bt Saleh / Noorasziana bt Abd Rahman)
Email : [email protected] / [email protected]

Sebelum ini kami ada berkongsi berkaitan Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN, Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan dan Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat.

Semoga perkongsian Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang ke Universiti Tempatan Tahun 2021 dapat membantu para pelajar yang layak untuk membuat permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel dengan ahli keluarga, atau kenalan ramai yang layak untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati