Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PAKEJ BANTUAN PERANTISISWA: PEMBERIAN TABLET PERCUMA KEPADA PELAJAR l PERMOHONAN DITUTUP PADA 15 MEI 2022

PERANTISISWA 15 meiPAKEJ BANTUAN PERANTISISWA: PEMBERIAN TABLET PERCUMA KEPADA PELAJAR l PERMOHONAN DITUTUP PADA 15 MEI 2022 .Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah membuka permohonan kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam, kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti dari keluarga B40 untuk mendapatkan tablet percuma bermula pertengahan April 2022.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Tan Sri Annuar Musa berkata, tablet dan laptop berkenaan akan diserahkan pada Jun hadapan.

Menurutnya lagi, kerajaan Malaysia memahami kepayahan ibu bapa yang tidak berkemampuan membeli peranti yang sekarang ini harganya telah mencecah ribuan ringgit Malaysia. Bermula 15 April, kementerian telah membuka satu portal di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon laptop atau tablet.

PAKEJ BANTUAN PERANTISISWA: PEMBERIAN TABLET PERCUMA KEPADA PELAJAR

Apakah Itu Pakej Bantuan PerantiSiswa?

Program Bantuan PerantiSiswa Keluarga  Malaysia adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan daripada kerajaan yang berbentuk menyediakan peranti secara percuma kepada para mahasiswa IPT untuk golongan yang terdiri daripada keluarga B40 agar dapat membantu dan menjalankan pengajian mereka dengan lebih cukup dan lancar. Kerajaan akan menyalurkan pemberian berupa peranti “tablet’ kepada pelajar IPT golongan B40.

Apakah Syarat Kelayakan Pakej Bantuan PerantiSiswa?

Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat untuk menerima bantuan perantisiswa. Berikut merupakan syarat-syarat yang ditetapkan untuk menerima bantuan PerantiSiswa :

  1. Seseorang itu adalah berstatus Warganegara Malaysia yang sah.
  2. Pemohon merupakan individu yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi samaada awam dan swasta.
  3. Pemohon adalah merupakan golongan B40
  4. Status pengajian secara sepenuh masa
  5. Bukan pelajar akhir tahun 2022

Apakah Jenis Peranti Yang Dibekalkan?

  • Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
    • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
    • Android OS 10 dan ke atas
    • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
    • Minimum RAM 4GB
    • Minimum storan 64GB
    • Slot SD Micro sehingga 256GB
    • Kamera hadapan minimum 2MP
    • Kamera belakang minimum 5MP
    • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
    • Bluetooth 4.1 dan ke atas
    • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
    • Bateri minimum 4500 mAh
    • Pengecas USB disertakan
    • Papan kekunci bluetooth disertakan
    • Pen stylus disertakan.

Tarikh Permohonan

Untuk maklumat semua, tarikh permohonan PerantiSiswa ini telah dibuka sejak 15 April 2022. Kepada mereka yang berminat, anda disarankan membuat permohonan segera kerana untuk permohonan perantisiswa Fasa 1 akan ditutup pada 15 Mei 2022.

Permohonan boleh dibuat segera, anda boleh ikuti Cara Membuat Permohonan Tablet Percuma Secara Online

Permohonan Pakej Perantisiswa : Pemberian Tablet Kepada Pelajar IPT B40Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan Bantuan Tablet Percuma?

Pemohon perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM). pakej perantisiwa

Cara permohonan adalah melalui atas talian (online) sahaja. Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan bantuan tablet percuma kepada pelajar IPT B40:

  1. Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my  dan klik Daftar Pengguna.
  2. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik Daftar.
  3. Skrin berjaya daftar pengguna baharu akan dipaparkan setelah proses Daftar di
    hantar.
  4. Notifikasi akan dihantar kepada e‐mel pemohon untuk tujuan pengesahan
    Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun.
  5. Log Masuk menggunakan Alamat E‐mel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan
    klik Log Masuk.
  6. Skrin Borang Permohonan PerantiSiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan
    Borang Permohonan PerantiSiswa yang wajib di isi.
  7. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat.
  8. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan.
  9. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop‐up bagi mengingatkan pemohon agar
    memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila
    klik butang Ya untuk meneruskan permohonan atau klik butang Tidak untuk
    membuat pindaan permohonan.
  10. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik
    Cetak/Simpan untuk simpanan.
  11. Cetak borang permohonan untuk simpanan.
  12. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop‐up untuk keluar dari Sistem
    https://perantisiswa.kkmm.gov.my. Sila klik butang OK untuk keluar dari sistem atau
    klik butang BATAL untuk kekal diskrin.

Sila rujuk manual pengguna permohonan pakej perantisiswa untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

MANUAL SISTEM PENGGUNA PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e‐melkan ke
[email protected] atau melalui talian berikut:‐

  •  03‐8911 5351 / 03‐8911 5258 / 03‐8911 5265 / 03‐8911 5188
  • Waktu Operasi:‐
    8.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin ‐ Jumaat)
    8.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Sabtu ‐ Ahad)

“Mohon Segera Bantuan Tablet Pelajar Percuma, Sebelum Tarikh 15 Mei 2022”

Ibubapa serta keluarga perlu mengingatkan anak-anak anda yang masih belajar di IPT untuk membuat permohonan bantuan Tablet percuma dari kerajaan. Bantuan ini akan membantu memudahkan urusan mereka dalam pengajian. Bulan Jun nanti kerajaan akan mengumumkan dan akan menyalurkan bantuan peranti tablet kepada mereka yang layak selepas membuat permohonan.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati