Minat mohon kerja Nandos? Mohon segera! Ini adalah kerana Nandos adalah sebuah rangkaian restoran yang terkenal di seluruh dunia dan ia juga mempunyai cawangan di Malaysia! Restoran ini terkenal dengan hidangan utamanya iaitu peri-peri chicken, yang menawarkan pelbagai perasa pedas bermula rasa yang ringan hingga sangat pedas.
Konsep unik dan hidangan yang lazat menjadikan Nandos destinasi popular bagi pecinta ayam di seluruh Malaysia. Selain itu, Nandos menyediakan persekitaran yang mesra pekerja, peluang pembelajaran, dan pelbagai jawatan baik fulltime mahupun part-time yang sesuai untuk mohon kerja Nandos bagi rakyat Malaysia yang berminat.
Berkenaan Mohon Kerja Nandos dan Syarat-Syarat
Isi Kandungan
7 Jenis Jawatan yang Ditawarkan
Untuk mereka yang minat mohon kerja Nandos, ditawarkan pelbagai jenis jawatan baik fulltime mahupun part-time yang membolehkan individu mengembangkan kerjaya mereka. Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan berserta penerangan ringkas:
Jawatan Kosong | Penerangan Skop Kerja |
---|---|
Assistant Restaurant Manager / Restaurant Manager | Jawatan yang melibatkan individu yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan restoran dan mempunyai kemahiran dalam mengendalikan operasi harian restoran. |
Part Time Crew | Kerja-kerja khas semasa berada di restoran dalam membantu operasi restoran mengikut jam kerja. |
Part Time Crew selected locations | Kerja sambilan yang ditawarkan mengikut beberapa lokasi yang terpilih dan bayarannya adalah berbeza. (rujuk maklumat dibawah berkenaan part time Nandos) |
Part Time Crew – IOI City Mall | Jawatan kerja khusus bagi sambilan yang hanya dibuka di IOI City Mall dan bayarannya adalah berbeza dengan part time yang lain. |
Internship – Restaurant Operations | Nandos menyediakan peluang internship bagi individu yang ingin mendapatkan pengalaman dalam pengurusan restoran semasa latihan industri berlansung. |
Restaurant Crew – Kitchen | Melibatkan penyediaan hidangan di bahagian dapur restoran. |
Restaurant Crew – Service | Berinteraksi dengan pelanggan dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik semasa pelanggan tiba dan pergi. |
Bayaran Kerja Part Time Nandos Per Jam
Kerja part time di Nandos adalah pilihan untuk mereka yang mencari pekerjaan sambilan dengan fleksibiliti masa. Terdapat beberapa jenis jawatan part time yang ditawarkan di Nandos, dan bayaran bermacam jenis bergantung kepada lokasi dan jenis jawatan.
Di bawah ini, disenaraikan perkiraan bayaran bagi beberapa jenis jawatan part time yang berbeza dibuka oleh Nandos:
- Part Time Crew (RM 8.50/hour): Ini adalah jawatan part time asas di Nandos, di mana pekerja akan melaksanakan pelbagai tugas seperti mengambil pesanan, menyediakan makanan, dan menyediakan perkhidmatan pelanggan. Bayaran bagi jawatan ini adalah sekitar RM 8.50 sejam.
- Part Time Crew (RM8.50 to RM10.00/hour) Lokasi Terpilih: Beberapa lokasi Nandos menawarkan bayaran yang lebih tinggi berbanding dengan lokasi lain. Di sini, bayaran bermula antara RM 8.50 hingga RM 10.00 sejam bergantung kepada lokasi restoran.
- Part Time Crew – IOI City Mall (RM9.50 to RM11.00): Khusus Nandos di IOI City Mall, menawarkan bayaran yang lebih tinggi untuk pekerja part time. Bayaran bagi jawatan ini adalah bermula RM 9.50 hingga RM 11.00 sejam!
Untuk mohon kerja part time dan mendapatkan kepastian, calon boleh merujuk kepada laman web rasmi Nandos untuk maklumat lanjut mengenai bayaran yang ditawarkan di lokasi tertentu. Disarankan untuk merujuk bahagian dibawah yang kongsikan kepada para calon.
Kelayakan Mohon Kerja Nandos
Untuk memohon kerja di Nandos di Malaysia, terdapat syarat kelayakan umum dan khusus yang perlu dipenuhi. Berikut adalah senarai syarat-syarat yang para calon perlu ketahui:
Syarat Kelayakan Umum:
- Warganegara Malaysia atau mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja di Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Komitmen untuk bekerja dengan rajin dan berintegriti.
Syarat Kelayakan Khusus:
- Syarat kelayakan akademik yang berbeza mengikut jawatan yang dipohon.
- Kebolehan berkomunikasi dengan baik dan bersikap mesra pelanggan (khususnya untuk jawatan berkhidmat dengan pelanggan).
Peluang Kerjaya di Nandos
Rujukan Maklumat untuk Kekosongan Jawatan
Calon yang berminat untuk memohon kerja di Nandos boleh merujuk senarai kekosongan jawatan yang ada di laman web rasmi Nandos. Laman web mohon kerja Nandos sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan di seluruh cawangan Nandos Malaysia. Dengan merujuk laman web tersebut, calon dapat mengetahui jenis-jenis jawatan yang tersedia, serta syarat dan keperluan untuk setiap jawatan.
Cara Mohon Kerja Nandos
Untuk memohon kerja di Nandos, anda perlu mengikuti proses permohonan secara dalam talian melalui laman web rasmi Nandos. Berikut adalah panduan langkah demi langkah tentang cara mengisi borang permohonan:
Langkah 1: Akses Laman Web Karier Nandos
Buka pelayar web anda dan pergi ke laman web rasmi karier Nandos Malaysia. Anda boleh mencarinya di browser chrome dengan menaip “Nandos Malaysia Careers” atau menggunakan pautan yang disediakan oleh Nandos.
Langkah 2: Daftar Akaun atau Log Masuk (Jika Diperlukan)
Sekiranya laman web memerlukan anda untuk mendaftar akaun atau log masuk, sila ikuti panduan untuk membuat akaun atau log masuk ke dalam sistem.
Langkah 3: Cari dan Pilih Jawatan yang Anda Minati
Di laman web karier Nandos, cari senarai kekosongan jawatan yang tersedia. Pilih jawatan yang anda ingin mohon. Pastikan untuk membaca syarat-syarat dan keperluan yang dinyatakan untuk setiap jawatan.
Langkah 4: Isi Borang Permohonan
Setelah anda memilih jawatan, anda akan dibawa ke borang permohonan dalam talian. Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat berkaitan dengan permohonan kerja anda seperti yang diperlukan.
Berikut adalah contoh maklumat yang perlu anda masukkan berdasarkan maklumat yang anda berikan:
Isi Borang Permohonan |
---|
Full Name: Nama penuh anda. |
Marital Status: Status perkahwinan anda. |
Contact No: Nombor telefon yang boleh dihubungi. |
Nationality: Kewarganegaraan anda. |
NRIC or Passport: Nombor kad pengenalan atau pasport anda. |
Email: Alamat emel yang sah. |
Highest Qualification: Tahap pendidikan tertinggi yang anda miliki. |
Field of Study: Bidang pengajian anda. |
Experience: Maklumat berkaitan pengalaman kerja anda sebelum ini. |
Previous Employer: Nama majikan sebelumnya. |
Industry: Industri tempat majikan sebelumnya berada. |
Position Held: Jawatan yang dipegang sebelumnya. |
Current Salary: Gaji semasa anda (sekiranya berkenaan). |
Expected Salary: Gaji yang anda harapkan (sekiranya berkenaan). |
Additional Information: Maklumat tambahan yang diperlukan, seperti cara anda mengetahui tentang jawatan ini dan pertanyaan mengenai vaksin COVID-19. |
Langkah 5: Jawab Soalan Tambahan
Jawab soalan tambahan yang diberikan, seperti jika anda telah menerima suntikan vaksin COVID-19 Dose 1 dan Dose 2. Ini adalah SOP berkaitan dengan protokol kesihatan dan keselamatan dalam mohon kerja Nandos.
Langkah 6: Periksa dan Hantar Permohonan
Selepas anda telah mengisi semua maklumat yang diperlukan, pastikan untuk memeriksa semula maklumat yang anda berikan untuk memastikan kesahihan dan kelengkapan. Kemudian, klik butang “Hantar” atau “Submit” untuk menghantar permohonan kerja anda.
Sekiranya anda menerima maklum balas daripada pihak pengurusan Nandos. Maka, langkah seterusnya adalah proses temuduga atau penilaian. Pastikan untuk lakukan dengan baik, semoga anda berjaya dalam urusan mohon kerja Nandos!
Soalan FAQs Berkenaan Mohon Kerja Nandos
Apa tanggungjawab utama dalam kerja part time di Nandos?
Memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan menjaga kepuasan pelanggan.
Bagaimana bayaran upah kerja part time dibayar di Nandos?
Untuk bayaran upah adalah berbeza bergantung kepada hari dan lokasi. Contohnya, RM8.50/sejam pada hari Isnin hingga Khamis, dan RM10.00/sejam pada hari Jumaat hingga Ahad dan hari perayaan tertentu. Namun, ini mungkin berbeza di lokasi-lokasi tertentu.
Adakah pekerja di Nandos menerima makanan pekerjaan percuma?
Ya, makanan pekerjaan percuma kepada pekerja sebagai salah satu kelebihan mohon kerja Nandos. Ini membolehkan anda menikmati hidangan Nandos semasa bekerja.
Adakah disediakan caruman KWSP dan SOCSO?
Ya, pihak Nandos menyediakan kepada para pekerja tetap sebagai langkah perlindungan semasa bekerja.
Masih diperlukan jawatan kosong
No tel. 01170720813