Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Di UTHM l Permohonan Dibuka Sehingga 2 Oktober 2022

Jawatan Kosong Di UTHM
Jawatan Kosong Di UTHM

Jawatan Kosong Di UTHM l Permohonan Dibuka Sehingga 2 Oktober 2022. Terkini, pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) baru sahaja membuka peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan semua, UTHM merupakan sebuah Universiti Awam yang bertapak di Malaysia.

UTHM merupakan Universiti yang terletak di Johor. Ia merupakan sebuah Universiti yang terkenal dengan melahirkan banyak pakar-pakar kejuruteraan di Malaysia. Sumbangan pihak Universiti juga banyak yang diberikan kepada Malaysia.

Universiti yang berasaskan nama tokoh pemimpin negara, Tun Hussein Onn mempunyai perancangan masa hadapan untuk membangunkan pendidikan Malaysia kearah lebih maju dan berdaya saing.

Bagi para pemohon yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pihak UTHM, anda boleh ikuti maklumat jawatan kosong dibawah.

Jawatan Kosong Di UTHM l Permohonan Dibuka Sehingga 2 Oktober 2022

Apakah Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Di UTHM?

Permohonan jawatan kosong di UTHM kini telah dibuka. Para pemohon diminta untuk meneliti dahulu maklumat jawatan kosong sebelum membuat permohonan.Anda juga boleh membuat permohonan berdasarkan kelayakan anda dengan minima PMR,SPM, Diploma dan Ijazah.

Maklumat Jawatan:

Jawatan :

  • Pegawai Tadbir (Pengkhususan Pegawai Kebudayaan) Gred N41
  • Penolong Pegawai Sains Gred C29
  • Pembantu Kemahiran Gred H19
  • Pembantu Keselamatan Gred KP19
  • Pemandu Kenderaan Gred H11

Sektor : Kerajaan

Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak

Segala jawatan kosong dan permohonan jawatan kosong adalah berdasarkan maklumat terma dan syarat daripada pihak UTHM. Permohonan juga berdasarka syarat-syarat yang ditetapkan.

Bilakah Tempoh Permohonan Dibuka Dan Ditutup?

Untuk makluman semua, tempoh permohonan dibuka sekarang dan permohonan ditutup pada 2 Oktober 2022. Jawatan kosong boleh dibuat permohonan segera dan secara atas talian. Untuk membuat permohonan anda boleh merujuk maklumat dibawah berserta iklan.

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan

Bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk membuat permohonan, anda terlebih dahulu merujuk syarat umum permohonan jawatan kosong. Berikut merupakan syarat permohonan jawatan kosong:

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Mestilah berumur 18 tahun dan keatas
  • Memiliki kelayakan minima PMR atau SPM.

Bagi mereka yang melepasi syarat umum permohonan jawatan kosong, anda boleh mendapatkan info lanjut berkenaan maklumat jawatan dan cara permohonan dibawah.

Permohonan Jawatan Kosong Di UTHM Tahun 2022

Permohonan jawatan kosong di UTHM bagi tahun 2022 boleh dibuat segera sebelum tarikh tutup 2 Oktober 2022. Permohonan juga hendaklah dibuat mengikut syarat kelayakan para pemohon.

Pemohon diminta untuk membuat permohonan segera untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku. Bagi membuat permohonan pelbagai jawatan kosong di UTHM , anda perlu merujuk terlebih dahulu iklan jawatan , syarat permohonan dan cara permohonan dibawah:

Iklan, Syarat-Syarat Dan Cara Permohonan Jawatan Di UTHM

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan, anda diminta untuk merujuk cara permohonan jawatan kosong di UTHM bagi tahun 2022.

Cara Membuat Permohonan Jawatan Kosong Di UTHM Tahun 2022

(a) Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan. – Laman Jawatan UTHM

(b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

(c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada [email protected].

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Para Pemohon Jawatan Kosong

Permohonan jawatan kosong di UTHM merupakan peluang keemasan kepada rakyat Malaysia untuk memulakan kerjaya dibawah Universiti Awam. Permohonan juga perlu dibuat sebelum tarikh tutup 2 Oktober 2022. Kepada para pemohon yang berjaya menerima pangilan temuduga diminta untuk bersiap diri dengan selengkapnya.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati