Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Update Ranking FIFA Malaysia Terkini Tahun 2023

UPDATE Ranking FIFA Malaysia Terkini

Khas kepada peminat bolasepak Malaysia berkenaan ranking FIFA Malaysia terbaru kami update dari semasa ke semasa. Skuad harimau Malaya kini berada di landasan yang baik dan menunjukkan prestasi pasukan yang cemerlang berhadapan dengan pihak lawan. Dengan pelbagai perlawanan berhadapan dengan pelbagai negara skuad negara dijangka akan meneruskan rentak yang.

Negara Malaysia yang berada dalam zon ASEAN adalah antara gergasi di rantau Asia tenggara. Dengan persaingan yang kuat di antara negara-negara Asia tenggara, skuad negara akan memastikan persembahan yang terbaik demi menaikkan ranking FIFA Malaysia ke arah yang lebih tinggi.

Ranking Bola Sepak Dunia FIFA

Ranking FIFA Malaysia Terkini

image 36

Ranking Malaysia terkini adalah ranking ke-130 dunia bagi tarikh 22 November 2023. Skuad negara terus memperaga aksi gred A selepas berjaya memenangi dua aksi kelayakan piala dunia 2016 piala Asia 2007 berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan. Berdasarkan dua kemenangan tersebut membolehkan harimau Malaya menerima mata ranking FIFA dengan tambahan 10.66 mata hasil kemenangan ke atas haiwan yang kini berada di ranking ke-152 dunia.

Update Ranking FIFA Malaysia Terkini Tahun 2023
Sumber Facebook : Asean Football

Menerusi semakan di laman sesawang FIFA, ranking terbaik negara adalah 75 yang telah dilancarkan pada tahun 1993 sementara kali terakhir Malaysia menjejak pada kelompok 120 terbaik dunia adalah pada tahun 2004.

Bagi rantau Asean Malaysia berjaya berada di 3 terbaik daripada 11 negara. Ini memberikan tekanan kepada Thailand dan Vietnam yang masing-masing berada di no 2 dan no 1 bagi ranking FIFA mengikut rantau Asean.

Berikut adalah ranking FIFA Malaysia terkini bagi zon Asean:

NomborNegara (Ranking FIFA)Jumlah Mata
1Vietnam (95)1236
2Thailand (113)1177
3Malaysia (130)1123
4Filipina (140)1086
5Indonesia (146)1064
6Singapura (156)1020
7Myanmar (161)1000
8Cambodia (179)931
9Laos (187)890
10Brunei (192)871
11Timor Leste (197)843
Ranking FIFA Malaysia Dikemaskini : 22 November 2023

Kepentingan Ranking FIFA Malaysia

Kemaskini Ranking FIFA Malaysia Terbaru

Sistem ranking FIFA adalah sistem yang meletakkan kedudukan pasukan bola sepak kebangsaan bagi negara-negara di seluruh dunia. Ranking ini dibuat berdasarkan hasil mata yang dikumpul menerusi perlawanan antarabangsa yang diiktiraf oleh FIFA dalam perlawanan yang diadakan dalam tempoh 8 tahun yang lalu. Juga mengambil kira:

  • Kepentingan perlawanan
  • Kekuatan lawan
  • Konfederasi pasukan berkenaan

Ranking FIFA ini penting atas beberapa sebab seperti:

  • membuat perbandingan kekuatan relatif sesebuah pasukan kebangsaan dan mencerminkan prestasi mereka dari semasa ke semasa.
  • menentukan lokasi penganjuran untuk piala dunia FIFA dan kejohanan FIFA yang lain serta pertandingan-pertandingan serantau.
  • mempengaruhi pembahagian tempat bagi konfederasi dalam piala dunia FIFA dan kejahatan FIFA yang lain.
  • Mempengaruhi pengagihan bantuan kewangan dan program pembangunan bagi persatuan bola sepak kebangsaan.

Formula Pengiraan Baru Untuk Ranking FIFA

Terdapat pengiraan baharu yang ditetapkan oleh pihak FIFA. Berikut adalah pengiraannya:

P = Pb + I(W-We)

P : Point
PB : Point Before Match
I : Importance Of Macth
W : Result
We : Expected Result
pengiraan ranking FIFA baru

Jadi,

We = 1/(10^(-dr/600)+1)

dr : Perbezaan mata untuk kedua-dua pasukan lawan

Menurut formula penuh pengiraan mata ranking FIFA adalah:

P = Pb + I (W-1/(10^(-dr/600)+1)))

Contoh Pengiraan Ranking FIFA

Pertemuan Malaysia menentang Sri Lanka sebelum ini menyaksikan Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-1. Ia memberi jumlah mata sebanyak 4.22 mata.

Untuk contoh kiraannya adalah seperti berikut:

Pb Malaysia : 972.29 mata
Pb Sri Lanka : 890 mata

I : 10 (kerana perlawanan antarabangsa mengikut kalendar FIFA)
W : 3
We : 1/(10^(-(972.29-890)/600)+1) + 0.5783002295

Oleh sebab itu, P adalah:
972.29 + 10 (1-0.5783002295) = 972.29 + 10(0.4216997705)
972.29 + 4.216997705 = 976.5069977 @ 976.51 mata

Cara Kira Ranking FIFA Malaysia Untuk Perlawanan Akan Datang

cara kira ranking fifia Malaysia perlawanan akan datang

Terdapat satu cara untuk membuat pengiraan ranking FIFA Malaysia hanya menggunakan ‘FIFA ranking calculator’. Berikut adalah cara kira ranking FIFA Malaysia:

  • Layari laman web FIFA ranking calculator.
  • Taip nama negara “Malaysia”
  • Perlawanan bola Malaysia menentang negara lain akan dipaparkan. Klik ‘Calculate Point’ di perlawanan yang anda mahu.
  • Paparan keputusan mata untuk ranking FIFA tertera secara automatik untuk perlawanan seri, kalah dan menang.
cara kira ranking fifia Malaysia perlawanan akan datang 1

Info Skuad Bola Sepak Kebangsaan Malaysia

Maklumat Mengenai Pasukan Bola Sepak Malaysia

Ranking Fifa Malaysia

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah merupakan sebuah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir oleh persatuan bola sepak Malaysia (FAM). Sebelum ini pasukan bola sepak kebangsaan ditadbir oleh pasukan bola sepak kebangsaan tanah Melayu yang telah diganti oleh FAM. Pasukan bola sepak Malaysia ini ditubuhkan bermula pada kejohanan pestabola merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia.

Berikut adalah maklumat mengenai pasukan bola sepak Malaysia:

MaklumatPenerangan
GelaranHarimau Malaya
PersatuanFAM
Sub-konfederasiAFF (Asia Tenggara)
KonfederasiAFC
Ketua JurulatihKim Pan Gon
Penjaring terbanyakMokhtar Dahari (89 gol)
Penampilan terbanyakSoh Chi Aun (219 penampilan)
StadiumStadium Nasional Bukit Jalil
Kedudukan FIFA semasa130 (22 November 2023)
Kedudukan tertinggi FIFA75 (Tahun 1993)
Kedudukan terendah FIFA178 (15 Mac 2018)
Kod FIFAMAS

Pencapaian Skuad Harimau Malaya

Skuad kebangsaan pernah merangkul beberapa kejuaraan yang menaikkan nama bola sepak dunia terkenal di rantau asia tenggara. Kemunculan skuad negara sejak 1963 berjaya merangkul beberapa kemenangan piala.

Berikut adalah piala dan kemenangan skuad negara Malaysia dibeberapa kejohanan:

  • 1x Juara Piala AFF Suzuki
  • 4x Juara Pingat Emas Sukan Sea
  • 11x Juara Pesta Bola Merdeka
  • 4x Juara Piala Raja Thailand
  • 1x Juara Piala Kejohanan Jakarta
  • 1x Juara Piala Kehonanan Vietnam Selatan
  • 1x Juara Piala Kemerdekaan Indonesia
  • 1x Juara Piala Emas Bangabandhu
  • 1x Juara Piala Emas Presiden

Prestasi pasukan bola sepak kebangsaan diharapkan terus meningkat dari semasa ke semasa dengan persembahan yang mengujakan. Sesuai dengan matlamat ranking FIFA Malaysia untuk berada dalam 100 kelompok terbaik dunia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati